Great Eastern Takaful Malaysia logo
Pilih negara dan bahasa anda
Malaysia (Takaful)
Malaysia
Great Eastern Takaful Malaysia logo

Maklumat Produk

  1. Apakah i-Great Murni?
    i-Great Murni merupakan pelan takaful bertempoh dengan caruman tahunan berkala meningkat yang matang pada umur 80 tahun hari lahir berikutnya dengan manfaat perlindungan takaful keluarga. 

  2. Apakah manfaat-manfaat yang diberikan di bawah pelan ini?

    Pelan ini menyediakan:
    • Manfaat Hilang Upaya Penuh dan Kekal (HUPK)
    • Elaun Pengurusan Pengebumian
    • Manfaat Kematian
       
  3. Bolehkah saya menyertai lebih daripada satu pelan i-Great Murni?
    Anda boleh menyertai lebih daripada satu (1) pelan i-Great Murni tertakluk kepada jumlah perlindungan agregat maksimum RM500,000.

Umur Kemasukan Minimum / Maksimum

  1. Apakah umur kelayakan untuk pelan ini?
    Anda hendaklah berumur di antara 19 dan 60 tahun hari lahir berikutnya untuk layak meyertai pelan ini.

Mod / Kekerapan Pembayaran

  1. Bagaimanakah cara membayar dan kekerapan bayaran caruman?
    Anda boleh membayar caruman anda melalui kad kredit sahaja secara tahunan, setengah tahunan, suku tahunan atau bulanan.

Manfaat

  1. Apakah yang terjadi jika berlaku HUPK?
    Jika berlaku HUPK sebelum berumur 70 hari lahir berikutnya, anda akan menerima Jumlah Perlindungan Asas dan sebarang amaun di dalam PIA.


  2. Apakah yang terjadi jika berlaku kematian dalam tempoh sijil saya?
    Jika berlaku kematian dalam tempoh sijil, penama anda (atau jika tiada penama, keluarga anda) akan menerima Jumlah Perlindungan Asas dan sebarang amaun di dalam Akaun Individu Peserta (PIA) anda. Terlebih dahulu, kami akan berikan RM5,000 daripada Jumlah Perlindungan Asas untuk membantu dalam pengurusan pengebumian.


Matang

  1. Apakah yang akan berlaku sekiranya sijil saya matang?
    Apabila sijil matang, sebarang jumlah yang terdapat di dalam PIA akan disumbangkan kepada badan kebajikan yang diluluskan oleh Jawatankuasa Syariah. Sumbangan Murni ini akan digunakan untuk membantu mereka yang memerlukan atau untuk memberi manfaat kepada komuniti secara keseluruhannya.

Lebihan

  1. Adakah saya layak untuk menerima Lebihan Pengunderaitan dan Keuntungan Pelaburan di bawah pelan ini?
    Ya, anda layak menerima Lebihan Pengunderaitan dan Keuntungan Pelaburan di bawah pelan ini.

    Sebarang Lebihan Pengunderaitan daripada Dana Tabarru’, setelah melakukan penyelarasan yang sesuai untuk tujuan kecemasan, akan dikongsi antara semua peserta dan Pengendali Takaful dengan nisbah 50:50. Bahagian anda daripada lebihan tersebut akan dibayar kepada anda melalui mana-mana perantara yang dianggap sesuai oleh Pengendali Takaful.

    Sebarang Keuntungan Pelaburan yang terhasil daripada PIA dan Dana Tabarru’ akan dibayar kepada anda melalui mana-mana perantara yang dianggap sesuai oleh Pengendali Takaful. Sebarang
    kerugian akan dibawa ke hadapan dan akan diambil kira sebelum dimasukkan dalam pengiraan lebihan pengunderaitan atau defisit pada tahun seterusnya.

    Nota: Lebihan Pengunderaitan dan Keuntungan Pelaburan akan dikira secara tahunan.

