Great Eastern Takaful Logo
Pilih negara dan bahasa anda
Malaysia (Takaful)
Malaysia
Singapore
Indonesia
Brunei
Great Eastern Takaful Logo

i-Great Ilham - Tawaran Terhad!

Kongsi

Dari 10 Mac - 30 April 2024 

i-Great Ilham

Klik untuk ketahui lebih lanjut:

» Brosur

Perlindungan yang pasti buat yang tersayang -Tawaran terhad!

Kehidupan boleh cepat menjadi rumit. Selain daripada diri sendiri, ada juga yang anda perlu menjaga. Membina rumah tangga mungkin akan mempersembahkan tekanan kewangan yang agak membebankan. Dengan pasangan dan anak-anak anda, pendapatan anda ditanggung mereka juga.

Biar lambat asalkan dapat. i-Great Ilham dapat tolong memastikan keluarga anda takkan kekurangan kewangan, jika anda tiada lagi. Pelan ini menawarkan perlindungan tinggi sehingga RM750,000 dengan caruman bulanan mampu milik, tanpa pengunderaitan perubatan. Jadi, jangan melepaskan peluang ini untuk melindungi diri dan keluarga anda daripada yang tidak diduga.  

Melantik seorang penama dan menghibahkan Takaful anda kepada pasangan anda bagi menjamin isi rumah anda dilindungi apabila anda ketiadaan.


Isi borang ini untuk membuat janji temu dengan Penasihat Takaful kami untuk mendapatkan tawaran hebat ini


Ruang bertanda * wajib diisi.
 

Maklumat yang anda berikan di dalam borang ini mungkin akan digunakan oleh Great Eastern Takaful Berhad (Syarikat), ejen-ejennya, dan syarikat berkaitan Syarikat untuk memaklumkan anda pengumuman, maklumat dan berita penting mengenai Syarikat, produk dan khidmatnya, promosi dan tawaran dari masa ke semasa. Anda boleh menarik kebenaran untuk sebarang tujuan komunikasi di atas dengan menghubungi Talian Khidmat Pelanggan di 1 300-13-8338 atau menulis kepada kami di i-greatcare@greateasterntakaful.com

 

Manfaat

 

  1. Penyertaan yang Dijamin
    Dapatkan perlindungan tanpa pengunderaitan perubatan sehingga 80 tahun hari lahir berikutnya.

  2. Caruman Rendah dengan Perlindungan yang Tinggi
    Dapatkan perlindungan serendah RM3* sehari bagi Jumlah Perlindungan sehingga RM750,000.

  3. Manfaat Hilang Upaya Penuh dan Kekal (HUPK)
    Sekiranya berlaku HUPK kerana apa sahaja akibat sebelum tempoh matang Sijil sebelum umur 70 tahun hari lahir berikutnya, jumlah yang dibayar adalah seperti berikut:

    Tahun Sijil

    HUPK Bukan Akibat Kemalangan HUPK Akibat Kemalangan
    1-3

    Pulangan caruman yang dibayar:

    a) Yuran Wakalah; dan 

    b) Caj Tabarru' (ditolak dengan Lebihan Pengunderaitan yang telah diagihkan, jika ada).

    Jumlah Pembayaran2 dari Dana Tabarru'
    4 dan seterusnya Jumlah Pembayaran2 dari Dana Tabarru' Jumlah Pembayaran2 dari Dana Tabarru'

    Pembayaran HUPK akan dibayar kepada Orang Yang Dilindungi dan seterusnya membatalkan kontrak Sijil tersebut.
     
  4. Manfaat Kematian
    Sekiranya berlaku Kematian Bukan Akibat Kemalangan sebelum tempoh ulang tahun Sijil sebelum anda mencapai umur 80 tahun hari lahir berikutnya, jumlah yang akan dibayar adalah seperti berikut:

    Tahun Sijil Kematian Bukan Akibat Kemalangan
    1-3

    Pulangan Caruman yang Dibayar2 iaitu:

    a) Yuran Wakalah; dan

    b) Caj Tabarru' (ditolak dengan Lebihan Pengunderaitan yang telah diagihkan, jika ada).

    4 dan seterusnya Jumlah Pembayaran2 dari Dana Tabarru'
     
  5. Manfaat Kematian Akibat Kemalangan
    Sekiranya berlaku Kematian Akibat Kemalangan sebelum tempoh matang Sijil sebelum anda mencapai usur 70 tahun hari lahir berikutnya, peratusan tambahan daripada Jumlah Perlindungan Asas akan dibayar bersama dengan Manfaat Kematian. Sekiranya kematian akibat kemalangan berlaku:

    di Malaysia

    Tambahan 100% daripada Jumlah Perlindungan Asas

    akibat kejadian-kejadian berikut:

    • ketika mengembara sebagai seorang penumpang pengangkutan awam; atau
    • ketika berada di dalam lif penumpang atau lif elektrik (tidak termasuk lif penumpang atau lif elektrik di kawasan perlombongan atau di dalam bangunan yang sedang dalam pembinaan); atau
    • akibat kebakaran mana-mana hotel atau bangunan awam (kecuali teater atau pawagam) di mana Orang Yang Dilindungi berada ketika kebakaran bermula.
    Tambahan 200% daripada Jumlah Perlindungan Asas

  6. Khairat Kematian 
    Sekiranya berlaku kematian semasa tahun Sijil keempat (ke-4) dan seterusnya, sejumlah RM3,000 akan diberikan kepada waris daripada Dana Pengendali Takaful sebagai hibah, selagi penuntut mengemukakan sijil kematian dan/atau bukti-bukti lain yang memuaskan kepada Pengendali Takaful tanpa perlu memproses tuntutan kematian terlebih dahulu.

    Nota:
    Tertakluk pada terma dan syarat.
    *Kadar mungkin akan lebih tinggi atau rendah bergantung pada Jantina, Umur, dan Jumlah yang Dilindungi yang dipilih.

    1Jumlah Perlindungan Asas dibayar daripada Dana Tabarru'. Dana Tabarru' merujuk kepada kumpulan dana yang diwujudkan bagi tujuan perpaduan dan kerjasama antara peserta yang digunakan untuk membantu semua peserta seandainya berlaku perkara yang tidak diingini.
    2Jumlah Pembayaran ialah amaun yang lebih tinggi antara Jumlah Perlindungan atau Caruman Dibayar.
i-Great Ilham - Bagaimanakah ia berfungsi
Kembali ke atas
Perlu bantuan?
Great Eastern Takaful Contact Us
Untuk Khidmat Pelanggan
E-mel kepada kami
Kunjungi
kami
Buat tuntutan
Great Eastern Takaful Logo