Bahasa
Pilih negara dan bahasa anda
Malaysia (Takaful)
Malaysia
Singapore
Indonesia
Brunei
icon-takaful-keluarga

Apabila anda sudah berkeluarga, segala perspektif terhadap kehidupan anda turut mula berubah. Mahu atau tidak, kesihatan, keselamatan dan kesejahteraan ahli keluarga anda menjadi prioriti yang paling utama. Jika anda sedang mencari produk takaful perlindungan pendapatan bagi memastikan situasi keluarga anda terjamin, pelan takaful keluarga yang kami tawarkan mungkin jawapan kepada pencarian anda.


anda, takaful keluarga memberi lebih banyak manfaat dan juga peluang untuk anda membuat pelaburan bagi mengukuhkan kedudukan kewangan keluarga anda?

 

Apakah Pelan Perlindungan Takaful Keluarga?

 

Anda mungkin tertanya-tanya, “Apa itu takaful keluarga?” Pelan Perlindungan Takaful Keluarga adalah pelan takaful yang menawarkan perlindungan kewangan kepada individu dan keluarga mereka berdasarkan kerjasama dan tanggungjawab bersama. Peserta menyumbang ke dalam dana tabarru, yang diuruskan mengikut prinsip Islam, memberikan manfaat sekiranya berlaku peristiwa tertentu seperti kematian, hilang upaya atau sakit. Ia beroperasi berdasarkan prinsip derma (tabarru'), perkongsian keuntungan (mudarabah), dan wakaf amal (tabarru' wakaf) untuk memastikan keselamatan kewangan selaras dengan etika Islam.

 

Mengapa anda perlu Takaful Keluarga?

 

Menyertai Pelan Keluarga Takaful mempunyai pelbagai manfaat. Antaranya adalah:

 

●       Kewangan anda dan keluarga akan lebih terjaga. Dengan sedikit komitmen kewangan bulanan yang anda gunakan untuk caruman takaful akan dapat memastikan yang anda sekeluarga akan lebih bersedia untuk menghadapi apa saja kemungkinan termasuk penghospitalan, perbelanjaan pendidikan anak-anak mahupun ibadat umrah dan haji.

 

●       Pelan takaful adalah fleksibel. Jika anda risau tanggungan anda semakin bertambah hingga memerlukan anda mengambil pelan takaful yang baharu, pelan Takaful keluarga yang kami tawarkan tidak akan membuatkan anda berasa tertekan.

 

●       Pelan takaful keluarga kami yang komprehensif juga menawarkan Takaful perlindungan pendapatan dan hibah Takaful buat keluarga anda jika terjadinya sesuatu perkara yang tidak diingini.

 

●       Pelan takaful keluarga Great Eastern Takaful Berhad menawarkan perlindungan perubatan dengan pelbagai pelan yang menyediakan akses kepada perkhidmatan perubatan dan kemudahan penjagaan kesihatan, termasuk hospital, klinik dan pakar.

 

●       Mengetahui bahawa keluarga anda dilindungi dari segi kewangan sekiranya berlaku keadaan yang tidak dijangka dapat memberikan anda ketenangan fikiran dan keyakinan terhadap masa depan kewangan keluarga anda.

 

Dapatkan perlindungan takaful untuk melindungi bukan sahaja keluarga anda, tetapi demi kesejahteraan masa hadapan anda juga. 

 

Takaful Keluarga Komprehensif Great Eastern Takaful!

 

Great Eastern Takaful menyediakan pelbagai penyelesaian yang memberikan anda sekeluarga perlindungan yang paling sesuai untuk keperluan yang berbeza. Takaful keluarga kami yang komprehensif termasuk takaful perlindungan pendapatan mampu memberikan anda perlindungan yang diperlukan di saat-saat getir. Lihat katalog pelan hibah takaful kami dan pilih yang paling sesuai buat keluarga anda.

 

Soalan Lazim

 

1. Apakah perbezaan antara pelan Takaful Am dan pelan Takaful Keluarga?

 

Takaful Am kebiasaannya menyediakan perlindungan jangka pendek untuk risiko bukan berkaitan nyawa di bawah keadaan yang spesifik seperti kerosakan dan kerugian kepada harta benda, aset dan liabiliti bagi individu. Tabarru’ yang dikumpul akan digunakan untuk menggantikan kerosakan dan menampung kerugian yang dialami.

 

Sementara itu, Takaful Keluarga melindungi dan menyediakan perlindungan untuk risiko berkaitan nyawa seperti kematian, hilang upaya dan penyakit kritikal. Tabarru’ yang dikumpul akan digunakan untuk memberi bantuan dan pertolongan kepada perserta takaful lain yang memerlukan

 

Kedua-dua Takaful Am dan Keluarga mematuhi prinsip Syariah.

