Bahasa
Pilih negara dan bahasa anda
Malaysia (Takaful)
Malaysia
m-tiara-term-takaful

Takaful Keluarga

M-Tiara Term Takaful

Pelihara warisan anda untuk perlindungan masa depan

Terdapat beberapa aspek kehidupan anda yang berbaloi untuk anda berjimat - persaraan anda, pendidikan anak anda, untuk berpendapatan sendiri dan juga berjimat  untuk perbelanjaan yang tidak dijangka, memastikan kehidupan orang yang disayangi sentiasa terpelihara.

 

Mulakan hari ini dengan M-Tiara Term Takaful dan simpan dana tersebut untuk kegunaan masa hadapan. Dengan jumlah perlindungan asas yang bermula dari RM250,000 yang meningkat pada kadar 10% setiap 5 tahun (maksimum 3 kali kenaikan), sudah tentu keluarga anda akan dijaga dengan sebaiknya.

Manfaat-manfaat utama

M-Tiara Term Takaful

Jumlah perlindungan

Yakinlah bahawa anda mempunyai perlindungan yang mencukupi pada jumlah perlindungan asas minimum sejumlah RM250,000.

M-Tiara Term Takaful

Penambahan jumlah perlindungan

Tingkatkan jumlah perlindungan asas anda pada kadar biasa sebanyak 10% setiap 5 tahun sehingga 15 tahun terma sijil (sebanyak 3 kali penambahan).

M-Tiara Term Takaful

Tempoh perlindungan

Pilih tempoh perlindungan yang anda inginkan bermula dari 20, 25, 30 atau 35 tahun, tertakluk kepada maksimum umur 85 tahun (umur hari lahir berikutnya).

Dapatkan pelan ini

Hubungi 1 300 88 8787, kunjungi mana-mana cawangan Bank Muamalat atau layari www.muamalat.com.my.

Nota dan penafian

Sila ambil perhatian terhadap perkara di bawah untuk memastikan anda memahami sepenuhnya tentang apa yang dilindungi dan tidak dilindungi oleh produk ini. Hubungi 1 300 88 8787, kunjungi mana-mana cawangan Bank Muamalat atau layari www.muamalat.com.my.

Kembali ke atas