Bahasa
Pilih negara dan bahasa anda
Malaysia (Takaful)
Malaysia
Singapore
Indonesia
Brunei
Myanmar
EZShield

Takaful Keluarga

EZShield

Perlindungan yang berpatutan pada RM27.50

Pelan perlindungan selama 3 bulan yang memberikan manfaat Kematian dan Hilang Upaya Penuh & Kekal kepada Orang Yang Dilindungi. Selain itu, terdapat perlindungan tambahan (ganti rugi berganda) atas Kematian Orang Yang Dilindungi akibat kemalangan.

Cetak Cetak

Manfaat-manfaat utama

ezshield-icon-1

Pelan Perlindungan yang Berpatutan

Pelan perlindungan yang berpatutan yang mana pembayaran sekali gus akan dibayar apabila berlaku Kematian dan Hilang Upaya Penuh & Kekal, dan pembayaran tambahan (ganti rugi berganda) atas Kematian akibat kemalangan.

ezshield-icon-2

Manfaat Pendapatan Khas

Manfaat khas akan dibayar secara sekali gus apabila berlaku perkara berikut:

a) Kematian/Hilang Upaya Penuh & Kekal akibat Kemalangan; atau

b) Kemasukan hospital bagi Orang Yang Dilindungi sekurang-kurangnya 5 hari akibat kemalangan.

ezshield-icon-3

Pendaftaran Mudah

Pendaftaran dan penyertaan yang ringkas dan mudah dengan hanya menjawab 3 soalan.

Dokumen-dokumen

Risalah Pemberitahuan Produk
Klik di sini untuk muat turun Risalah Pemberitahuan Produk EZShield.

Sijil Induk
Klik di sini untuk muat turun Sijil Induk EZShield.

Soalan Lazim
Klik di sini untuk muat turun Soalan Lazim EZShield.

Jadual manfaat

 

Butiran

Amaun Dibayar

Manfaat Kematian/Hilang Upaya Penuh & Kekal (HUPK)
Apabila berlaku kematian atau HUPK terhadap Orang yang Dilindungi dalam tempoh perlindungan, jumlah perlindungan akan dibayar. 
RM20,000
Manfaat Kematian Akibat Kemalangan
Apabila berlaku kematian terhadap Orang yang Dilindungi akibat Kemalangan dalam tempoh perlindungan, 100% tambahan daripada jumlah perlindungan, akan dibayar.
RM40,000
Manfaat Pendapatan Khas
Manfaat khas akan dibayar secara sekaligus apabila berlaku perkara berikut:
a) Kematian/Hilang Upaya Penuh & Kekal; atau
b) Kemasukan hospital bagi Orang Yang Dilindungi sekurang-kurangnya 5 hari akibat kemalangan

Nota: Manfaat ini hanya akan dibayar sekali dan akan ditamatkan selepas itu.
RM1,000

 

Nota dan penafian

Sila ambil perhatian terhadap perkara di bawah untuk memastikan anda memahami sepenuhnya tentang apa yang dilindungi dan tidak dilindungi oleh produk ini. Jika terdapat keraguan, sila emel kepada GreatAssist@greateasterntakaful.com.

Kembali ke atas