Bahasa
Pilih negara dan bahasa anda
Malaysia (Takaful)
Malaysia
Singapore
Indonesia
Brunei
icon-takaful-keluarga

Apabila anda sudah berkeluarga, segala perspektif terhadap kehidupan anda turut mula berubah. Kesihatan, keselamatan dan kesejahteraan ahli keluarga anda akan menjadi prioriti yang paling utama. Jika anda sedang mencari produk takaful perlindungan pendapatan bagi memastikan situasi keluarga anda terjamin, pelan takaful keluarga yang kami tawarkan mungkin jawapan kepada pencarian anda.


Tahukah anda, takaful keluarga memberi lebih banyak manfaat dan juga peluang untuk anda membuat pelaburan bagi mengukuhkan kedudukan kewangan keluarga anda?

 

Apakah Pelan Perlindungan Takaful Keluarga?

 

Anda mungkin tertanya-tanya, “Apa itu takaful keluarga?” Pelan Perlindungan Takaful Keluarga adalah pelan takaful yang menawarkan perlindungan kewangan kepada individu dan keluarga mereka berdasarkan kerjasama dan tanggungjawab bersama. Peserta menyumbang ke dalam dana tabarru, yang diuruskan mengikut prinsip Islam, memberikan manfaat sekiranya berlaku peristiwa tertentu seperti kematian, hilang upaya atau sakit. Ia beroperasi berdasarkan prinsip derma (tabarru'), perkongsian keuntungan (mudarabah), dan wakaf amal (tabarru' wakaf) untuk memastikan keselamatan kewangan selaras dengan etika Islam.

 

Mengapa Anda Memerlukan Perlindungan Takaful Keluarga?

 

Menyertai Pelan Keluarga Takaful mempunyai pelbagai manfaat. Antaranya adalah:

 

●       Kewangan anda dan keluarga akan lebih terjaga. Dengan sedikit komitmen kewangan bulanan yang anda gunakan untuk caruman takaful akan dapat memastikan yang anda sekeluarga akan lebih bersedia untuk menghadapi apa saja kemungkinan termasuk penghospitalan, perbelanjaan pendidikan anak-anak mahupun ibadat umrah dan haji.

 

●       Pelan takaful adalah fleksibel. Jika anda risau tanggungan anda semakin bertambah hingga memerlukan anda mengambil pelan takaful yang baharu, pelan Takaful keluarga yang kami tawarkan tidak akan membuatkan anda berasa tertekan.

 

●       Pelan takaful keluarga kami yang komprehensif juga menawarkan Takaful perlindungan pendapatan dan hibah Takaful buat keluarga anda jika terjadinya sesuatu perkara yang tidak diingini.

 

●      Pelan takaful keluarga Great Eastern Takaful Berhad menawarkan perlindungan perubatan dengan pelbagai pelan yang menyediakan akses kepada perkhidmatan perubatan dan kemudahan penjagaan kesihatan, termasuk hospital, klinik dan pakar. Mengetahui bahawa keluarga anda dilindungi dari segi kewangan sekiranya berlaku keadaan yang tidak dijangka dapat memberikan anda ketenangan fikiran dan keyakinan terhadap masa depan kewangan keluarga anda.

 

Dapatkan perlindungan takaful untuk melindungi bukan sahaja keluarga anda, tetapi demi kesejahteraan masa hadapan anda juga. 

 

Takaful Keluarga Komprehensif Great Eastern Takaful!

 

Great Eastern Takaful menyediakan pelbagai penyelesaian yang memberikan anda sekeluarga perlindungan yang paling sesuai untuk keperluan yang berbeza. Takaful keluarga kami yang komprehensif termasuk takaful perlindungan pendapatan mampu memberikan anda perlindungan yang diperlukan di saat-saat getir. Lihat katalog pelan hibah takaful kami dan pilih yang paling sesuai buat keluarga anda.

Soalan Lazim

Produk lain yang berkaitan

Kami memberi anda akses kepada pelan-pelan peribadi dan pelbagai yang membantu anda melindungi keluarga anda dan menjaga kepentingan anda.

Kami sedia membantu

Dapatkan perlindungan keluarga yang berkualiti dan menyeluruh daripada Great Eastern Takaful. Hubungi penasihat takaful Great Eastern Takaful yang terdekat dan mulakan hari anda dengan perlindungan tambahan daripada kami. Dengan pelbagai pelan takaful yang bermanfaat dan fleksibel jadi anda boleh pilih pelan takaful mengikut keperluan keluarga dan tanggungan anda. Untuk ketahui lebih lanjut tentang pelan takaful yang lain anda boleh layari laman web kami!

Kembali ke atas