Great Eastern Takaful Malaysia logo
Pilih negara dan bahasa anda
Malaysia (Takaful)
Malaysia
Great Eastern Takaful Malaysia logo

Group SME Package

Group SME Package

Kami sangat memahami bahawa membina tenaga kerja yang produktif dan sihat adalah salah satu keutamaan anda dan pekerja anda merupakan aset paling berharga di dalam syarikat. Sama ada anda menjalankan perniagaan sekecil 10 orang atau sebesar 150 orang pekerja, Group SME Package kami direka khas untuk anda menyediakan perlindungan perubatan komprehensif kepada pekerja anda dan keluarga mereka. Kembangkan perniagaan anda dengan tenang, kerana pekerja anda akan senantiasa diurus dengan baik.

Jimatkan masa dan ganjarkan pekerja anda dengan Group SME Package fleksibel kami.

Manfaat-manfaat Utama

Jumlah Perlindungan Asas sehingga RM500,000

Pilih sehingga 8 pelan caruman yang mengikut keperluan dan bajet anda.

Tiada Pengunderaitan Perubatan

Daftar tanpa pengunderaitan perubatan untuk perniagaan yang mempunyai 11-150 orang pekerja sehingga RM300,000.

Pilih sehingga 3 Pilihan Pakej

Lindungi pekerja anda dengan 3 pilihan pakej yang bersesuaian: Group Term Takaful, Group Hospitalisation & Surgical dan Pakej Komprehensif.

Dapatkan pelan ini

Hubungi kami
Untuk pertanyaan:
+603 4259 8338
Untuk Khidmat Pelanggan
1 300 13 8338
Kunjungi kami

Great Eastern Takaful Berhad (916257-H)
Aras 3 Menara Great Eastern
303 Jalan Ampang
50450 Kuala Lumpur

Notis Penting
  1. Group SME Package merupakan pakej produk takaful berkelompok dengan pembaharuan caruman tahunan yang direka untuk memenuhi keperluan syarikat/ organisasi kecil (iaitu Perusahaan Kecil dan Sederhana (SME) dalam memberikan perlindungan yang secukupnya kepada pekerja/ ahli.
  2. Anda seharusnya yakin bahawa pelan ini akan memenuhi keperluan anda dengan sebaiknya dan caruman yang dibayar di bawah sijil ini adalah jumlah yang anda mampu bayar.
  3. "Tempoh rujukan percuma" selama 15 hari daripada tarikh anda menerima sijil diberikan kepada anda untuk meneliti kesesuaian pelan. Jika sijil ini dikembalikan kepada Pengendali Takaful dalam tempoh ini, Pengendali Takaful akan mengembalikan suatu jumlah yang bersamaan dengan sebarang caruman yang tidak diperuntukkan.
  4. Anda boleh menerima baki jumlah di dalam PIA (jika ada) apabila pelan ditamatkan atau telah matang, yang mungkin kurang daripada jumlah caruman yang diperuntukkan ke dalam PIA. Tiada manfaat akan dibayar dari Dana Tabarru’.
  5. Jumlah di dalam PIA adalah berdasarkan prestasi sebenar dana dan tidak dijamin. Risiko pelaburan di bawah pelan ini akan ditanggung oleh anda dan jumlah PIA mungkin berkurangan daripada jumlah caruman yang dicarum ke dalam dana.
  6. Menyertai Group SME Package adalah satu komitmen kewangan yang berjangka panjang. Sekiranya anda tidak membayar caruman anda di dalam tempoh tenggang selama 30 hari, sijil anda mungkin luput. Nilai tunai terkumpul yang anda mungkin perolehi sekiranya anda menamatkan sijil sebelum tempoh matang akan berjumlah jauh lebih rendah daripada jumlah caruman yang telah anda bayar. Sekiranya sijil anda diberhentikan atau matang atau ditamatkan, tiada manfaat akan dibayar daripada Dana Tabarru’.
  7. Jika sijil anda beralih daripada satu Pengendali Takaful kepada yang lain atau anda mengganti sijil semasa anda dengan sijil lain dengan Pengendali Takaful yang sama, anda mungkin perlu menghantar permohonan di mana penerimaan cadangan anda adalah tertakluk pada terma dan syarat yang ditetapkan pada masa penukaran atau penggantian.
Penafian

Maklumat ini hanyalah untuk pemberitahuan am sahaja. Anda dinasihatkan untuk merujuk Ilustrasi Manfaat, Risalah Pemberitahuan Produk dan contoh Sijil bagi mendapatkan maklumat terperinci berkenaan ciri-ciri dan manfaat-manfaat pelan sebelum menyertai pelan ini.

Kembali ke atas
Perlu bantuan?
Untuk Khidmat Pelanggan
E-mel kepada kami
Kunjungi
kami
Buat tuntutan
Great Eastern Takaful Malaysia logo