Great Eastern Takaful Malaysia logo
Pilih negara dan bahasa anda
Malaysia (Takaful)
Malaysia
Great Eastern Takaful Malaysia logo

i-Great Amal

i-Great Amal

Tunaikan ibadah Haji dan Umrah anda tanpa kebimbangan tentang keperluan kewangan dan perlindungan anda. i-Great Amal menyediakan tunai untuk mengerjakan Haji atau Umrah. Kami juga menyediakan khidmat Badal Haji untuk memastikan ibadah Haji anda dipenuhi dan membantu anda dengan manfaat Adha (Qurban).

Manfaat-manfaat Utama

Perlindungan berganda ketika anda menunaikan Haji atau Umrah

Kami memberikan perlindungan berganda jika anda meninggal dunia atau berlaku TPD semasa mengerjakan ibadah Haji atau Umrah anda. Itu bermaksud dua kali ganda jumlah perlindungan asas.

Manfaat Ihsan

Jika anda meninggal dunia, keluarga anda akan mendapat bayaran RM2,000 sekaligus sebagai manfaat ihsan untuk menampung perbelanjaan pengebumian.

Bantuan kewangan ketika menunaikan Haji atau Umrah

Terima RM800 (sekali sahaja) untuk membantu anda dengan perbelanjaan Haji atau Umrah. Selain itu, anda juga akan menerima Manfaat Adha bernilai RM500 untuk membantu anda melakukan Qurban.

Badal Haji

Peroleh ketenangan dengan mengetahui bahawa ibadah Haji anda akan ditunaikan sekiranya anda meninggal dunia atau berlaku TPD. Kami akan melantik badan atau organisasi untuk melakukan Badal Haji untuk anda.

Tingkatkan perlindungan anda

Dapatkan i-Great Amal yang khusus untuk anda dengan perlindungan-perlindungan tambahan. Jika anda ingin tambah perlindungan untuk perubatan, penyakit kritikal atau penyumbang, rider-rider berikut boleh dipilih:

Dapatkan pelan ini

Hubungi Perunding Takaful

Hubungi Perunding Takaful anda untuk mengetahui penyelesaian kewangan mana yang sesuai untuk anda. Belum ada perunding? Tinjau senarai Perunding Takaful kami.

Telefon kami
Untuk pertanyaan
+603 4259 8338
Untuk khidmat pelanggan
1 300 13 8338
Kunjungi kami

Great Eastern Takaful Berhad (916257-H)
Aras 3 Menara Great Eastern
303 Jalan Ampang
50450 Kuala Lumpur

Nota dan Penafian:

Sila ambil perhatian terhadap perkara di bawah untuk memastikan anda memahami sepenuhnya tentang apa yang dilindungi dan tidak dilindungi oleh peroduk ini. Jika terdapat keraguan, sila hubungi Perunding Great Eastern Takaful anda.

Notis Penting
  1. i-Great Amal merupakan pelan Pelan Takaful Keluarga Bertempoh dengan caruman berkala yang matang pada umur 70 tahun hari jadi berikutnya atau sehingga tempoh maksima 50 tahun berserta manfaat tambahan perlindungan ketika mengerjakan Ibadah Haji atau Umrah.
  2. Caruman dibayar sehingga tempoh perlindungan tamat atau kematian atau TPD, mana yang berlaku dahulu.
  3. Caruman hendaklah dibayar secara berkala bagi memastikan PIA anda adalah cukup untuk menampung perlindungan anda pada setiap masa.
  4. Anda seharusnya berpuas hati bahawa pelan ini akan memenuhi keperluan anda dengan sebaiknya dan caruman yang dibayar di bawah sijil ini adalah amaun yang anda mampu bayar.
  5. Tempoh “rujukan percuma” selama 15 hari daripada tarikh penerimaan dokumen sijil diberi kepada anda untuk meneliti kesesuaian pelan. Jika dokumen sijil dikembalikan kepada Pengendali Takaful dalam tempoh ini, Pengendali Takaful akan mengembalikan suatu amaun yang bersamaan dengan amaun caruman yang dibayar ditolak dengan perbelanjaan yang ditanggung untuk pemeriksaan perubatan (jika ada).
  6. Apabila pelan ditamatkan atau luput, tiada manfaat akan dibayar dari Dana Tabarru’.
  7. Anda boleh berhenti membayar caruman dan masih menikmati perlindungan selagi terdapat jumlah yang mencukupi di dalam PIA untuk membayar Tabarru’, mana-mana yang berkenaan. Namun terdapat kemungkinan sijil menjadi luput apabila caj yang dikenakan, termasuk Tabarru’, melebihi jumlah duit yang ada di dalam PIA.
Penafian

Maklumat ini hanyalah untuk pemberitahuan am sahaja. Anda dinasihatkan untuk merujuk Ilustrasi Manfaat, Risalah Pemberitahuan Produk dan contoh Sijil bagi mendapatkan maklumat terperinci berkenaan ciri-ciri dan manfaat-manfaat pelan sebelum menyertai pelan ini.

Kembali ke atas
Perlu bantuan?
Untuk pertanyaan
Untuk khidmat pelanggan
E-mel kepada kami
Kunjungi
kami
Buat tuntutan
Cari Perunding Takaful
Great Eastern Takaful Malaysia logo