Great Eastern Takaful Logo
Pilih negara dan bahasa anda
Malaysia (Takaful)
Malaysia
Singapore
Indonesia
Brunei
Great Eastern Takaful Logo

Perjalanan perlindungan Takaful holistik anda

Perjalanan Perlindungan Takaful Holistik Anda

 

Perjalanan perlindungan Takaful holistik anda

Perjalanan hidup peribadi kita sangat unik dan pelbagai seperti bahasa yang ditutur oleh setiap orang. Walau bagaimana hampir sekalipun, ianya tidak mungkin ada dua jalan yang sama. Adalah amat penting bagi anda membuat rancangan ketika anda ingin memulakan perjalanan agar anda tetap fokus, teratur dan yakin untuk mencapai tujuan anda. Begitu juga dengan perancangan perjalanan perlindungan Takaful anda. Keperluan perlindungan anda mungkin akan berubah, ianya seperti berjalan melalui semua fasa kehidupan anda. Dari memulakan kerjaya, membeli rumah pertama, perkahwinan, menyambut ahli keluarga baru dan bersara; pelbagai peristiwa penting mempengaruhi kehidupan anda dengan pelbagai cara. Lihatlah peristiwa-peristiwa ini yang boleh mencetuskan keperluan atau perubahan dalam perlindungan takaful untuk membantu menentukan apakah sudah tiba masanya anda menyemak keperluan perlindungan anda.

Perjalanan Perlindungan Takaful Holistik Anda

 

20-an - Memulakan kerjaya anda

Apabila anda baru sahaja ingin memulakan kerjaya, perlindungan Takaful mungkin bukanlah perkara pertama yang anda fikirkan. Anda dalam umur lingkungan 20-an, keinginan inflasi gaya hidup sangat menggoda. Apatah lagi saat melihat rakan sebaya anda memandu kereta mewah, memperaga gajet terkini dan melancong ke destinasi eksotik. Sebilangan besar daripada anda melakukan kesalahan dengan tidak menyertai perlindungan Takaful ketika anda masih muda dan bujang kerana anda berpendapat bahawa pelan perlindungan Takaful hanyalah sesuai bagi mereka sudah mempunyai tanggungan kewangan. Di sinilah kesilapan anda. Semakin awal anda menyertai pelan perlindungan Takaful, semakin banya manfaat yang anda perolehi, kerana semakin muda dan sihat, lebih murah pelan perlindungan Takaful anda. Caruman bulanan bagi pelan perlindungan Takaful semakin mahal seiring dengan peningkatan usia. Mendapatkan perlindungan sekarang adalah kaedah terbaik untuk menjaga tanggungan anda di masa hadapan. Jangan hanya bergantung pada perlindungan yang disediakan oleh majikan sahaja, kerana ia mungkin tidak mencukupi dan tidak dipanjangkan kepada bakal pasangan dan anak-anak anda.

Ini adalah masa terbaik untuk menyertai pelan perlindungan Takaful asas yang paling berpatutan untuk anda dengan menyediakan perlindungan terhadap perkara yang tidak diingini seperti kematian, kemalangan dan perubatan. Lebih baik anda cari pelan perlindungan fleksibel yang menawarkan pelbagai jenis rider untuk dilampirkan dengan pelan asas anda apabila status kewangan anda lebih stabil di kemudian hari. Dapatkan rangkaian pelan perlindungan Takaful kami yang mengikut kemampuan anda.

Perjalanan perlindungan takaful yang anda perlukan pada 30-an selepas pekahwinan dan penambahan ahli

 

30-an - Perkahwinan, penambahan ahli keluarga

Menamatkan zaman bujang adalah suatu perkara yang menyeronokkan dan detik-detik paling penting dalam kehidupan dua individu, jadi amat penting untuk memulakan kehidupan bersama dengan harmoni. Ia juga merupakan tahun ketika anda mula memikul tanggung jawab lebih besar. Ketika anda memasuki usia 30-an, anda mula peroleh lebih banyak komitmen kewangan. Dari pembiayaan sewa beli, gadai janji  dan kad kredit, jumlah hutang mulai meningkat dengan stabil apabila komitmen hidup anda meningkat. Anda juga bakal menimang cahaya mata dan keluarga anda akan bergantung kewangan kepada anda. Anda juga akan mula merancang pendidikan anak-anak anda sekarang, yang menjadikan usia 30-an sebagai masa yang terbaik untuk menyertai perlindungan Takaful jika anda masih belum melakukannya.

Bantu lindungi kehidupan yang anda bina bersama pasangan anda dengan pelan perlindungan takaful untuk anda, pasangan dan anak-anak anda. Pelan perlindungan Takaful dapat membantu pasangan anda melangsaikan bil tertunggak seperti gadai janji dan untuk keluarga anda mengekalkan taraf hidup mereka sepeninggalan anda pada waktu yang tidak diduga. Oleh kerana anda mungkin berada pada tahap selesa dalam kerjaya anda, caruman perlindungan Takaful tidak akan membebankan anda. Carilah pelan perlindungan Takaful keluarga yang menyeluruh untuk seluruh keluarga anda yang memberikan manfaat kematian dan ketidakupayaan, Takaful perubatan dan kesihatan, Takaful pendidikan anak serta perlindungan penyakit kritikal. Ini juga masa yang mana anda bersedia untuk mengambil peluang dengan menyertai pelan perlindungan Takaful berkaitan pelaburan bagi meningkatkan simpanan anda untuk kegunaan masa hadapan.

