Great Eastern Takaful Malaysia logo
Pilih negara dan bahasa anda
Malaysia (Takaful)
Malaysia
Great Eastern Takaful Malaysia logo

HospeeFamily

Borang pendaftaran khusus untuk pelanggan Shopee yang ingin mendapatkan perlindungan daripada Great Eastern Takaful pada harga istimewa.
hospeefamily

Daftar dan berpeluang memenangi e-baucar Shopee sehingga RM5,000 melalui Kempen Raya Selamat Bersama Keluarga.
(Tertakluk pada terma & syarat).


Borang Pendaftaran HospeeFamily

Ruang yang bertanda (*) wajib diisi.

Maklumat Baucar

Maklumat Am

Maklumat untuk Dihubungi

Soalan

Adakah anda sekarang sedang menerima rawatan atau mengambil ubat secara berkala untuk keadaan kesihatan (selain daripada demam biasa atau selsema)?
Adakah anda pernah didiagnos, berunding dengan pegawai perubatan atau menerima rawatan untuk keadaan berikut: Serangan jantung, sakit dada, kolestrol tinggi, strok, tekanan darah tinggi, kencing manis, kanser, tumor atau ketumbuhan abnormal, hepatitis, Infeksi HIV atau AIDS, sebarang penyakit atau gangguan berkaitan jantung, otak atau sistem saraf, mata atau telinga, tiroid, paru-paru atau sistem salur pernafasan, hati, sistem pencernaan atau saluran gastrointestinal, ginjal atau sistem urinari, organ pembiakan, sendi atau spina, sistem immuniti, gangguan darah, penyakit keturunan atau keabnormalan kongenital, kesihatan mental atau penyakit psikiatrik, kecacatan fizikal atau kecacatan, dadah atau penyalahgunaan alkohol?
Sepanjang 2 tahun lalu, pernahkah anda dimasukkan ke hospital (kecuali bersalin), menjalani pembedahan, berjumpa dengan doktor pakar atau memiliki keputusan abnormal dari ujian perubatan atau ujian diagnostik atau dinasihatkan untuk menjalani pemeriksaan lanjut pada masa hadapan?

Soalan Bonus (Kempen Raya Selamat Bersama Keluarga) 

Anda layak menjadi Pemenang Mingguan dan Pemenang Bonus dengan menjawab 2 soalan di bawah ini. Klik di sini untuk membaca Terma & Syarat.

S1: Berapa ramaikah ahli keluarga tambahan yang dapat menikmati manfaat di bawah pelan HospeeFamily?
S2: Gambarkan dalam 50 patah perkataan, bagaimana anda dan keluarga akan menyambut Hari Raya tahun ini dengan selamat? (Anda boleh menjawab sama ada dalam Bahasa Inggeris atau Bahasa Malaysia)

Notis Penting

Anda mestilah  mendedahkan semua fakta material dengan betul. Permohonan anda mungkin akan ditolak jika terdapat salah nyata, kod baucar yang tidak sah, atau jika permohonan anda tidak melepasi pemeriksaan pelanggan kami terhadap senarai penetapan.

Ya, saya ingin menyertai HospeeFamily. Saya mengesahkan bahawa saya telah membaca dan memahami Risalah Pemberitahuan Produk dan menerima Notis Data Peribadi dan terma dan syarat bagi Sijil Induk. Saya juga memahami bahawa saya hanya boleh menyertai di dalam satu (1) perlindungan pada masa yang sama di bawah produk ini.

Saya bersetuju membenarkan Pengendali Takaful untuk melaburkan wang di dalam Dana Tabarru’ mengikut prinsip Mudharabah. Mudharabah merujuk kepada perjanjian perkongsian pelaburan di bawah kontrak Syariah di mana Pengendali Takaful bertindak sebagai Usahawan (Mudharib) yang menguruskan dana yang dikumpul di dalam Dana Tabarru'. Sebagai balasan, Pengendali Takaful layak berkongsi keuntungan pelaburan yang dijana daripada Dana Tabarru’ tersebut mengikut kadar perkongsian yang telah ditetapkan. Perkongsian keuntungan di antara Orang Yang Dilindungi dan Pengendali Takaful ke atas keuntungan pelaburan daripada Dana Tabarru' adalah berdasarkan kepada kadar 50% dan 50% masing-masing. Bahagian yang diagihkan kepada Orang Yang Dilindungi akan disalurkan kepada mana-mana pertubuhan kebajikan yang diluluskan oleh Jawatankuasa Syariah Pengendali Takaful disebabkan ciri produk ini yang berjangka pendek dan jumlah yang dianggarkan mungkin terlalu kecil untuk diedarkan kepada Orang Yang Dilindungi.

Saya bersetuju bahawa selepas setiap tahun kewangan, Lebihan Pengunderaitan (jika ada) yang terhasil daripada Dana Tabarru' akan diperuntukkan dahulu untuk tujuan kecemasan yang dikirakan wajar oleh Pengendali Takaful sebelum ia dikongsi di antara Orang Yang Dilindungi dan Pengendali Takaful dengan kadar 50% dan 50% masing-masing. Bahagian yang diagihkan kepada Orang Yang Dilindungi akan disalurkan kepada mana-mana pertubuhan kebajikan yang diluluskan oleh Jawatankuasa Syariah Pengendali Takaful disebabkan ciri produk ini yang berjangka pendek dan jumlah yang dianggarkan mungkin terlalu kecil untuk diedarkan kepada Orang Yang Dilindungi.

Saya bersetuju dengan potongan Yuran Wakalah (sebagaimana dinyatakan di dalam Sijil Induk) untuk membayar perbelanjaan berkaitan Agihan yang terdiri daripada perbelanjaan pengurusan.

Sila masukkan kata laluan unik Captcha di atas.
Kembali ke atas
Perlu bantuan?
Untuk Khidmat Pelanggan
E-mel kepada kami
Kunjungi
kami
Buat tuntutan
Great Eastern Takaful Malaysia logo