Bahasa
Pilih negara dan bahasa anda
Malaysia (Takaful)
Malaysia
Singapore
Indonesia
Brunei
Myanmar
i-Great Jannah

Takaful Keluarga

i-Great Jannah

Pemberian hibah sebagai hadiah yang berkekalan untuk anda

Takaful merupakan permuafakatan sekumpulan individu untuk saling mejamin dan membantu antara satu sama lain bagi memenuhi keperluan tertentu yang dipersetujui dalam kalangan mereka seperti memberi pampasan bagi sesuatu musibah yang menimpa serta keperluan kewangan yang lain. Dalam takaful, ada peserta yang memilih hibah takaful sebagai salah satu cara mereka membantu dan melindungi keluarga mereka apabila mereka tidak lagi mampu untuk berikan yang terbaik buat yang tersayang. Di sini, kami akan menjelaskan apa itu hibah takaful dan apakah kebaikan memilih hibah takaful.

 

Apakah Hibah Takaful?

Anda sedar bahawa hidup mempunyai naik turun, dan anda mahu bersedia menghadapinya. Oleh itu, teruskan niat anda dan lakukan yang terbaik untuk mereka yang anda sayangi, sama ada untuk anak-anak anda, atau sesiapa sahaja contohnya kepada anak yatim. Ramai pemilik takaful membuat pilihan untuk menhibahkan takaful sebagai amalan terakhir mereka.

 

Hibah takaful adalah pemberian harta secara kasih sayang kepada sesiapa yang dikehendaki tanpa mengharapkan balasan semasa hidup dalam bentuk pampasan takaful. Ia mula diperkenalkan didalam industri takaful selepas Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 wujud. Pemberian hibah yang akan diterima oleh penerima akan berkuat kuasa selepas kematian pemilik Sijil. 

 

Kelebihan Hibah Takaful

1. Memudahkan Penyelesaian Hutang

Jika ada hutang atau bil yang tertunggak semasa kematian anda, hibah yang anda berikan pada ahli keluarga menyenangkan mereka melunaskan apa-apa bayaran dan hutang yang anda ada.

 

2. Sebagai Pengganti Pendapatan

Kelebihan ini jelas dan bermanfaat bagi anda kalau anda merupakan penanggung keluarga yang utama. Jika apa-apa terjadi pada anda, hibah takaful yang diberikan pada waris mampu menanggung pendapatan keluarga sementara mereka menguruskan jenazah dan menyelesaikan mana perihal duniawi anda.

 

3. Boleh Dihibahkan Pada Bukan Waris Faraid

Hibah takaful adalah salah satu alternatif kepada faraid  kerana ianya boleh diberikan pada waris, ahli keluarga atau kepada sesiapa sahaja yang dikehendaki.

 

Siapa Wajar Mengambil Hibah Takaful?

Rata-rata menghibahkan takaful adalah perkara yang bermanfaat bagi semua orang yang mencarum dengan takaful. Di sini kami nyatakan individu-individu yang paling bermanfaat untuk menghibahkan takaful kepada yang tersayang. 
 

  • Pasangan yang mempunyai anak angkat.
  • Suami yang mempunyai para isteri.
  • Mempunyai anak perempuan saja.
  • Mempunyai anak lelaki lebih daripada anak perempuan.
  • Pasangan yang masih belum dikurniakan zuriat
  • Mempunyai anak kurang upaya
  • Anak yang masih mempunyai mak dan ayah
  • Jemaah haji dan umrah
  • Ahli perniagaan
  • Mualaf yang ingin memberikan kepada ahli keluarga yang bukan islam
  • Individu yang berkahwin semula

 

Mudahkan Proses Hibah Dengan Great Eastern Takaful

Takaful keluarga i-Great Jannah merupakan pelan takaful yang komprehensif dan boleh dihibah buat yang tersayang. Dapatkan perlindungan yang bagus buat diri anda dan keluarga anda. Berikut adalah manfaat utama menjadi ahli pelan i-Great Jannah:
 

  • Tempoh perlindungan fleksibel

Pilih tempoh perlindungan anda bermula dari 5 tahun atau sehingga anda mencapai umur 99 tahun lahir berikutnya.
 

  • Manfaat Kematian akibat kemalangan

Selain Manfaat Kematian, waris anda akan menerima sehingga 300% daripada Jumlah Perlindungan Asas sekiranya kematian disebabkan oleh kemalangan.
 

  • Hibah manfaat Takaful anda

Buat persediaan untuk waris dan/atau organisasi amal pilihan anda.
 

  • Manfaat Ihsan

Waris anda akan menerima sejumlah RM2,000 dari Dana Tabarru’ sekiranya anda meninggal dunia.

Manfaat-manfaat utama

i-Great Jannah

Tempoh perlindungan fleksibel

Pilih tempoh perlindungan anda bermula dari 5 tahun atau sehingga anda mencapai umur 99 tahun lahir berikutnya

i-Great Jannah

Tempoh pembayaran caruman


Pilih di antara 5, 10 atau 20 tahun atau sepanjang tempoh perlindungan

i-Great Jannah

Hibah manfaat Takaful anda

Buat persediaan untuk waris dan/atau organisasi amal pilihan anda

i-Great Jannah

Manfaat Kematian akibat kemalangan

Selain Manfaat Kematian, waris anda akan menerima sehingga 300% daripada Jumlah Perlindungan Asas sekiranya kematian disebabkan oleh kemalangan

i-Great Jannah

Manfaat Ihsan

Waris anda akan menerima sejumlah RM2,000 dari Dana Tabarru’ sekiranya anda meninggal dunia

i-Great Jannah

Tingkatkan perllindungan anda

Jika anda ingin tambah perlindungan untuk Penyakit Kritikal atau perubatan, anda juga boleh sertai:

  • i-Critical Care Term Rider
  • i-Great MediMax

    Dapatkan diskaun 5% untuk caruman bulanan i-Great MediMax sekiranya anda mendaftar untuk i-Great Jannah

Bagaimanakah i-Great Jannah berfungsi

Di samping perlindungan takaful keluarga, kami juga mempunyai pelan takaful kesihatan yang komprehensif untuk individu dan keluarga. Dapatkan perlindungan takaful yang terbaik dari Great Eastern Takaful. Layari laman web kami atau lawati cawangan Great Eastern Takaful yang terdekat. 

Nota dan penafian

Sila ambil perhatian terhadap perkara di bawah untuk memastikan anda memahami sepenuhnya tentang apa yang dilindungi dan tidak dilindungi oleh produk ini. Jika terdapat keraguan, sila hubungi Perunding Great Eastern Takaful anda.

Kembali ke atas