 

 

2. Siapakah yang layak untuk mendapatkan pelan perlindungan takaful keluarga?

 

Hampir semua produk takaful keluarga Great Eastern Takaful ditawarkan kepada semua peringkat umur serendah 14 hari umur dicapai sehingga umur kemasukan maksima 70 tahun hari lahir berikutnya.

 

Seorang individu dewasa boleh menyertai pelan takaful keluarga untuk dirinya sendiri atau juga boleh menyertai sebagai pembayar untuk ahli(-ahli) keluarganya bagi memastikan semua orang dilindungi secukupnya.

 

 

3. Berapa lamakah tempoh perlindungan pelan takaful keluarga di Great Eastern Takaful?

 

Tempoh perlindungan bagi pelan takaful keluarga di Great Eastern Takaful adalah berbeza mengikut produk dan juga fleksibel mengikut kemampuan dan keperluan perlindungan pelanggan. Beberapa produk kami didatangkan dengan ciri perlindungan lanjutan automatik yang menyediakan perlindungan berterusan sehingga umur 100 tahun hari lahir berikutnya. Bagi pelan takaful keluarga yang berasaskan simpanan dan pelaburan, tempoh perlindungan kebiasaannya ada lebih pendek supaya pelanggan dapat menikmati manfaat matang yang terkumpul di dalam akaun mereka (jika ada).

 

 

4. Apakah ciri-ciri pelan takaful keluarga di Great Eastern Takaful?

 

a.Patuh Syariah: Pelan takaful keluarga mematuhi prinsip Syariah, memastikan semua aspek mematuhi undang-undang Islam. Ini termasuk mengelakkan faedah (riba), ketidakpastian (gharar), dan pelaburan tidak beretika seperti alkohol, perjudian atau perdagangan tidak halal.

 

b. Perlindungan untuk Kematian dan Hilang Upaya: Pelan takaful keluarga kami menyediakan perlindungan sekiranya berlaku kematian atau hilang upaya. Perlindungan ini memastikan keluarga pencarum atau waris menerima bantuan kewangan bagi menampung perbelanjaan sekiranya berlaku kejadian yang tidak diingini.

 

c. Simpanan dan Pelaburan: Pelan takaful keluarga kami mempunyai manfaat tambahan simpanan atau pelaburan yang membenarkan peserta mengumpul dana dari semasa ke semasa. Dana ini boleh digunakan untuk pelbagai tujuan seperti perbelanjaan pendidikan, Badal Haji, Wakaf dan lain-lain.

 

d. Pilihan Rider Tambahan: Pelan takaful keluarga kami selalunya menawarkan rider pilihan atau manfaat tambahan yang boleh ditambah oleh peserta pada perlindungan mereka seperti perlindungan penyakit kritikal, kemalangan dan perbelanjaan perubatan/penghospitalan.

 

e. Pengecualian Caruman: Ini memastikan bahawa caruman masa hadapan akan diketepikan dan akan dibayar daripada Dana Tabarru’ sekiranya pencarum meninggal dunia atau hilang upaya. Ciri ini memberikan manfaat kestabilan kewangan kepada pencarum atau keluarga semasa masa sukar.

 

 

5. Bolehkah saya ubah suai pelan perlindungan takaful keluarga mengikut keperluan di Great Eastern Takaful?

 

Ya, anda boleh mengubahsuai pelan takaful keluarga anda. Produk-produk kami disertakan dengan pilhan rider yang menyediakan keperluan perlindungan yang berbeza. Anda boleh menambah dan/atau mengurangkan rider yang berkaitan untuk perlindungan yang bersesuaian dengan kemampuan anda.

 

Produk lain yang berkaitan

Kami memberi anda akses kepada pelan-pelan peribadi dan pelbagai yang membantu anda melindungi keluarga anda dan menjaga kepentingan anda.

Kami sedia membantu

Dapatkan perlindungan keluarga yang berkualiti dan menyeluruh daripada Great Eastern Takaful. Hubungi penasihat takaful Great Eastern Takaful yang terdekat dan mulakan hari anda dengan perlindungan tambahan daripada kami. Dengan pelbagai pelan takaful yang bermanfaat dan fleksibel jadi anda boleh pilih pelan takaful mengikut keperluan keluarga dan tanggungan anda. Untuk ketahui lebih lanjut tentang pelan takaful yang lain anda boleh layari laman web kami!

Kembali ke atas