Great Eastern Takaful Logo
Pilih negara dan bahasa anda
Malaysia (Takaful)
Malaysia
Singapore
Indonesia
Brunei
Great Eastern Takaful Logo

Rider produk Takaful | Perlindungan tambahan untuk melengkapkan pelan Takaful asas anda

Great Eastern Takaful menawarkan pelbagai manfaat tambahan (rider) untuk memenuhi keperluan anda. Rider-rider ini meningkatkan perlindungan dan memastikan perlindungan komprehensif untuk anda dan keluarga.


Rider untuk Pelan Asas

i-Contributor Benefit Plus Term Rider
Rider pembayaran caruman yang mana caruman masa hadapan bagi sijil akan dibayar daripada Dana Tabarru’ sekiranya berlaku kematian atau hilang upaya penuh dan kekal, atau penyakit kritikal kepada pencarum.
i-Contributor Protection Plus Term Rider
Rider pembayaran caruman bagi tujuan perlindungan yang mana caruman masa hadapan bagi sijil akan dibayar daripada Dana Tabarru’ sekiranya berlaku kematian atau hilang upaya penuh dan kekal, atau penyakit kritikal kepada pencarum.
i-Contributor Assist Term Rider
Rider pembayaran caruman yang mana jumlah perlindungan rider akan dibayar daripada Dana Tabarru’ untuk membantu pembayaran caruman masa hadapan bagi sijil sekiranya berlaku kematian atau hilang upaya penuh dan kekal, atau penyakit kritikal kepada pencarum.
i-Provider Plus Term Rider
Rider pembayaran caruman yang mana pembayaran caruman masa hadapan bagi sijil akan dibayar daripada Dana Tabarru’ sekiranya Orang yang Dilindungi menghadapi hilang upaya penuh dan kekal atau penyakit kritikal.
i-Provider Critical Illness Term Rider
Rider pembayaran caruman bagi tujuan perlindungan yang mana pembayaran caruman masa hadapan bagi sijil akan dibayar daripada Dana Tabarru’ sekiranya Orang yang Dilindungi menghidapi penyakit kritikal.
i-Provider Assist Term Rider
Rider pembayaran caruman yang mana jumlah perlindungan rider akan dibayar daripada Dana Tabarru’ untuk membantu pembayaran caruman masa hadapan bagi sijil sekiranya Orang yang Dilindungi menghadapi hilang upaya penuh dan kekal atau penyakit kritikal.
i-Saver Rider
Rider pembayaran caruman tambahan yang mana 95% daripada caruman dibayar akan diperuntukkan ke Akaun Unit Peserta hanya untuk tujuan simpanan dan pelaburan.
i-Hospitalisation Benefit Term Rider
Rider pembayaran caruman yang menyediakan manfaat tunai harian (“Manfaat Kemasukan Hospital”) semasa kemasukan hospital kerana sakit atau kecederaan kemalangan.
i-Medi Rider dan i-Medi ExPlus Rider
Rider pembayaran caruman yang menyediakan perlindungan bagi kemasukan hospital dan perbelanjaan pembedahan yang ditanggung akibat penyakit atau kecederaan kemalangan dengan ciri tiada takaful bersama, yang membayar lebihan daripada jumlah deduktibel, mana yang berkenaan. i-Medi ExPlus Rider meningkatkan manfaat pelan perubatan primer yang dilampirkan pada sijil dengan menyediakan had tahunan keseluruhan yang dilanjutkan serta tanpa deduktibel digunapakai.
i-Lifetime Critical Illness Benefit Term Rider
Rider pembayaran caruman yang menyediakan perlindungan bagi penyakit kritikal. Ia juga menyediakan perlindungan tambahan penyakit kritikal kanak-kanak bagi Orang yang Dilindungi berumur 1 hingga 18 tahun hari lahir berikutnya. Rider ini akan mengurangkan Jumlah Perlindungan Asas bagi pelan asas.
i-Early Lifetime Critical Illness Benefit Term Rider
Rider pembayaran caruman yang membayar tuntutan bagi pelbagai jenis penyakit kritikal mahu pun pelbagai tahap penyakit kritikal yang sama, dengan syarat keadaan yang ditakrifkan terlebih dahulu telah dipenuhi. Rider ini mestilah disertakan berserta i-Lifetime Critical Illness Benefit Term Rider.
i-Critical Care Term Rider
Rider pembayaran caruman berkala yang menyediakan perlindungan bagi penyakit kritikal. Rider ini akan mengurangkan jumlah perlindungan pelan asas.
i-Additional Lifetime Critical Illness Term Rider
Rider pembayaran caruman yang menyediakan perlindungan bagi penyakit kritikal. Ia juga menyediakan perlindungan tambahan penyakit kritikal kanak-kanak bagi Orang yang Dilindungi berumur 1 hingga 18 tahun hari lahir berikutnya. Jumlah perlindungan rider ini adalah tambahan kepada jumlah perlindungan pelan asas.
i-Accidental Death Benefit Term Rider
Rider pembayaran caruman yang memberikan perlindungan apabila berlaku kematian Orang yang Dilindungi akibat kemalangan, sebagai tambahan kepada manfaat kematian yang disediakan dibawah pelan asas.
i-Comprehensive Accident Benefits Xtra Term Rider
Rider pembayaran caruman yang menyediakan perlindungan apabila berlaku kematian, hilang upaya penuh dan kekal, hilang upaya kekal atau sementara, disebabkan semata-mata dan secara langsung oleh kemalangan. Rider ini juga membayar balik perbelanjaan perubatan dan menyediakan manfaat tanggung rugi mingguan bagi kemasukan hospital di hospital kerajaan Malaysia. Jumlah Perlindungan bagi rider ini akan bertambah sebanyak 5% setiap tahun, berdasarkan Jumlah Perlindungan asal bagi rider sehingga maksimum 150% daripada Jumlah Perlindungan asal rider.

Kembali ke atas

Kandungan yang berkaitan
Kembali ke atas
Perlu bantuan?
Great Eastern Takaful Contact Us
Untuk Khidmat Pelanggan
E-mel kepada kami
Kunjungi
kami
Buat tuntutan
Great Eastern Takaful Logo