Great Eastern Takaful Malaysia logo
Pilih negara dan bahasa anda
Malaysia (Takaful)
Malaysia
Great Eastern Takaful Malaysia logo

Melabur atau Melindungi? Kenapa Tidak Kedua-duanya?

Melabur atau melindungi? Dapatkan Takaful
Dapatkan Takaful berkaitan-pelaburan

Apa yang diperlukan untuk membelanjakan RM3,600 setahun? Hanya RM10 sehari yang diperlukan untuk perbelanjaan bukan keperluan. Apakah barangan bukan keperluan yang boleh dibeli bernilai RM10 yang anda belanjakan setiap hari? Mungkin sekotak rokok, makanan ringan seperti keropok, ais krim, coklat dan biskut; minuman gaya hidup seperti teh boba dan seumpamanya, serta banyak lagi barangan yang tidak semestinya anda perlu belanjakan.

Mengikut statistik yang dijalankan oleh Kementerian Kewangan, rakyat Malaysia menghabiskan 31.2% daripada gaji mereka untuk makanan, iaitu kira-kira RM20 hingga RM50 sehari. Adakah anda tahu dengan RM10 sehari yang anda belanjakan bagi barangan bukan keperluan, anda boleh melindungi diri anda daripada kejadian tidak diingini dalam  hidup seperti kematian, kecacatan, kemalangan, penyakit dan pada masa yang sama mendapat pulangan berpotensi dari dana pelaburan? Mari lihat bagaimana caranya.

Apakah Takaful berkaitan-pelaburan? Dapatkan takaful berkaitan-pelaburan


Apakah Takaful Berkaitan Pelaburan?

·       Pelan Takaful Keluarga yang menggabungkan pelaburan untuk membina dana simpanan daripada potensi pulangan dan perlindungan terhadap kematian, kecacatan, penyakit kritikal dan kemalangan serta manfaat penghospitalan.

·       Sebahagian daripada caruman akan dilaburkan ke dalam dana-dana patuh Syariah pilihan anda.

Manfaat takaful berkaitan-pelaburan. Dapatkan takaful berkaitan-pelaburan


Mengapa saya perlu menyertai pelan Takaful Berkaitan Pelaburan dan apakah manfaatnya?

·       Manfaat menyeluruh – mengapa berbelanja hanya untuk perlindungan Takaful semata-mata apabila anda boleh mendapatkan kedua-duanya? Lindungi diri anda dan nikmati potensi pulangan sebagai persediaan persaraan atau penuhi matlamat hidup lain.

·       Fleksibel – membolehkan anda menyesuaikan tahap perlindungan dan pelaburan anda sendiri sesuai dengan kemampuan anda. Anda juga boleh memilih untuk menukar dana pelaburan daripada senarai pilihan dana oleh Pengendali Takaful bergantung pada selera risiko anda. Anda juga boleh mengemaskini tahap perlindungan pada masa akan datang apabila status kehidupan anda berubah agar anda dilindungi sewajarnya.

·       Perlindungan menyeluruh – perlindungan termasuk kematian, penyakit kritikal, penghospitalan, kematian akibat kemalangan, perlindungan pendapatan dan hilang upaya penuh & kekal dengan amaun perlindungan pelbagai bergantung kepada keperluan anda. Perlindungan ini selalunya terdiri daripada rider-rider yang boleh disesuaikan mengikut bajet dan keperluan anda.

·       Pengeluaran separa – anda boleh membuat pengeluaran pada bila-bila masa sahaja sekiranya anda memerlukan bantuan kewangan pada waktu kecemasan.

Dapatkan Takaful berkaitan-pelaburan untuk simpanan dan perlindungan

Terdapat pelbagai cara untuk anda membelanjakan RM3,600 setahun, atau lebih tepat lagi RM10 sehari. Tetapi mengapa berbelanja sewenang-wenangnya untuk barangan yang anda tidak perlu, apabila anda boleh lindungi diri anda daripada perkara yang tidak diingini berlaku? Pada masa yang sama, anda boleh melabur mengikut pilihan sendiri dan nikmati potensi pulangan di kemudian hari. Dengan RM20 sehari, anda boleh mendapatkan manfaat kematian dan hilang upaya penuh & kekal sehingga RM300,000 dan sehingga RM100,000 untuk manfaat penyakit kritikal, RM90,000 untuk manfaat perubatan dan manfaat kemalangan sebanyak RM40,000.

Klik di sini untuk maklumat lanjut mengenai Pelan Takaful Berkaitan Pelaburan.

Kembali ke atas
Perlu bantuan?
Untuk Khidmat Pelanggan
E-mel kepada kami
Kunjungi
kami
Buat tuntutan
Great Eastern Takaful Malaysia logo