Great Eastern Takaful Malaysia logo
Pilih negara dan bahasa anda
Malaysia (Takaful)
Malaysia
Great Eastern Takaful Malaysia logo

i-Medik Asas Rider

i-Medik Asas Rider

Gaya hidup anda adalah unik, begitu juga keperluan perubatan anda. Nikmati semua manfaat dengan pelan mampu milik yang direka khusus untuk memenuhi rawatan perubatan mengikut pilihan anda dengan pelbagai manfaat.

Manfaat-manfaat Utama

Had seumur hidup sehingga RM800,000

Yakinlah bahawa anda boleh meneruskan rawatan yang diperlukan dengan had seumur hidup yang tinggi.

Manfaat Pembedahan Harian

Dengan perkembangan konsep jagaan pembedahan harian dan kadar penggunaan yang meningkat di hospital, prosedur pembedahan lebih mudah didapati bagi mereka yang inginkannya tanpa menginap di hospital terlalu lama.

Bantuan perubatan kecemasan di mana sahaja serata dunia

Manfaat ini memberi keyakinan kepada anda untuk melancong serata dunia kerana anda layak menerima bantuan perubatan kecemasan di seluruh dunia. Anda akan mendapat bantuan yang diperlukan di mana anda berada.

Dapatkan pendapat kedua untuk membuat keputusan perubatan

Dapatkan  pendapat kedua daripada institusi perubatan yang diluluskan untuk mendapatkan perspektif dan maklumat baru.

Dapatkan pelan ini

Hubungi Perunding Takaful

Hubungi Perunding Takaful anda untuk mengetahui penyelesaian kewangan mana yang sesuai untuk anda. Belum ada perunding? Tinjau senarai Perunding Takaful kami.

Telefon kami
Untuk pertanyaan
+603 4259 8338
Untuk khidmat pelanggan
1 300 13 8338
Kunjungi kami

Great Eastern Takaful Berhad (916257-H)
Aras 3 Menara Great Eastern
303 Jalan Ampang
50450 Kuala Lumpur

Nota dan Penafian:

Sila ambil perhatian terhadap perkara di bawah untuk memastikan anda memahami sepenuhnya tentang apa yang dilindungi dan tidak dilindungi oleh peroduk ini. Jika terdapat keraguan, sila hubungi Perunding Great Eastern Takaful anda.

Notis Penting
  1. i-Medik Asas Rider merupakan rider Takaful Perubatan dan Kesihatan (MHT) dengan caruman berbayar yang boleh dilampirkan kepada pelan Takaful Keluarga bertempoh dengan caruman berkala.
  2. Caruman dibayar sehingga tempoh perlindungan tamat. Caruman hendaklah sentiasa dibayar bagi memastikan PIA anda mencukupi untuk menampung perlindungan anda pada setiap masa.
  3. Anda seharusnya berpuas hati bahawa pelan ini akan memenuhi keperluan anda dengan sebaiknya dan caruman yang dibayar di bawah sijil ini adalah jumlah yang anda mampu bayar.
  4. Jika anda menukar pelan asas/rider MHT daripada sebuah Pengendali Takaful ke sebuah syarikat lain atau jika anda menukar rider MHT anda dengan pelan asas MHT, atau sebaliknya, dengan Pengendali Takaful yang sama, anda perlu menghantar permohonan yang mana penerimaan permohonan anda adalah tertakluk kepada terma dan syarat yang akan dikenakan semasa penukaran atau penggantian.
  5. “Tempoh Rujukan Percuma” selama 15 hari dari tarikh penghantaran sijil diberi kepada anda untuk meneliti kesesuaian pelan. Jika sijil dikembalikan kepada Pengendali Takaful dalam tempoh ini, Pengendali Takaful akan mengembalikan suatu jumlah yang bersamaan dengan jumlah caruman yang dibayar ditolak dengan perbelanjaan yang ditanggung untuk pemeriksaan perubatan (jika ada).
  6. Apabila pelan ini ditamatkan atau matang, tiada manfaat akan dibayar dari Dana Tabarru’.
  7. Anda boleh berhenti membayar caruman dan masih menikmati perlindungan selagi terdapat jumlah yang mencukupi di dalam PIA untuk membayar Tabarru’, sekiranya berkenaan. Namun terdapat kemungkinan sijil menjadi luput apabila caj yang dikenakan, termasuk Tabarru’, melebihi jumlah wang yang ada di dalam PIA.
  8. i-Medik Asas Rider boleh disertai dengan mana-mana rider penyumbang. Sekiranya tuntutan dibuat di bawah mana-mana rider penyumbang, caruman masa hadapan untuk pelan asas dan caruman bagi mana-mana rider lain yang disertai (jika berkenaan) akan dibayar dari Dana Tabarru’, kecuali caruman bagi i-Medik Asas Rider.
Penafian

Maklumat ini hanyalah untuk pemberitahuan am sahaja. Anda dinasihatkan untuk merujuk Ilustrasi Manfaat, Risalah Pemberitahuan Produk dan contoh Sijil bagi mendapatkan maklumat terperinci berkenaan ciri-ciri dan manfaat-manfaat pelan sebelum menyertai pelan ini.

Kembali ke atas
Perlu bantuan?
Untuk pertanyaan
Untuk khidmat pelanggan
E-mel kepada kami
Kunjungi
kami
Buat tuntutan
Cari Perunding Takaful
Great Eastern Takaful Malaysia logo