Great Eastern Takaful Malaysia logo
Pilih negara dan bahasa anda
Malaysia (Takaful)
Malaysia
Great Eastern Takaful Malaysia logo

GMBTS

GMBTS

GMBTS ialah pelan takaful berkaitan-pelaburan yang memberikan perlindungan 24 jam jika berlaku kematian atau hilang upaya penuh dan kekal (HUPK). Perlindungan di bawah skim ini juga diberikan kepada tanggungan yang layak.

Cetak

Manfaat-manfaat Utama

Perlindungan Asas

Jika berlaku HUPK atau kematian, jumlah perlindungan daripada dana Tabarru’ dan jumlah nilai unit dana(-dana) daripada Akaun Unit Peserta (PUA) akan dibayar.

Penyakit Kritikal

Anda akan dilindungi jika didiagnos dengan salah satu daripada 36 penyakit kritikal.

Kemasukan ke hospital

Manfaat tunai harian jika dimasukkan ke hospital disebabkan penyakit atau kecederaan akibat kemalangan.

Kemalangan diri

Dapatkan perlindungan jika berlaku kematian, TPD atau hilang upaya separa disebabkan kecederaan akibat  kemalangan.

Manfaat Khairat Kematian

Keluarga anda akan menerima RM2,000 jika anda meninggal dunia.

Dapatkan pelan ini

Telefon kami
Untuk pertanyaan
+603 4259 8338
Untuk khidmat pelanggan
1 300 13 8338
Kunjungi kami

Great Eastern Takaful Berhad (916257-H)
Aras 3 Menara Great Eastern
303 Jalan Ampang
50450 Kuala Lumpur

Nota dan Penafian:

Sila ambil perhatian terhadap perkara di bawah untuk memastikan anda memahami sepenuhnya tentang apa yang dilindungi dan tidak dilindungi oleh peroduk ini. Jika terdapat keraguan, sila e-mel kami di GroupSupport@greateasterntakaful.com.

Notis Penting
  1. GMBTS merupakan pelan berkaitan pelaburan yang matang pada umur 70 tahun hari lahir berikutnya beserta manfaat perlindungan takaful keluarga.
  2. Pelan ini merupakan produk Takaful Keluarga dengan berlandaskan prestasi yang mendasari aset dan bukan suatu produk pelaburan sebenar seperti unit amanah.
  3. Anda seharusnya berpuas hati bahawa skim ini akan memenuhi keperluan anda dengan sebaiknya dan caruman yang dibayar di bawah sijil anda adalah jumlah yang anda mampu bayar.
  4. “Tempoh Rujukan Percuma” selama 15 hari daripada tarikh penghantaran sijil diberi kepada anda untuk meneliti kesesuaian skim. Jika sijil dikembalikan kepada Pengendali Takaful dalam tempoh ini, Pengendali Takaful akan mengembalikan suatu jumlah yang bersamaan dengan jumlah:
    1. jumlah caruman yang tidak diperuntukkan untuk membeli unit;
    2. nilai unit yang telah diperuntukkan (jika ada) pada Nilai Aset Bersih masing-masing pada Tarikh Penilaian yang Berikutnya;
    3. sebarang Tabarru’ dan Caj Perkhidmatan yang dikenakan;
  5. Ditolak sebarang perbelanjaan yang ditanggung bagi pemeriksaan perubatan Orang yang Dilindungi.
  6. Anda boleh menerima baki nilai PUA (jika ada) apabila sijil anda ditamatkan atau telah matang. Tiada manfaat akan dibayar dari Dana Tabarru’.
  7. Nilai PUA adalah berdasarkan prestasi sebenar dana dan adalah tidak dijamin. Risiko pelaburan di bawah pelan ini akan ditanggung sepenuhnya oleh anda sensiri dan nilai PUA mungkin kurang daripada caruman keseluruhan yang diperuntukkan ke dalam dana unit.
  8. Anda boleh berhenti membayar caruman dan masih menikmati perlindungan selagi terdapat jumlah yang mencukupi di dalam PUA untuk membayar Tabarru’ dan caj perkhidmatan, mana-mana yang berkenaan. Namun terdapat kemungkinan sijil menjadi luput apabila caj yang dikenkan, termasuk Tabarru’, melebihi jumlah nilai yang ada di dalam PUA.
Penafian

Maklumat ini hanyalah untuk pemberitahuan am sahaja. Anda dinasihatkan untuk merujuk Ilustrasi Manfaat, Risalah Pemberitahuan Produk dan contoh Sijil bagi mendapatkan maklumat terperinci berkenaan ciri-ciri dan manfaat-manfaat pelan sebelum menyertai pelan ini.

Kembali ke atas
Perlu bantuan?
Untuk pertanyaan
Untuk khidmat pelanggan
E-mel kepada kami
Kunjungi
kami
Buat tuntutan
Cari Perunding Takaful
Great Eastern Takaful Malaysia logo