Great Eastern Takaful Malaysia logo
Pilih negara dan bahasa anda
Malaysia (Takaful)
Malaysia
Great Eastern Takaful Malaysia logo

M-Tiara Critical Care

M-Tiara Critical Care

Ia amat penting untuk berjimat dan merancang ke hadapan kerana musibah boleh berlaku pada bila-bila masa. Apabila anda mempunyai sebarang penjimatan, anda lebih bersedia untuk masa hadapan. Ini mungkin termasuk masa-masa yang sukar, atau ia mungkin bermakna mempunyai secukup-cukupnya untuk melakukan atau mencapai sesuatu yang diinginkan. Sebuah pelan yang direka untuk membantu anda membiayai perbelanjaan yang mungkin dihadapi setelah didiagnosis menghidapi Kejadian yang Dilindungi, yang tidak ditanggung oleh pelan perubatan anda seperti ubat-ubatan yang diprekripsi, rawatan alternatif dan penjagaan di luar bandar, serta perbelanjaan bukan perubatan termasuk sewa, pembiayaan kereta, caruman Takaful, kehilangan pendapat dan banyak lagi.

Manfaat-manfaat Utama

Perlindungan sehingga 150% daripada Jumlah Perlindungan Asas

Terima bayaran manfaat berbentuk peratusan daripada Jumlah Perlindungan Asas secara sekaligus apabila berlaku Kejadian yang Dilindungi.

Mula dari serendah RM100 sebulan

Yakinlah bahawa pelan ini memenuhi keperluan kesihatan dan kesejahteraan anda dengan elemen mampu milik  yang direka khas untuk anda.

5 soalan pengunderaitan yang mudah

Daftar untuk perlindungan anda dalam waktu yang singkat dan  percepatkan proses caruman ke pelan Takaful yang berpatutan ini.

Bayaran Manfaat untuk Peringkat Berbeza Kejadian yang Dilindungi

Terima bayaran manfaat berbentuk peratusan daripada Jumlah Perlindungan Asas secara sekaligus apabila berlaku Kejadian yang Dilindungi. Peringkat Kejadian yang Dilindungi termasuk Angioplasti dan Rawatan Pembedahan Lain untuk Penyakit Arteri Koronari, Peringkat Awal Kejadian yang Dilindungi, Peringkat Pertengahan dan Peringkat Akhir.

Dapatkan pelan ini

Hubungi 1 300 88 8787, kunjungi mana-mana cawangan Bank Muamalat atau layari www.muamalat.com.my.

Nota dan Penafian:

Sila ambil perhatian terhadap perkara di bawah untuk memastikan anda memahami sepenuhnya tentang apa yang dilindungi dan tidak dilindungi oleh peroduk ini. Hubungi 1 300 88 8787, kunjungi mana-mana cawangan Bank Muamalat atau layari www.muamalat.com.my.

Notis Penting
  1. M-Tiara Intizam adalah pelan Takaful Keluarga dengan caruman berkala yang matang pada umur 85 tahun hari lahir berikutnya beserta manfaat perlindungan takaful keluarga.
  2. Caruman dibayar sehingga umur 85 tahun hari lahir berikutnya atau sehingga HUPK, Kematian, atau sijil luput akibat tuntutan Kejadian yang Dilindungi.
  3. Anda seharusnya berpuas hati bahawa pelan ini akan memenuhi keperluan anda dengan sebaiknya dan caruman yang dibayar di bawah sijil ini adalah jumlah yang anda mampu bayar.
  4. ‘Tempoh rujukan percuma’ selama 15 hari daripada tarikh penghantaran sijil diberi kepada anda untuk meneliti kesesuaian pelan. Jika sijil ini dikembalikan kepada Pengendali Takaful dalam tempoh ini, Pengendali Takaful akan mengembalikan suatu jumlah yang bersamaan dengan jumlah caruman yang dibayar yang mana sijil itu dianggap terbatal dan liabiliti Pengendali Takaful akan terhenti.
  5. Anda boleh menerima baki jumlah dalam PIA apabila pelan ditamatkanatau telah matang, yang mungkin akan kurang daripada jumlah caruman yang diperuntukkan ke dalam PIA. Tiada manfaat akan dibayar dari Dana Tabarru’.
  6. Jumlah di dalam PIA adalah berdasarkan prestasi sebenar dana dan tidak dijamin. Risiko pelaburan di bawah pelan ini akan ditanggung oleh anda dan jumlah PIA mungkin berkurangan daripada jumlah caruman yang dicarum ke dalam dana.
  7. Jika anda menyerahkan sijil anda pada tahun yang awal, anda mungkin mendapat kurang daripada jumlah yang anda telah bayar.
  8. Jika anda beralih sijil anda daripada satu Pengendali Takaful kepada yang lain atau anda mengganti sijil semasa anda dengan sijil lain dalam  Pengendali Takaful yang sama, anda mungkin perlu menghantar permohonan di mana penerimaan cadangan anda adalah tertakluk kepada terma dan syarat yang ditetapkan pada masa penukaran atau penggantian.

 

Penafian

Maklumat ini hanyalah untuk pemberitahuan am sahaja. Anda dinasihatkan untuk merujuk Ilustrasi Manfaat, Risalah Pemberitahuan Produk dan contoh Sijil bagi mendapatkan maklumat terperinci berkenaan ciri-ciri dan manfaat-manfaat pelan sebelum menyertai pelan ini.

Kembali ke atas
Perlu bantuan?
Untuk pertanyaan
Untuk khidmat pelanggan
E-mel kepada kami
Kunjungi
kami
Buat tuntutan
Cari Perunding Takaful
Great Eastern Takaful Malaysia logo