Bahasa
Pilih negara dan bahasa anda
Malaysia (Takaful)
Malaysia
Singapore
Indonesia
Brunei
Myanmar
i-Great Aman

Takaful Keluarga

i-Great Aman

Pelan perlindungan komprehensif yang bersama menyelusuri kehidupan anda

Keluarga anda merupakan aset terpenting dalam hidup anda. Anak-anak, pasangan ataupun ibu bapa, mereka merupakan orang yang terdekat dengan kita, jadi kesihatan dan kesejahteraan mereka haruslah dijaga. Penjagaan keluarga memerlukan jumlah wang yang banyak maka adalah bijak untuk anda melabur dengan Takaful Keluarga. Takaful Keluarga merupakan jenis takaful yang memberikan perlindungan yang pelbagai buat anda sekeluarga. Mencarum takaful adalah alternatif yang patuh syariah jika dibandingkan dengan takaful komersial. Takaful melindungi keluarga anda daripada penyakit atau penghospitalan dan juga menawarkan beberapa manfaat yang lain. Great Eastern Takaful menyediakan pelbagai jenis Takaful Keluarga yang komprehensif dan fleksibel dan anda hanya perlu pilih satu yang paling sepadan dengan keluarga atau keperluan anda. 

 

Takaful Keluarga i-Great Aman memberikan perlindungan yang komprehensif

Semua orang melalui pelbagai fasa dan cabaran dalam kehidupan. Sebagai sebuah pelan Takaful Keluarga, i-Great Aman memberi anda peluang untuk menyesuaikan pelan perlindungan anda mengikut tahap kehidupan dan kemampuan anda. Dengan ciri Perlindungan Lanjutan Automatik, i-Great Aman adalah cara terbaik untuk anda mendapatkan perlindungan berterusan, kerana i-Great Aman adalah pelan perlindungan komprehensif yang bersama menyelusuri kehidupan anda. Pelan Takaful Keluarga ini komprehensif dan menyeluruh jadi anda sentiasa bersedia dari segi kewangan. Ketahui lebih lanjut tentang pelan takaful ini.

Manfaat-manfaat utama

Mendapatkan Takaful Keluarga sebagai penyelesaian perlindungan buat keluarga anda datang dengan beberapa manfaat. Selain dari memberikan anda dan keluarga anda perlindungan kesihatan, Takaful Keluarga juga merupakan sebuah pelaburan yang patuh syariah. Berikut adalah manfaat-manfaaat utama i-Great Aman: 

 

 

i-Great Aman

Caruman bulanan serendah RM100

Dapatkan perlindungan yang komprehensif dengan caruman bulanan bermula dari RM100.

i-Great Aman

Tambahan selang 10 tahun Perlindungan Lanjutan Automatik

Dapatkan perlindungan sehingga 70 tahun hari lahir berikutnya dan nikmati tambahan selang 10 tahun Perlindungan Lanjutan Automatik selepas matang sehingga umur 90 tahun hari lahir berikutnya.

i-Great Aman

3 dana untuk kesesuaian selera risiko anda

Nikmati fleksibiliti dalam memilih untuk melabur di dalam satu atau lebih daripada 3 unit dana patuh Syariah tanpa sebarang caj dikenakan bagi penukaran dana.

Manfaat tambahan

Manfaat matang, ihsan dan Kemudahan Tidak Luput

Anda akan menerima sebarang jumlah di dalam Akaun Unit Peserta apabila pelan anda matang dan waris anda akan menerima sejumlah RM2,000 sekiranya anda meninggal dunia.


Kemudahan Tidak Luput pada tiga tahun pertama sijil akan memastikan sijil anda terus berkuat kuasa walaupun jumlah nilai di dalam Akaun Unit Peserta anda menjadi sifar.

Tingkatkan perlindungan anda

Tingkatkan pelan Takaful anda untuk perlindungan yang lebih komprehensif melalui 11 rider-rider pilihan ini:

 

Perubatan dan Penghospitalan

  •  i-Medik Rider
  •  i-Medik Xtra Rider
  • i-Medik Xtender Rider
  • i-Hospitalisation Benefits Rider

 

Penyakit Kritikal

  •  i-Critical Illness Benefit Rider

 

Perlindungan Kemalangan

  • i-Comprehensive Accident Benefits Xtra Rider

 

Pengecualian Caruman

  • i-Contributor Rider
  • i-Contributor Benefit Plus Rider
  • i-Provider on DD Rider
  • i-Provider on TPD Rider
  • i-Provider Plus Rider

Perlindungan Penyakit Kritikal paling luas di Malaysia

Sila klik di sini untuk melihat senarai 45 Penyakit Kritikal.

Perkhidmatan Badal Haji, Wakaf dan Hibah

Perkhidmatan-perkhidmatan ini adalah opsyenal dan anda perlu mengisi borang perkhidmatan Badal Haji, borang perkhidmatan Wakaf, borang penama dan borang serah hak untuk perkhidmatan pilihan anda masing-masing.

Bagaimanakah i-Great Aman berfungsi

Dapatkan perlindungan takaful dengan Great Eastern Takaful

Lindungi anda dan keluarga anda dari penyakit dan musibah dengan Takaful Keluarga. Pelan-pelan takaful yang fleksibel dan menyeluruh dari Great Eastern Takaful membenarkan anda memilih pelan takaful yang paling sesuai berdasarkan kemampuan dan keperluan anda. Sejak 2010, Great Eastern Takaful telah menawarkan pelbagai jenis perlindungan seperti pelan perubatan, insurans kenderaan, kemalangan dan sebagainya. Kami tekad menjadi sebuah nama yang dipercayai dalam industri perlindugan dengan memberikan servis yang terbaik untuk anda. Untuk ketahui lebih lanjut, layari laman web kami.

Nota dan penafian

Sila ambil perhatian terhadap perkara di bawah untuk memastikan anda memahami sepenuhnya tentang apa yang dilindungi dan tidak dilindungi oleh produk ini. Jika terdapat keraguan, sila hubungi Perunding Great Eastern Takaful anda.

Kembali ke atas