Great Eastern Takaful Malaysia logo
Pilih negara dan bahasa anda
Malaysia (Takaful)
Malaysia
Great Eastern Takaful Malaysia logo

i-Great Damai 2.0

i-Great Damai 2.0 – Family Takaful – Great Eastern Takaful

i-Great Damai 2.0

Apabila anda matang dan semakin berusia, keutamaan anda juga berubah. Pelan perlindungan yang penting bagi seseorang yang memasuki alam persaraan, mungkin tidak sama bagi seseorang yang baru melangkah ke alam pekerjaan. Memahami keperluan kewangan anda di setiap peringkat kehidupan adalah penting untuk memelihara kedudukan kewangan anda untuk masa hadapan.

Manfaat-manfaat Utama

Ambil peluang dari akses yang fleksibel ini yang membolehkan anda meluaskan lagi pelan perlindungan anda sejajar dengan perkembangan hidup anda. Terus melengkapkan perlindungan anda dengan mempertingkatkan pelan sedia ada anda.
4 pakej gaya hidup terpilih

Ambil peluang dari akses yang fleksibel ini yang membolehkan anda meluaskan lagi pelan perlindungan anda sejajar dengan perkembangan hidup anda. Terus melengkapkan perlindungan anda dengan mempertingkatkan pelan sedia ada anda.

Kemudahan Tidak Luput

Kemudahan yang berharga ini memastikan sijil anda akan terus berkuatkuas walaupun jumlah nilai di dalam PUA anda menjadi sifar dalam masa tiga tahun pertama sijil.

Manfaat Matang

Apabila matang, 100% jumlah nilai di dalam PUA (jika ada) akan dibayar sekaligus.

Dapatkan ganjaran dengan lebihan pengunderaitan dan keuntungan pelaburan

Anda akan menerima sebarang lebihan pengunderaitan (jika ada) daripada Dana Tabarru’ akan dikongsi di antara peserta dan Pengendali Takaful. 100% daripada keuntungan pelaburan (jika ada) akan dikreditkan semula ke dalam PUA.

Manfaat Kematian, Hilang Upaya Penuh dan Kekal (HUPK) serta Pengurusan Pengebumian

Sejumlah manfaat akan dibayar kepada anda atau waris anda jika berlaku mana-mana kejadian di atas.

Tingkatkan perllindungan anda

Dapatkan i-Great Damai 2.0 yang khusus untuk anda dengan perlindungan-perlindungan tambahan. Jika anda ingin tambah perlindungan untuk perubatan, penyakit kritikal atau penyumbang, rider-rider berikut boleh dipilih:

  • i-Medik Rider
  • i-Comprehensive Accident Benefits Xtra Rider
  • i-Critical illness benefit rider
  • i-Provider Plus rider
  • i-Early Payout CriticalCare Rider
  • i-Hospitalisation Benefits Rider
  • i-Hajj Rider
Khidmat Badal Haji dan Waqaf

Khidmat-khidmat ini adalah opsyenal dan anda perlu mengisi Borang Perkhidmatan Badal Haji dan Borang Perkhidmatan Waqaf.

Dapatkan pelan ini

Hubungi Perunding Takaful

Hubungi Perunding Takaful anda untuk mengetahui penyelesaian kewangan mana yang sesuai untuk anda. Belum ada perunding? Tinjau senarai Perunding Takaful kami.

Telefon kami
Untuk pertanyaan
+603 4259 8338
Untuk khidmat pelanggan
1 300 13 8338
Kunjungi kami

Great Eastern Takaful Berhad (916257-H)
Aras 3 Menara Great Eastern
303 Jalan Ampang
50450 Kuala Lumpur

Nota dan Penafian:

Sila ambil perhatian terhadap perkara di bawah untuk memastikan anda memahami sepenuhnya tentang apa yang dilindungi dan tidak dilindungi oleh peroduk ini. Jika terdapat keraguan, sila hubungi Perunding Great Eastern Takaful anda.

Notis Penting
  1. i-Great Damai 2.0 merupakan pelan Takaful Keluarga berkaitan pelaburan dengan caruman berkala yang terhad yang menyediakan perlindungan apabila berlaku kematian atau TPD kepada Orang yang Dilindungi. Pelan ini adalah produk Takaful Keluarga yang dikaitkan dengan prestasi aset, dan bukan produk pelaburan seperti unit amanah.
  2. Caruman dibayar sehingga umur 99 tahun hari lahir berikutnya atau sehingga kematian, yang mana terdahulu.
  3. Anda boleh berhenti mencarum dan masih menikmati perlindungan selagi terdapat nilai yang mencukupi dalam PUA untuk membayar Tabarru’ dan Caj Perkhidmatan, jika berkenaan. Walaubagaimanapun, anda tidak akan dapat menikmati Kemudahan Tidak Luput sekiranya anda berhenti mencarum sewaktu 3 tahun pertama sijil.
  4. Anda seharusnya berpuas hati bahawa pelan ini akan memenuhi keperluan anda dengan sebaiknya dan caruman yang dibayar di bawah sijil ini adalah jumlah yang anda mampu bayar.
  5. “Tempoh rujukan percuma” selama 15 hari daripada tarikh penghantaran sijil diberi kepada anda untuk meneliti kesesuaian pelan. Jika sijil ini dikembalikan kepada Pengendali Takaful dalam tempoh ini, Pengendali Takaful akan mengembalikan suatu jumlah yang bersamaan dengan jumlah caruman yang dibayar bersamaan:
    1. sebarang caruman yang tidak diperuntukkan;
    2. jumlah nilai di dalam PUA (jika ada) sijil ini; dan
    3. sebarang Tabarru’ dan Caj Perkhidmatan yang telah dipotong, ditolak sebarang perbelanjaan yang ditanggung untuk pemeriksaan perubatan, yang mana sijil itu hendaklah dianggap dibatalkan dan liabiliti Pengendali Takaful hendaklah terhenti.
  6. Anda boleh menerima baki jumlah di dalam PUA (jika ada) apabila pelan ditamatkan atau telah matang, yang mungkin akan kurang daripada jumlah caruman yang diperuntukkan ke dalam PUA. Tiada manfaat akan dibayar dari Dana Tabarru’.
  7. Jumlah di dalam PUA adalah berdasarkan prestasi sebenar dana dan tidak dijamin. Risiko pelaburan di bawah pelan ini akan ditanggung oleh anda dan jumlah PUA mungkin berkurangan daripada jumlah caruman yang dicarum ke dalam dana.
  8. Jika anda menyerahkan sijil anda pada tahun yang awal, anda mungkin mendapat kurang daripada jumlah yang anda telah bayar.
  9. Jika anda beralih sijil anda daripada satu Pengendali Takaful kepada yang lain atau anda mengganti sijil semasa anda dengan sijil lain dengan Pengendali Takaful yang sama, anda mungkin perlu menghantar permohonan di mana penerimaan cadangan anda adalah tertakluk kepada terma dan syarat yang ditetapkan pada masa penukaran atau penggantian.
Penafian

Maklumat ini hanyalah untuk pemberitahuan am sahaja. Anda dinasihatkan untuk merujuk Ilustrasi Manfaat, Risalah Pemberitahuan Produk dan contoh Sijil bagi mendapatkan maklumat terperinci berkenaan ciri-ciri dan manfaat-manfaat pelan sebelum menyertai pelan ini.

Kembali ke atas
Perlu bantuan?
Untuk pertanyaan
Untuk khidmat pelanggan
E-mel kepada kami
Kunjungi
kami
Buat tuntutan
Cari Perunding Takaful
Great Eastern Takaful Malaysia logo