Bahasa
Pilih negara dan bahasa anda
Malaysia (Takaful)
Malaysia
Singapore
Indonesia
Brunei
Pelan rider takaful yang melindungi keperluan kritikal keluarga anda untuk seumur hidup

Takaful Kesihatan

i-Lifetime Critical Illness Benefit Term Rider &
i-Early Lifetime Critical Illness Benefit Term Rider | Perlindungan Seumur Hidup Takaful Kesihatan untuk Keperluan Kritikal

Pelan yang melindungi keperluan kritikal anda sepanjang hayat

Penyakit kritikal boleh menyerang kita pada bila-bila masa pada waktu yang kita tidak bersedia. Adakah anda mampu mendapatkan rawatan awal yang terbaik untuk pemulihan? Apakah kesannya pada gaya hidup anda? Walaupun anda mempunyai perlindungan perubatan yang baik, masih ada perbelanjaan yang berkaitan dengan penyakit kritikal yang tidak dapat dilindungi oleh kebanyakan pelan perubatan. Dengan i-Lifetime Critical Illness Benefit Term Rider dan i-Early Lifetime Critical Illness Benefit Term Rider, anda akan mendapat akses ke dana yang anda perlukan untuk mendapatkan rawatan awal untuk peluang pemulihan yang lebih baik dan untuk menghadapi perubahan gaya hidup anda yang tidak dijangka kerana pelan ini melindungi keperluan kritikal anda sepanjang hayat yang melengkapi pelan asas Takaful anda.

Manfaat-manfaat utama

i-Lifetime & i-Early Lifetime CI Rider

56 perlindungan penyakit kritikal untuk orang dewasa dan kanak-kanak dalam 1 pelan

Nikmati perlindungan penyakit kritikal terluas untuk orang dewasa dan kanak-kanak di bawah satu pelan. Sila lihat senarai 56 penyakit kritikal di sini.

i-Medi Rider

Terima beberapa pembayaran tuntutan sekiranya menghidap penyakit kritikal

Lindungi diri anda, pasangan dan anak-anak tersayang daripada penyakit kritikal dan terima beberapa pembayaran tuntutan sekiranya menghidap mana-mana daripada 56 penyakit kritikal yang dilindungi, semuanya di bawah satu pelan.

i-Lifetime & i-Early Lifetime CI Rider

Perlindungan untuk 2 tahap serius

Lindungi diri anda dan yang tersayang daripada penyakit kritikal dan terima pembayaran sebanyak 20% untuk tahap serius 25 dan 50% untuk tahap serius 50.

Manfaat-manfaat tambahan

i-Lifetime & i-Early Lifetime CI Rider

i-Lifetime Critical Illness Benefit Term Rider

  • Kelonggaran untuk memilih tempoh perlindungan di antara 25 atau 80 tahun hari lahir berikutnya
  • Perlindungan 11 penyakit khusus kritikal kanak-kanak dan 45 penyakit kritikal dewasa
  • Perlindungan yang berterusan untuk Orang Yang Dilindungi Kanak-Kanak apabila mencapai umur 19 tahun hari lahir berikutnya dan ke atas

i-Lifetime & i-Early Lifetime CI Rider

i-Early Lifetime Critical Illness Benefit Term Rider

  • Kelonggaran untuk memilih tempoh perlindungan di antara 25 atau 80 tahun
  • Perlindungan 45 penyakit kritikal
  • Membenarkan beberapa tuntutan penyakit kritikal bergantung kepada
    tahap serius

Bagaimanakah rider-rider ini berfungsi

Nota dan penafian

Sila ambil perhatian terhadap perkara di bawah untuk memastikan anda memahami sepenuhnya tentang apa yang dilindungi dan tidak dilindungi oleh produk ini. Jika terdapat keraguan, sila hubungi Perunding Great Eastern Takaful anda.

Kembali ke atas