Great Eastern Takaful Malaysia logo
Pilih negara dan bahasa anda
Malaysia (Takaful)
Malaysia
Great Eastern Takaful Malaysia logo

i-Gr8 Harapan

Cetak
i-Gr8 Harapan
Hubungi kami:
Klik untuk ketahui lebih lanjut:
»  Brosur

Perlindungan yang Tinggi untuk Keperluan Anda dan Yang Tersayang

Kehidupan senang boleh berubah menjadi sukar dalam sekelip mata sahaja. Bukan sahaja diri anda sendiri yang perlu anda jaga. Apabila anda memulakan kehidupan berkeluarga, anda barangkali bakal menghadapi tekanan kewangan yang paling sukar anda pernah hadapi selama ini. Bukan lagi anda seorang, malah pasangan dan anak-anak juga kini bergantung kepada pendapatan anda untuk memenuhi keperluan kehidupan.

Perbelanjaan seperti sewa atau pinjaman perumahan, yuran persekolahan, penjagaan anak-anak dan perbelanjaan seharian sememangnya memakan belanja yang besar, dan anda pula mungkin masih awal lagi dalam kerjaya anda, jauh dari potensi menjana pendapatan tinggi. Pada masa yang sama, anda perlu mula menabung untuk masa hadapan – pendidikan untuk anak-anak dan juga tempat berteduh untuk pasangan anda sekiranya sesuatu yang tidak diingini berlaku kepada anda. Bagaimanakah anda menggalas kesemua tanggungjawab ini sekaligus?

Dengan i-Gr8 Harapan, yakinlah bahawa keluarga anda tidak akan ditinggalkan dengan beban kewangan jika anda sudah tiada. Menawarkan perlindungan yang tinggi sehingga RM2 juta dengan caruman bulanan yang amat berpatutan, i-Gr8 Harapan adalah harapan kehidupan masa depan keluarga anda.

Manfaat

  1. Caruman rendah dengan perlindungan yang tinggi
    Dapatkan perlindungan dengan hanya RM2 sehari bagi perlindungan sehingga RM1 juta.

  2. Jumlah perlindungan yang tinggi
    Jumlah perlindungan bermula dari RM100,000 hingga RM500,000.

  3. Manfaat Hilang Upaya Penuh dan Kekal (HUPK)
    Sekiranya berlaku HUPK kerana apa sahaja akibat sebelum tempoh ulang tahun sijil sebelum umur 70 tahun hari lahir berikutnya, Jumlah Perlindungan Asas akan dibayar.

  4. Manfaat kematian
    Sekiranya berlaku kematian sebelum tempoh matang sijil, Jumlah Perlindungan Asas akan dibayar. Sekiranya jumlah caruman yang dibayar adalah lebih tinggi daripada Jumlah Perlindungan Asas ketika kematian berlaku, jumlah caruman akan dibayar.

  5. Manfaat kematian akibat kemalangan
    Selain Manfaat Kematian, waris anda akan menerima sehingga 300% daripada Jumlah Perlindungan Asas sekiranya berlaku kematian akibat kemalangan sebelum tempoh matang sijil sebelum umur 70 tahun hari lahir berikutnya, jika kemalangan berlaku:

    di Malaysia Tambahan 100% daripada manfaat kematian
    di Malaysia akibat kejadian-kejadian berikut:
    1. ketika mengembara sebagai seorang penumpang pengangkutan awam; atau

    2. ketika berada di dalam lif penumpang atau lif elektrik (tidak termasuk lif penumpang atau lif elektrik di kawasan perlombongan atau di dalam bangunan yang sedang dalam pembinaan); atau

    3. akibat kebakaran mana-mana hotel atau bangunan awam (kecuali teater atau pawagam) di mana Orang Yang Dilindungi berada ketika kebakaran bermula.
    Tambahan 200% daripada manfaat kematian
    di luar Malaysia Tambahan 300% daripada manfaat kematian
i-Gr8-Harapan
Infografik di atas adalah untuk tujuan ilustrasi sahaja. Tertakluk kepada terma dan syarat.
Kembali ke atas
Perlu bantuan?
Untuk Khidmat Pelanggan
E-mel kepada kami
Kunjungi
kami
Buat tuntutan
Great Eastern Takaful Malaysia logo