Great Eastern Takaful Logo
Pilih negara dan bahasa anda
Malaysia (Takaful)
Malaysia
Singapore
Indonesia
Brunei
Myanmar
Great Eastern Takaful Logo

Terma dan Syarat - GIVEAWAY Program Facebook Live: Sembang Bapa-Bapa & PKP – Sempena Hari Bapa

Penganjur dan Kelayakan

  1. Program Giveaway (“Program”) ini dianjurkan oleh Great Eastern Takaful Berhad (“Penganjur”).

  2. Program ini terbuka kepada semua warga Malaysia yang tinggal di Malaysia sahaja dan berusia 18 tahun ke atas bermula dari 24 Jun 2021, kecuali wakil, pekerja, perunding takaful dan/atau agen periklanan dan/atau penyedia perkhidmatan promosi bagi Penganjur, termasuklah ahli keluarga mereka yang terdekat.

Tempoh Program

  1. Program ini akan bermula dari 24 Jun 2021 pada [8.00 malam] dan ditutup pada 25 Jun 2021 pada [11.59 malam] (“Tempoh Program).

  2. Peserta harus menjawab soalan mengikut Tempoh Program yang telah ditetapkan.

  3. Penganjur boleh, mengikut budi bicara mutlaknya, meminda Tempoh Program pada bila-bila masa tanpa memberi notis terlebih dahulu kepada mana-mana pihak. Kecuali dinyatakan sebaliknya oleh Penganjur, sebarang penyertaan dalam Program ini adalah tertakluk kepada Terma dan Syarat yang dinyatakan di sini yang akan kekal berkuatkuasa pada setiap masa. Penyertaan yang diterima di luar daripada Tempoh Program akan dibatalkan secara automatik.

Cara Menyertai Program

  1. Peserta perlu menonton bual bicara Facebook Live Sembang Bapa-Bapa & PKP – Sempena Hari Bapa untuk mengetahui cara menyertai Program ini.

Pemilihan Pemenang

  1. Pemenang akan ditentukan atas dasar 10 orang pertama yang menjawab soalan Program tersebut. Setiap pemenang akan menerima hadiah Program berupa “Touch 'n Go” e-Baucar bernilai RM100.00 daripada pihak Penganjur.

  2. Hanya sepuluh (10) pemenang akan dipilih dalam Program ini.

  3. Para pemenang akan dihubungi pihak/ wakil Great Eastern Takaful Berhad tujuh (7) hari bekerja selepas tempoh Program tamat.

  4. Penganjur mempunyai hak untuk menggantikan mana-mana hadiah dengan nilai yang sama pada bila-bila masa tanpa notis terlebih dahulu. Semua hadiah Program tidak boleh digantikan dengan wang tunai atau hadiah lain sama ada secara separuh atau sepenuhnya. Pihak Penganjur tidak akan memberikan sebarang gantian atau penukaran terhadap mana-mana hadiah sekiranya pemenang menolak atau meminta pilihan alternatif.

  5. Penganjur berhak menggunakan nama dan gambar pemenang untuk tujuan publisiti dan iklan tanpa apa-apa pampasan atau keperluan untuk pemberitahuan terlebih dahulu kepada pemenang.

Lain-lain Terma dan Syarat

  1. Jika Program tidak dapat ditadbir atas apa jua sebab, termasuk tetapi tidak terhad kepada, jangkitan virus komputer, bug, gangguan, campur tangan yang tidak dibenarkan, kegagalan teknikal, kegagalan rangkaian komunikasi, perkakasan dan/atau kegagalan perisian, kegagalan transmisi, kegagalan talian internet dan/atau sebaliknya, Penganjur tidak akan dipertanggungjawabkan untuk yang disebutkan di atas dan Penganjur boleh, dengan atau tanpa notis, melakukan apa yang difikirkan wajar termasuk tanpa had membatalkan atau menggantung Program ini.

  2. Penganjur mempunyai budi bicara tunggal dan mutlak untuk menentukan sebarang perkara yang tidak dilindungi dalam Terma dan Syarat ini. Semua keputusan oleh Penganjur berkaitan Program adalah muktamad dan mengikat semua pemenang. Keputusan Penganjur adalah tepat dan sebarang surat-menyurat dan rayuan tidak akan dilayan.

  3. Penganjur berhak untuk meminda, membatalkan atau menamatkan Program bila-bila masa tanpa notis terlebih dahulu. Sebarang perubahan akan diumumkan di laman rasmi Facebook dan Instagram Penganjur. Untuk mengelakkan keraguan, Penganjur tidak akan bertanggungjawab dan/atau menanggung sebarang kerugian atau kerosakan yang ditanggung atau kos dan pembelanjaan yang ditanggung oleh peserta yang layak menerima sama ada secara langsung dan/atau secara tidak langsung yang timbul daripada atau berkaitan dengan pembatalan, penamatan atau penggantungan Program oleh Penganjur.

  4. Pihak Penganjur, pegawai, pekerja, Perunding Takaful, sekutu, syarikat bersekutu atau pihak ketiga yang berkaitan dengan Program ini tidak akan bertanggungjawab untuk apa-apa kehilangan, kematian, kecederaan atau kerosakan, sama ada kepada mana-mana orang atau harta, yang mungkin dialami oleh peserta akibat daripada penyertaan mereka dalam Program ini dan/atau penerimaan atau penggunaan Hadiah Program melainkan dan sehingga dapat dibuktikan bahawa kerugian, kematian, kecelakaan atau kerosakan tersebut disebabkan kecuaian dari pihak Penganjur. Apa-apa tuntutan yang dibangkitkan liabiliti undang-undang tidak termasuk ganti rugi untuk kerugian tidak langsung atau berbangkit.

  5. Program serta Terma dan Syarat adalah ditadbirkan di bawah undang-undang Malaysia dan pemenang bersetuju bahawa Mahkamah Malaysia mempunyai bidang kuasa ke atas semua perkara tersebut yang timbul / atau daripada Program ini.

  6. Kegagalan atau kelewatan oleh Penganjur untuk menguatkuasakan sebarang peruntukan Terma dan Syarat Program ini tidak akan menjadi penafian dari peruntukan itu.

Perlindungan Data Peribadi

  1. Dengan menyertai Program ini, peserta memberi kebenaran kepada pihak Penganjur untuk memproses data peribadi peserta yang diberikan untuk tujuan Program dan tidak terhad kepada penggunaan di halaman peminat dan laman sesawang.

  2. Perlindungan data peribadi adalah sesuatu yang penting bagi pihak Penganjur, maka semua data peribadi peserta yang dikumpulkan semasa Program ini akan diproses selaras dengan Notis Perlindungan Data Peribadi pihak Penganjur.

     
Kembali ke atas
Perlu bantuan?
Great Eastern Takaful Contact Us
Untuk Khidmat Pelanggan
E-mel kepada kami
Kunjungi
kami
Buat tuntutan
Great Eastern Takaful Logo