Great Eastern Takaful Malaysia logo
Pilih negara dan bahasa anda
Malaysia (Takaful)
Malaysia
Great Eastern Takaful Malaysia logo

i-Great Salam

i-Great Salam – Great Eastern Takaful

i-Great Salam

i-Great Salam adalah pelan Takaful Keluarga dengan caruman berkala yang memberi perlindungan terhadap 36 Kejadian yang Dilindungi dengan manfaat Peringkat awal, Kematian dan Hilang Upaya Penuh dan Kekal (HUPK) dan manfaat Kesihatan

Di Great Eastern Takaful, kami komited untuk menyediakan akses yang lebih baik kepada penjagaan kesihatan untuk anda supaya anda dapat menjalani kehidupan yang lebih bererti di sisi mereka yang anda sayangi.

Manfaat-manfaat Utama

Penambahan jumlah Perlindungan secara automatik

Tingkatkan Jumlah Perlindungan Asas anda selepas tahun ke 3 sijil dan nikmati penambahan 5% setiap 3 tahun (sehingga 12 tahun terma sijil)

36 Kejadian yang Dilindungi

Anda akan menerima pampasan pada tahap-tahap kejadian yang berbeza.

50% dari Jumlah Perlindungan Asas dan Jumlah Perlindungan Tambahan untuk Peringkat Awal dan 100% dari Jumlah Perlindungan Asas dan Jumlah Perlindungan Tambahan untuk Peringkat Pertengahan & Akhir

Manfaat Kesihatan

Selepas 3 tahun sijil pertama, anda akan menerima baucar bernilai sehingga RM200.

Manfaat Elaun Hospital

Sekiranya anda dimasukkan ke hospital disebabkan oleh Kejadian yang Dilindungi, sebelum mencapai umur 80 tahun hari lahir yang berikutnya, anda akan menerima:

  1. Elaun tunai harian bagi setiap hari anda berada di wad biasa
  2. Dua kali ganda elaun tunai harian bagi setiap hari anda berada di Unit Rawatan Rapi

Dapatkan pelan ini

Hubungi Perunding Takaful

Hubungi Perunding Takaful anda untuk mengetahui penyelesaian kewangan mana yang sesuai untuk anda. Belum ada perunding? Tinjau senarai Perunding Takaful kami.

Telefon kami
Untuk pertanyaan
+603 4259 8338
Untuk khidmat pelanggan
1 300 13 8338
Kunjungi kami

Great Eastern Takaful Berhad (916257-H)
Aras 3 Menara Great Eastern
303 Jalan Ampang
50450 Kuala Lumpur

Nota dan Penafian:

Sila ambil perhatian terhadap perkara di bawah untuk memastikan anda memahami sepenuhnya tentang apa yang dilindungi dan tidak dilindungi oleh peroduk ini. Jika terdapat keraguan, sila hubungi Perunding Great Eastern Takaful anda.

Notis Penting
  1. i-Great Salam adalah pelan Takaful Keluarga dengan caruman berkala yang matang pada umur 85 tahun hari lahir berikutnya beserta manfaat Kematian/HUPK dan manfaat Early Payout Critical Illness.
  2. Caruman dibayar sehingga umur 85 tahun hari lahir berikutnya atau sehingga kematian, yang mana terdahulu. Caruman hendaklah dibayar secara berkala bagi memastikan PIA anda adalah cukup untuk menampung perlindungan anda pada setiap masa
  3. Anda seharusnya berpuas hati bahawa pelan ini akan memenuhi keperluan anda dengan sebaiknya dan caruman yang dibayar di bawah sijil ini adalah jumlah yang anda mampu bayar.
  4. 'Tempoh rujukan percuma' selama 15 hari daripada tarikh penghantaran sijil diberi kepada anda untuk meneliti kesesuaian pelan. Jika sijil ini dikembalikan kepada Pengendali Takaful dalam tempoh ini, Pengendali Takaful akan mengembalikan suatu jumlah yang bersamaan dengan jumlah caruman yang dibayar.
  5. Anda boleh menerima baki jumlah dalam PIA apabila pelan ditamatkan atau telah matang, yang mungkin akan kurang daripada jumlah caruman yang diperuntukkan ke dalam PIA. Tiada manfaat akan dibayar dari Dana Tabarru’.
  6. Jumlah di dalam PIA adalah tidak dijamin dan risiko pelaburan di bawah pelan ini akan ditanggung oleh anda.
  7. Jika anda menyerahkan sijil anda pada tahun yang awal, anda mungkin mendapat kurang daripada jumlah yang anda telah bayar.
  8. Jika anda beralih sijil anda daripada satu Pengendali Takaful kepada yang lain atau anda mengganti sijil semasa anda dengan sijil lain dalam Pengendali Takaful yang sama, anda mungkin perlu menghantar permohonan di mana penerimaan cadangan anda adalah tertakluk kepada terma dan syarat yang ditetapkan pada masa penukaran atau penggantian
Penafian

Maklumat ini hanyalah untuk pemberitahuan am sahaja. Anda dinasihatkan untuk merujuk Ilustrasi Manfaat, Risalah Pemberitahuan Produk dan contoh Sijil bagi mendapatkan maklumat terperinci berkenaan ciri-ciri dan manfaat-manfaat pelan sebelum menyertai pelan ini.

Kembali ke atas
Perlu bantuan?
Untuk pertanyaan
Untuk khidmat pelanggan
E-mel kepada kami
Kunjungi
kami
Buat tuntutan
Cari Perunding Takaful
Great Eastern Takaful Malaysia logo