3DB5 Rider
Great Eastern Takaful Malaysia logo
Pilih negara dan bahasa anda
Malaysia (Takaful)
Malaysia
Great Eastern Takaful Malaysia logo

Rider

Great Eastern Takaful menawarkan pelbagai manfaat tambahan (rider) untuk memenuhi keperluan anda. Rider-rider ini meningkatkan perlindungan dan memastikan perlindungan komprehensif untuk anda dan keluarga.


Rider untuk Pelan Asas

i-Contributor Benefit Plus Term Rider
Ini ialah rider dengan caruman berkala, yang menyediakan perlindungan sekiranya penyumbang meninggal dunia, atau didiagnos dengan salah satu daripada Kejadian yang Dilindungi, atau hilang upaya penuh dan kekal sebelum berumur 70 tahun pada hari lahir berikutnya. Semua caruman akan datang yang perlu dibayar di bawah sijil akan dibayar daripada Dana Tabarru’.
i-Critical Illness Benefit Term Rider
Ini ialah rider dengan caruman berkala yang menyediakan perlindungan apabila orang yang dilindungi didiagnos dengan salah satu daripada 36 penyakit kritikal yang tersenarai.
i-Accidental Death and Dismemberment Benefits Term Rider
Ini ialah rider dengan caruman berkala yang menyediakan perlindungan apabila orang yang dilindungi meninggal dunia, hilang upaya penuh dan kekal atau kecederaan yang diakibatkan oleh kemalangan. Rider ini juga menyediakan jumlah perlindungan berganda, tertakluk kepada terma dan syarat.

Kembali ke atas


Rider untuk Pelan Berkaitan-Pelaburan

i-Contributor Benefit Rider
Ini i 05B4 alah rider dengan penolakan unit, yang menyediakan perlindungan sekiranya penyumbang meninggal dunia sebelum berumur 99 pada hari lahir berikutnya, atau hilang upaya penuh dan kekal sebelum berumur 70 tahun pada hari lahir berikutnya. Semua caruman akan datang yang perlu dibayar di bawah sijil akan dibayar dari Dana Tabarru‘.
i-Contributor Benefit Plus Rider
Ini ialah rider dengan penolakan unit yang menyediakan perlindungan sekiranya penyumbang meninggal dunia, atau didiagnos dengan salah satu daripada Kejadian yang Dilindungi sebelum berumur 99 tahun pada hari lahir berikutnya, atau hilang upaya penuh dan kekal sebelum berumur 70 tahun pada hari lahir berikutnya. Semua caruman akan datang yang perlu dibayar di bawah sijil akan dibayar dari Dana Tabarru’.
i-Provider untuk Rider DD Rider
Ini ialah rider dengan penolakan unit yang menyediakan perlindungan sekiranya orang yang dilindungi didiagnos dengan salah satu daripada Kejadian yang Dilindungi sebelum berumur 99 tahun pada hari lahir berikutnya. Semua caruman akan datang yang perlu dibayar di bawah sijil akan dibayar daripada Dana Tabarru’.
i-Provide 05B4 r untuk Rider TPD Rider
Ini ialah rider dengan penolakan unit yang menyediakan perlindungan sekiranya orang yang dilindungi menjadi hilang upaya penuh dan kekal sebelum berumur 70 tahun pada hari lahir berikutnya. Semua caruman akan datang yang perlu dibayar di bawah sijil akan dibayar daripada Dana Tabarru’.
i-Provider Plus Rider
Ini ialah rider dengan penolakan unit yang menyediakan perlindungan sekiranya orang yang dilindungi menjadi hilang upaya kekal dan penuh  sebelum berumur 70 tahun pada hari lahir berikutnya, atau didiagnos dengan salah satu daripada kejadian yang dilindungi sebelum berumur 99 tahun pada hari lahir berikutnya. Semua caruman akan datang yang perlu dibayar di bawah sijil akan dibayar daripada Dana Tabarru’.
i-Accidental Death and Dismemberment Benefits Rider
Ini ialah rider dengan penolakan unit yang menyediakan perlindungan sekiranya orang yang dilindungi meninggal dunia, hilang upaya penuh dan kekal atau mengalami kecederaan yang diakibatkan oleh kemalangan. Rider ini juga menyediakan jumlah perlindungan berganda semasa kematian, tertakluk kepada terma dan syarat.
i-Accidental Medical Reimbursement Benefits Rider
Ini ialah rider dengan penolakan unit yang menyediakan pembayaran balik perbelanjaan perubatan, sekiranya orang yang dilindungi mengalami kecederaan yang diakibatkan oleh kemalangan.
i-Comprehensive Accident Benefits Xtra Rider
Ini ialah rider dengan penolakan unit yang menyediakan perlindungan sekiranya orang yang dilindungi meninggal dunia, hilang upaya penuh dan kekal, kecederaan, hilang upaya penuh sementara dan hilang upaya separa sementara  yang diakibatkan oleh kemalangan. Rider ini juga menyediakan pembayaran balik perbelanjaan perubatan dan elaun kemasukan ke Hospital Kerajaan Malaysia.
i-Hospitalisation Benefits Rider
Ini ialah rider dengan penolakan unit yang menyediakan manfaat tunai harian sekiranya orang yang dilindungi dimasukkan ke hospital akibat penyakit atau kecederaan akibat kemalangan.
i-Great Income Rider
Ini ialah rider dengan penolakan unit yang menyediakan perlindungan sekiranya orang yang dilindungi menjadi hila 05B4 ng upaya kekal dan penuh sebelum berumur 70 tahun pada hari lahir berikutnya. 10% daripada jumlah perlindngan rider akan dibayar daripada Dana Tabarru’ setiap tahun sehingga orang yang dilindungi berumur 70 tahun pada hari lahir berikutnya.
i-Critical Illness Benefit Rider
Ini ialah rider dengan penolakan unit yang menyediakan perlindungan sekiranya orang yang dilindungi didiagnos dengan salah satu daripada kejadian yang dilindungi. Pengendali takaful akan membayar jumlah perlindungan rider sekaligus. Pada masa yang sama, jumlah perlindungan asas akan berkurangan mengikut jumlah perlindungan rider.
i-Early Payout Critical Care Rider

Ini ialah rider dengan penolakan unit yang menyediakan perlindungan sekiranya orang yang dilindungi didiagnos dengan salah satu daripada Kejadian yang Dilindungi. Pengendali takaful akan membayar peratusan daripada jumlah perlindungan asas bergantung kepada tahap kritikal Kejadian yang Dilindungi.

i-EPCC menawarkan perlindungan untuk penyakit kritikal bagi pelbagai jenis tahap. Sila klik pada 08B0 pautan untuk meneliti senarai tersebut.

Group Critical Illness Rider (GCI)
Ini ialah rider dengan caruman berkala boleh baharu tahunan yang menyediakan perlindungan sekiranya orang yang dilindungi didiagnos dengan salah satu daripada Kejadian yang Dilindungi.
Group Personal Accident Rider (GPA)
Ini ialah rider dengan caruman berkala boleh baharu tahunan yang menyediakan perlindungan sekiranya orang yang dilindungi mengalami kecederaan atau meninggal dunia disebabkan oleh kemalangan.

Kembali ke atas

Kandungan yang berkaitan
Kembali ke atas
Perlu bantuan?
Untuk pertanyaan
Untuk khidmat pelanggan
E-mel kepada kami
Kunjungi
kami
Buat tuntutan
Cari Perunding Takaful
Great Eastern Takaful Malaysia logo
0