Great Eastern Takaful Malaysia logo
Pilih negara dan bahasa anda
Malaysia (Takaful)
Malaysia
Great Eastern Takaful Malaysia logo

i-Great Murni

Cetak
i-Great Murni – Great Eastern Takaful

Dengan i-Great Murni, ia pasti mudah

Berapa kalikah kita menangguh hasrat murni kita? Jauh di sudut hati, kita sememangnya mahu melindungi keluarga kita tetapi tidak terlaksana. Sama ada kita tidak mampu atau tidak mahu melalui proses rumit untuk memohonnya.

Dengan i-Great Murni, ianya mudah dan berpatutan supaya anda boleh melindungi keluarga anda daripada beban kewangan jika berlaku perkara yang tidak diingini kepada anda.



Nikmati manfaat-manfaat ini

  1. Caruman mampu bayar
    Mula dengan serendah RM11.20 sebulan untuk Jumlah Perlindungan Asas sebanyak RM100,000.

  2. Jumlah Perlindungan fleksibel
    Pilih perlindungan anda dengan 5 pelan yang ditawarkan bermula dari RM100,000 sehingga RM500,000. Jumlah perlindungan ini akan dibayar jika berlaku kematian atau Hilang Upaya Penuh dan Kekal.

  3. Tiada pemeriksaan perubatan
    Anda tidak perlu menjalani pemeriksaan perubatan untuk memohon pelan ini.

  4. Elaun Pengurusan Pengebumian & Manfaat Kematian
    Jika berlaku kematian, keluarga anda akan menerima RM5,000 yang didahulukan daripada Jumlah Perlindungan Asas sebagai bantuan kewangan untuk menguruskan pengebumian. Selepas itu, keluarga anda akan menerima baki Jumlah Perlindungan Asas dan sebarang amaun yang ada di dalam Akaun Individu Peserta sebagai Manfaat Kematian.

  5. Manfaat Hilang Upaya Penuh dan Kekal (HUPK)
    Jika berlaku HUPK sebelum mencapai umur 70, hari lahir berikutnya, anda akan menerima Jumlah Perlindungan Asas dan sebarang amaun yang ada di dalam Akaun Individu Peserta.

Nota: Tertakluk kepada Terma & Syarat


Bagaimana untuk saya memohon?

Semak kelayakan anda
Ya Tidak
1. Saya adalah rakyat Malaysia yang kini menetap di Malaysia (PR tidak layak untuk memohon)
        
2. Saya memiliki nombor telefon bimbit berdaftar di Malaysia
   
3. Saya memiliki alamat emel yang sah dan sebarang komunikasi berkenaan sijil akan dihantar melalui emel kepada saya
   
4. Saya memiliki kad kredit Mastercard/Visa untuk pembayaran caruman
   
5. Saya bukan seorang bankrap    
6. Saya berada dalam keadaan sihat dan tidak mempunyai sejarah masalah kesihatan
   

Jika anda jawab ‘Tidak’ kepada salah SATU perkara di atas, anda tidak layak untuk menyertai i-Great Murni. Sila hubungi Perunding Takaful kami untuk mendapatkan pelan yang sesuai untuk anda.

Jika anda jawab ‘Ya’ kepada SEMUA perkara di atas, anda layak untuk memohon dan semakin dekat untuk menyertai i-Great Murni.

Langkah 1:
Anggarkan jumlah perlindungan yang anda perlukan dan berapa amaun caruman yang anda mampu bayar.

Langkah 2:
Ketahui amaun yang anda perlu carum untuk i-Great Murni.

Langkah 3, anda boleh:

  1. Muat turun dan cetak borang-borang berkaitan serta lengkapkan terdahulu dan kunjungi ibu pejabat kami untuk menghantar permohonan anda.

    Tingkat 3, Menara Great Eastern,
    303 Jalan Ampang,
    50450 Kuala Lumpur

    ATAU

  2. Kunjungi cawangan berhampiran untuk melengkapkan permohonan anda.

Dokumen-dokumen Penting

Muat turun dokumen-dokumen ini untuk memohon:
  1. Borang Cadangan
  2. Borang Easi-Pay
  3. Risalah Pemberitahuan Produk
  4. Jadual Caruman
  5. Borang Penama
Kembali ke atas
Perlu bantuan?
Untuk pertanyaan
Untuk khidmat pelanggan
E-mel kepada kami
Kunjungi
kami
Buat tuntutan
Cari Perunding Takaful
Great Eastern Takaful Malaysia logo