Bahasa
Pilih negara dan bahasa anda
Malaysia (Takaful)
Malaysia
Singapore
Indonesia
Brunei
Myanmar
hospeefamily

Perlindungan Kesihatan

HospeeFamily

Perlindungan keluarga hanya RM40

Pelan perlindungan selama 3 bulan yang memberikan manfaat kemasukan hospital setiap hari kepada Orang Yang Dilindungi akibat penyakit atau kecederaan dan Manfaat Kematian akibat Kemalangan dibayar sekaligus semasa dalam perjalanan peribadi atau ketika menaiki pengangkutan awam. Manfaat yang sama juga diberikan kepada 2 ahli keluarga terdekat sekiranya dimasukkan ke hospital atau meninggal dunia akibat kemalangan.

Cetak Cetak

Manfaat-manfaat utama

hospeefamily-icon-1

Elaun Tunai Harian Kemasukan Hospital

Elaun Tunai Harian untuk setiap hari Kemasukan Hospital bagi Orang Yang Dilindungi. Selain itu, pembayaran sekali gus untuk manfaat Kematian Akibat Kemalangan turut diberikan.

hospeefamily-icon-2

Perlindungan Tambahan Kepada 2 Ahli Keluarga Terdekat

Satu pelan perlindungan yang bukan sahaja melindungi Orang Yang Dilindungi, tetapi juga melindungi ahli keluarga terdekat, menjadikannya satu pelan yang melindungi seisi keluarga.

hospeefamily-icon-3

Pendaftaran Mudah

Pendaftaran yang mudah dengan penyertaan ringkas bagi Orang Yang Dilindungi dengan hanya menjawab 3 soalan. Penyertaan terus bagi ahli keluarga terdekat tanpa memerlukan pengunderaitan.

Dokumen-dokumen

Risalah Pemberitahuan Produk
Klik di sini untuk muat turun Risalah Pemberitahuan Produk HospeeFamily.

Sijil Induk
Klik di sini untuk muat turun Sijil Induk HospeeFamily.

Soalan Lazim
Klik di sini untuk muat turun Soalan Lazim HospeeFamily.

Jadual manfaat

Butiran

Amaun Dibayar

Manfaat bagi Orang Yang Dilindungi

Manfaat Tunai Hospital
Manfaat hospital harian akibat penyakit atau kecederaan yang dialami oleh Orang Yang Dilindungi.

RM50 sehari
Manfaat Kematian Akibat Kemalangan
Sekiranya Orang Yang Dilindungi meninggal akibat kemalangan dalam pengangkutan awam atau persendirian.
 
RM1,000

Manfaat Bantuan Keluarga
Manfaat bagi Ahli Keluarga Terdekat Orang Yang Dilindungi, Sehingga 2 Orang

Manfaat Tunai Hospital Akibat Kemalangan
Manfaat hospital harian akibat kecederaan yang dialami oleh ahli keluarga terdekat Orang Yang Dilindungi kerana kemalangan dalam pengangkutan awam atau persendirian.
 
RM50 sehari
Manfaat Kematian Akibat Kemalangan
Sekiranya ahli keluarga terdekat Orang Yang Dilindungi meninggal dunia akibat kemalangan dalam pengangkutan awam atau persendirian.
RM1,000

Nota dan penafian

Sila ambil perhatian terhadap perkara di bawah untuk memastikan anda memahami sepenuhnya tentang apa yang dilindungi dan tidak dilindungi oleh produk ini. Jika terdapat keraguan, sila emel kepada GreatAssist@greateasterntakaful.com.

Kembali ke atas