Great Eastern Takaful Malaysia logo
Pilih negara dan bahasa anda
Malaysia (Takaful)
Malaysia
Great Eastern Takaful Malaysia logo

i-Great MediMax + i-Medi Xtend Rider

i-Great MediMax + i-Medi Xtend Rider – Great Eastern Takaful

i-Great MediMax + i-Medi Xtend Rider

i-Great MediMax merupakan pelan Takaful Perubatan dengan caruman berbayar dan i-Medi Xtend Rider adalah rider pilihan yang boleh dilampirkan kepada i-Great MediMax. Perlindungan kesihatan memberikan kita keupayaan untuk mendapatkan kemudahan kesihatan yang lebih baik untuk diri kita dan mereka yang disayangi. Kesihatan yang baik menjadikan kehidupan kita lebih sempurna.

Di Great Eastern Takaful, kami komited untuk memberikan akses yang lebih baik kepada penjagaan kesihatan supaya anda dapat menjalani kehidupan anda sepenuhnya bersama mereka yang tersayang.

Manfaat-manfaat Utama

10X jumlah deduktibel bagi Had Tahunan Keseluruhan

Lindungi diri anda dengan keyakinan bahawa perlindungan anda lebih daripada biasa.

Diskaun 5% untuk Ahli Keluarga

Memperkenalkan ahli keluarga anda untuk perlindungan kesihatan ini bukan sahaja bermakna bahawa ahli-ahli keluarga anda mendapat potongan khas 5% daripada kadar caruman, anda juga layak!

TIADA Ko-Takaful

Biar kami yang menjaga keperluan bil hospital anda sementara anda fokus kepada kesihatan anda.

Dapatkan pelan ini

Hubungi Perunding Takaful

Hubungi Perunding Takaful anda untuk mengetahui penyelesaian kewangan mana yang sesuai untuk anda. Belum ada perunding? Tinjau senarai Perunding Takaful kami.

Telefon kami
Untuk pertanyaan
+603 4259 8338
Untuk khidmat pelanggan
1 300 13 8338
Kunjungi kami

Great Eastern Takaful Berhad (916257-H)
Aras 3 Menara Great Eastern
303 Jalan Ampang
50450 Kuala Lumpur

Nota dan Penafian:

Sila ambil perhatian terhadap perkara di bawah untuk memastikan anda memahami sepenuhnya tentang apa yang dilindungi dan tidak dilindungi oleh peroduk ini. Jika terdapat keraguan, sila hubungi Perunding Great Eastern Takaful anda.

Notis Penting
  1. i-Great MediMax merupakan pelan Takaful Perubatan dengan caruman berbayar dan i-Medi Xtend Rider adalah rider pilihan yang boleh dilampirkan kepada i-Great MediMax. Kedua-dua produk menyediakan perlindungan perubatan sehingga umur 99 tahun pada hari lahir berikutnya. i-Great MediMax dan i-Medi Xtend Rider diuruskan mengikut prinsip Syariah.
  2. Anda seharusnya berpuas hati bahawa pelan ini memenuhi keperluan anda dengan sebaiknya dan caruman yang dibayar di bawah sijil asas ini adalah amaun yang anda mampu bayar.
  3. Apabila pelan-pelan ini ditamatkan atau diberhentikan, tiada manfaat akan dibayar daripada Dana Tabarru'.
  4. Tempoh rujukan percuma selama 15 hari daripada tarikh penghantaran sijil diberi kepada anda untuk meneliti kesesuaian pelan ini. Jika sijil dipulangkan kepada Pengendali Takaful dalam tempoh ini, Pengendali Takaful akan mengkreditkan semula nilai pelaburan yang telah ditolak untuk membayar caruman (jika ada), ditolak perbelanjaan yang telah ditanggung bagi pemeriksaan perubatan (jika ada).
  5. Jika anda menukar pelas asas/rider MHT daripada sebuah Pengendali Takaful ke sebuah syarikat yang lain atau jika anda menukar rider MHT anda dengan MHT pelan asas, atau sebaliknya , dengan Pengendali Takaful yang sama, anda perlu menghantar borang cadangan yang mana penerimaan cadangan anda tertakluk kepada terma dan syarat yang akan dikenakan semasa penukaran atau penggantian.
  6. Risalah ini hanyalah untuk maklumat am sahaja. Anda dinasihatkan untuk merujuk kepada risalah pendidikan pengguna untuk MHT, Risalah Pemberitahuan Produk dan contoh dokumen sijil bagi ciri maklumat penting pelan sebelum menyertai pelan ini. Pengendali Takaful berhak menyemak semula struktur manfaat  dan had atau meningkatkan Tabarru' pada ulang tahun sijil dengan memberi notis sekurang-kurangnya 30 hari, Untuk maklumat lanjut berkenaan terma dan syarat, rujukan hendaklah dibuat kepada sijil yang dikeluarkan oleh Great Eastern Takaful Berhad.
  7. Sekiranya terdapat percanggahan antara versi Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia untuk risalah ini, versi Bahasa Inggeris akan digunakan.
 
 
 
 
Penafian

Maklumat ini hanyalah untuk pemberitahuan am sahaja. Anda dinasihatkan untuk merujuk Ilustrasi Manfaat, Risalah Pemberitahuan Produk dan contoh Sijil bagi mendapatkan maklumat terperinci berkenaan ciri-ciri dan manfaat-manfaat pelan sebelum menyertai pelan ini.

Kembali ke atas
Perlu bantuan?
Untuk pertanyaan
Untuk khidmat pelanggan
E-mel kepada kami
Kunjungi
kami
Buat tuntutan
Cari Perunding Takaful
Great Eastern Takaful Malaysia logo