Bahasa
Pilih negara dan bahasa anda
Malaysia (Takaful)
Malaysia
Singapore
Indonesia
Brunei
Myanmar
i-Great Neo Pelan Takaful Komprehensif

Takaful Keluarga

i-Great Neo

Caruman tinggi dan perlindungan jangka panjang untuk gaya hidup eksklusif anda

Nikmati perlindungan jangka panjang untuk diri dan orang tersayang dan menjalani kehidupan sepenuhnya apabila anda memilih pembayaran caruman anda sekurang-kurangnya 10 tahun untuk perlindungan sehingga usia 80 tahun. Pada akhir tempoh perlindungan anda, anda boleh memilih untuk menerima ganjaran manfaat rangsangan matang atau memilih untuk memanjangkan tempoh perlindungan anda sehingga usia 100 tahun untuk ketenangan fikiran dengan Perlindungan Lanjutan Automatik.

Manfaat-manfaat utama

i-Great Neo

Jumlah Perlindungan yang tinggi dari RM300,000 dengan manfaat pembayaran sehingga 400% daripada Jumlah Perlindungan Asas

Dapatkan perlindungan dengan Jumlah Perlindungan yang tinggi bermula dari RM300,000 dengan pembayaran manfaat sehingga 400% daripada Jumlah Perlindungan Asas.

i-Great Neo

Manfaat Kesetiaan

Pilih tempoh caruman 10, 20 tahun atau sepanjang tempoh perlindungan dan anda mungkin menerima sehingga 5%  daripada caruman asas tahunan di dalam Akaun Individu Peserta anda pada setiap akhir setiap tahun kelima Sijil.

i-Great Neo

56 penyakit kritikal daripada kanak-kanak hingga dewasa di bawah satu rider pilihan

Sila lihat senarai 56 penyakit kritikal di sini

Manfaat tambahan

Manfaat Rangsangan Matang

Anda mungkin menerima peratusan tambahan (dari 3% hingga 20%) daripada Jumlah Perlindungan Asas, bergantung pada tempoh perlindungan anda. Manfaat ini mungkin akan dibayar sebagai tambahan ke atas Manfaat Matang apabila pelan anda matang, tertakluk pada semua caruman dibayar adalah dikemaskini. Manfaat ini mungkin dibayar sebagai hibah daripada kami kepada anda.

Perlindungan Lanjutan Automatik

Nikmati perlindungan berterusan dengan Perlindungan Lanjutan Automatik selepas tempoh 30 tahun atau matang pada umur 60 atau umur 80 tahun.

Perkhidmatan Badal Haji, Wakaf dan Hibah

Perkhidmatan-perkhidmatan ini adalah opsyenal dan anda perlu mengisi borang perkhidmatan Badal Haji, borang perkhidmatan Wakaf, borang penama dan borang serah hak untuk perkhidmatan pilihan anda masing-masing.

Manfaat Kematian semasa menunaikan Haji/Umrah

 

Sekiranya berlaku Kematian pada Orang Yang Dilindungi semasa Sijil berkuat kuasa semasa menunaikan Haji atau Umrah dan bukan disebabkan oleh kemalangan, sebuah jumlah tambahan sebanyak seratus peratus (100%) daripada Jumlah Perlindungan Asas akan dibayar sebagai tambahan ke atas Manfaat Kematian.

Tingkatkan perlindungan anda

Tingkatkan pelan i-Great Neo anda untuk perlindungan yang lebih komprehensif melalui 3 rider-rider pilihan ini:

 

Penyakit Kritikal

  •  i-Critical Illness Benefit Term Rider

 

Pengecualian Caruman

  • i-Provider Plus Term Rider - untuk Orang Yang Dilindungi
  • i-Contributor Benefit Plus Term Rider - untuk Pencarum

Bagaimanakah i-Great Neo berfungsi

Nota dan penafian

Sila ambil perhatian terhadap perkara di bawah untuk memastikan anda memahami sepenuhnya tentang apa yang dilindungi dan tidak dilindungi oleh produk ini. Jika terdapat keraguan, sila hubungi Perunding Great Eastern Takaful anda.

Kembali ke atas