Bahasa
Pilih negara dan bahasa anda
Malaysia (Takaful)
Malaysia
Singapore
Indonesia
Brunei
Pelan perlindungan perubatan untuk diri dan keluarga sekiranya berlaku masalah kesihatan

Takaful Kesihatan

i-Great MediHarapan | Pelan Takaful Kesihatan untuk Individual dan Keluarga

i-Great MediHarapan | Pelan Takaful Kesihatan untuk Individual dan Keluarga

Apa itu perlindungan perubatan
 

Pelan perlindungan perubatan Takaful direka untuk menyediakan perlindungan bagi perbelanjaan perubatan sambil mematuhi prinsip Syariah. Peserta akan mencarum dalam dana Tabarru’ yang diuruskan mengikut garis panduan etika Islam. Apabila peserta memerlukan rawatan perubatan, mereka boleh memfailkan tuntutan, dan jika diluluskan, perbelanjaan dibayar daripada dana Tabarru’ tersebut. Sebarang lebihan dana boleh diagihkan di kalangan peserta, mencerminkan bantuan bersama dan prinsip perkongsian risiko Takaful.
 

Kepentingan perlindungan perubatan
 

Sekiranya berlaku kecemasan atau dimasukkan ke hospital, terdapat beberapa kos yang harus ditanggung oleh pesakit atau ahli keluarga. Dengan Great Eastern Takaful, kami menawarkan anda pelbagai pelan takaful yang boleh memberi manfaat kepada keperluan penjagaan kesihatan anda. Setiap pelan ini menyediakan perlindungan penjagaan kesihatan dan dilengkapi dengan kad perubatan keluarga yang akan membantu melancarkan prosedur apabila berurusan dengan hospital dan pusat perubatan. i-Great MediHarapan membantu melindungi diri anda daripada perkara yang tidak diingini dan membantu meringankan beban kewangan orang yang tersayang, kerana i-Great MediHarapan adalah pelan perlindungan perubatan untuk anda dan keluarga.
 

Manfaat & kebaikan pelan seperti i-Great MediHarapan
 

Pelan perlindungan perubatan dan kesihatan Takaful penting bagi individu dan komuniti atas beberapa sebab yang berikut:
 

●       Pilihan tambahan untuk mendapatkan perkhidmatan penjagaan kesihatan terbaik

Selain daripada hospital kerajaan, kad perubatan takaful boleh memberikan anda pilihan tambahan dalam memilih perkhidmatan penjagaan kesihatan di sektor perubatan hospital swasta. Kedua-dua hospital kerajaan dan hospital swasta juga menyediakan rawatan berkualiti dengan tenaga perubatan yang mahir dan kakitangan perubatan berpengalaman. Setiap pilihan mempunyai kelebihan dan ciri-ciri tersendiri. Dapatkan kelebihan dalam pilihan hospital yang terbaik mengikut kesesuaian anda dengan kad perubatan takaful.
 

●       Simpanan anda dilindungi daripada kos rawatan perubatan

Tanpa perlindungan kad perubatan takaful, apabila penyakit menyerang, anda perlu menanggung sepenuhnya kos rawatan.
 

●       Kemasukan tanpa pembayaran tunai

Anda harus mendapatkan kad perubatan supaya anda tidak perlu tergesa-gesa mencari wang tunai pendahuluan untuk dimasukkan. Anda atau keluarga anda boleh memberi tumpuan sepenuhnya untuk sembuh, tanpa perlu risau tentang membiayai bil hospital yang mahal.
 

●       Untuk menambah perlindungan perubatan pekerjaan anda

Anda mungkin bekerja dan berhak mendapat takaful/ pelan perlindungan perubatan pekerja. Walau bagaimanapun, untuk takaful perubatan kumpulan, ia bergantung kepada pekerjaan anda yang tidak lagi melindungi anda jika anda sudah tidak lagi bekerja dengan syarikat tersebut. Mendapatkan kad perubatan peribadi anda sendiri akan memastikan anda masih dilindungi walaupun anda tidak berada di bawah perlindungan perubatan kumpulan.
 

●       Perlindungan keluarga

Terdapat kad perubatan untuk melindungi keluarga anda. Apabila anak-anak anda semakin membesar, mereka terdedah kepada lebih banyak risiko, sama ada semasa belajar atau bekerja. Itulah sebabnya penting untuk keluarga anda dilindungi oleh kad perubatan yang komprehensif, jadi kewangan keluarga anda tidak akan terancam jika ahli keluarga dimasukkan ke hospital. Mendapatkan perlindungan keluarga juga melayakkan anda mendapat diskaun tambahan, menjadikannya lebih berpatutan untuk keluarga anda dilindungi.

Manfaat-manfaat utama

i-Great MediHarapan

Had Keseluruhan Seumur Hidup Tanpa Had dan RM200,000 Had Keseluruhan Tahunan

Nikmati RM200,000 Had Keseluruhan Tahunan dengan hanya RM3.50 sehari* dan Had Keseluruhan Seumur Hidup Tanpa Had.

i-Great MediHarapan

Perlindungan perubatan sehingga umur 100 tahun

Dapatkan perlindungan dan manfaat perubatan sehingga anda mencapai 100 tahun hari lahir berikutnya.

i-Great MediHarapan

RM300 deduktibel untuk setiap ketidakupayaan

Bayar hanya RM300 daripada jumlah bil hospital anda untuk setiap ketidakupayaan bagi manfaat tertentu yang dilindungi sahaja, dan kami akan tanggung selebihnya.

i-Great MediHarapan

5% diskaun keluarga

Nikmati diskaun sebanyak 5% apabila anda menyertai i-Great MediHarapan dengan pasangan dan ahli keluarga anda. 

Bagaimanakah i-Great MediHarapan berfungsi

Nota dan penafian

Sila ambil perhatian terhadap perkara di bawah untuk memastikan anda memahami sepenuhnya tentang apa yang dilindungi dan tidak dilindungi oleh produk ini. Jika terdapat keraguan, sila hubungi Perunding Great Eastern Takaful anda.

Kembali ke atas