Perjalanan perlindungan takaful yang anda perlukan pada 40-an sewaktu fasa generasi sandwic

 

40-an - Generasi sandwic

Selamat datang ke Generasi Sandwic! Apabila anda memasuki 40-an, apa yang anda mulakan ketika anda berusia 30-an mula menampakkan hasil. Anda mungkin perlu memenuhi keperluan ibu bapa anda, anak-anak, dan juga keperluan diri anda sendiri pada waktu yang sama. Anak-anak anda telah membesar dan mula menjejakkan kaki ke sekolah atau kolej, ibu bapa anda telah memasuki era warga emas dan mungkin memerlukan perhatian dari segi perubatan dan anda masih lagi membayar liabiliti kewangan seperti gadai janji dan sewa beli. Ramai di antara mereka yang berusia 40-an mula merasakan tempias situasi ini. Oleh sebab itu, ia suatu tindakan yang bijak untuk sentiasa menyemak perlindungan Takaful anda pada fasa ini dan menaiktaraf atau menyertai pelan baharu untuk melindungi komitmen tambahan anda. Anda perlu mempunyai pelan yang dapat membantu keluarga anda menghadapi saat-saat sukar sekiranya sesuatu yang buruk berlaku kepada anda.

Ketika anda menjangkau akhir usia 40-an, anda juga sudah menuju separuh perjalanan ke arah persaraan dan perlu menila kejayaan perjalanan anda setakat ini. Ketika anda meneruskan kehidupan pada saat ini, anda semakin dekat dengan kemuncak pendapatan anda dan bebas hutang menjadi matlamat hidup anda paling utama, jadi fokus anda akan bertukar kepada pengumpulan kekayaan di saat anda memikirkan tentang persaraan dalam masa beberapa tahun lagi. Pada fasa inilah anda memikirkan tentang mencari pendapatan baharu apabila anda tidak lagi menerima pendapatan bulanan seperti biasa. Takaful simpanan masa depan ialah pelan terbaik untuk anda sertai pada masa ini kerana ia memastikan anda menerima pembayaran tunai dan pulangan pelaburan untuk menampung perbelanjaan anda tanpa menyusutkan simpanan anda perlahan-lahan di samping mendapatkan perlindungan daripada musibah.

Perjalanan perlindungan takaful yang anda perlukan pada 50-an sewaktu fasa persaraan dan legasi

50-an - Persaraan dan legasi

Ketika hendak bersara, jadikannya suatu yang menggembirakan. Ramai orang mempunyai hutang tertunggak ketika mereka meninggal dunia, meninggalkan beban kewangan pada ahli keluarga yang mereka tinggalkan. Ketika ini, anda seharusnya fokus pada pelangsaian hutang dan bermatlamat untuk menjadi bebas hutang semampu boleh, ketika anda menuju persaraan. Apabila tiba waktu persaraan, anda mungkin mempunyai kurang pendapatan tetapi dengan perbelanjaan yang lebih sedikit untuk menikmati persaraan.

Jadi, jika anda ingin melindungi keluarga dan yang tersayang, melangsaikan hutang, menambah dana persaraan atau meninggalkan legasi kepada pewaris anda, sertailah pelan Takaful persaraan dan legasi yang mana anda hanya membayar caruman untuk sesuatu tempoh yang ditetapkan dan nikmati perlindungan serta pulangan ketika matang.

Rancang perjalanan perlindungan takaful holistik anda dengan merancang 5 hingga ke 10 tahun kehadapa

Terdapat beberapa jenis pelan perlindungan Takaful yang sangat berguna, tetapi hanya pada tahap tertentu. Amat penting untuk anda membuat keputusan yang tepat berdasarkan umur anda dan status kewangan anda ketika anda memutuskan untuk menyertai pelan perlindungan Takaful. Di saat anda melalui pelbagai fasa kehidupan, ianya sangat mustahak untuk anda sentiasa merancang lebih awal. Seringkali orang mula merancang ketika semuanya telah terlambat. Sentiasalah memikirkan dan merancang bagi 5-10 tahun akan datang dan ambil masa sejenak untuk menilai keperluan perlindungan Takaful anda semasa anda melalui detik-detik kehidupan untuk mencapai matlamat hidup di penghujung perjalanan hidup anda.

Great Eastern Takaful menawarkan pelan Takaful Keluarga yang komprehensif dengan fleksibiliti untuk melampirkan rider kerana perubahan keperluan anda sejajar dengan perkembangan kehidupan anda. Hubungi Perunding Takaful kami atau ketahui selanjutnya mengenai pelan perlindungan Takaful kami yang memenuhi keperluan anda.

Kandungan yang berkaitan
Kembali ke atas
Perlu bantuan?
Great Eastern Takaful Contact Us
Untuk Khidmat Pelanggan
E-mel kepada kami
Kunjungi
kami
Buat tuntutan
Great Eastern Takaful Logo