Pengecualian

  1. Apakah pengecualian untuk pelan ini?
    Pengecualian untuk Manfaat Kematian dan Elaun Pengurusan Pengebumian:
    Tiada manfaat dibayar akibat bunuh diri, ketika waras atau tidak waras, dalam tahun pertama sijil daripada Tarikh Berkuatkuasa atau tarikh penguatkuasaan semula, yang mana kemudian.

    Pengecualian untuk Manfaat HUPK:
    Tiada manfaat dibayar sekiranya HUPK yang dialami Orang yang Dilindungi:
    • disebabkan kecederaan badan yang dilakukan sendiri, ketika waras atau tidak waras;
    • sedia wujud sebelum atau pada tarikh berkuatkuasa pelan atau pada sebarang tarikh penguatkuasaan semula, mana-mana yang kemudian;
    • akibat daripada pelanggaran undang-undang atau provokasi menyerang yang dilakukan sendiri;
    • disebabkan kecederaan badan yang dialami akibat payung terjun atau terjun Udara atau daripada penglibatan dalam pesawat udara selain daripada anak kapal atau sebagai penumpang yang membayar tambang dalam syarikat penerbangan komersial berlesen yang beroperasi pada laluan berjadual biasa; atau
    • akibat peperangan, samada diisytiharkan atau tidak.

Nota: Senarai pengecualian adalah tidak menyeluruh. Untuk senarai penuh pengecualian, sila rujuk kepada sijil di bawah pelan ini.


Jumlah Perlindungan

  1. Apakah Jumlah Perlindungan Asas yang terdapat di dalam pelan ini?
    Anda boleh pilih Jumlah Perlindungan Asas berikut mengikut kemampuan dan keperluan kewangan anda:
    • Pelan 1 - RM100,000
    • Pelan 2 - RM200,000
    • Pelan 3 - RM300,000
    • Pelan 4 - RM400,000
    • Pelan 5 - RM500,000

       
  2. Berapakah jumlah perlindungan yang saya perlukan?
    Jumlah perlindungan berbeza mengikut keperluan, komitmen kewangan dan perancangan masa hadapan anda. Guna kalkulator perlindungan kami untuk membantu anda mengira anggaran jumlah perlindungan yang diperlukan.

Caruman

  1. Berapakah caruman yang saya perlu bayar untuk pelan ini?
    Amaun caruman bergantung kepada Jumlah Perlindungan Asas yang dipilih, umur, jantina dan status merokok anda. Caruman untuk pelan ini sama ada kekal atau meningkat pada setiap ulang tahun sijil berdasarkan umur tercapai hari lahir berikutnya.

Tempoh bayaran

  1. Berapa lamakah saya harus membayar caruman pelan ini?
    Caruman yang perlu dibayar adalah sepanjang tempoh sijil sehingga anda berumur 80 tahun hari lahir berikutnya.

Caj-caj

  1. Apakah caj yang dikenakan untuk pelan ini?
    Caruman anda akan dikenakan caj-caj berikut:
    • Caj Pendahuluan
      Suatu caj pendahuluan sebanyak 10% daripada caruman anda akan ditolak untuk pembayaran kos pengendalian pelan ini. Sila rujuk kepada Jadual Caruman untuk caj pendahuluan yang sebenar.

    • Tabarru'
      Tabarru’ berbeza mengikut umur tercapai hari lahir berikutnya, jantina, pelan pilihan dan status merokok Orang yang Dilindungi pada ulang tahun sijil. Tabarru’ akan ditolak secara bulanan daripada PIA.

Back to top


Definisi

  1. Apakah Akaun Individu Peserta (PIA) dan Dana Tabarru'?
    PIA ialah akaun yang mengandungi baki caruman berbayar setelah ditolak caj pendahuluan. Tabarru' akan ditolak secara bulanan daripada PIA dan dimasukkan ke dalam Dana Tabarru'.

    Dana Tabarru' merujuk kepada kumpulan dana yang diwujudkan bagi tujuan perpaduan dan kerjasama antara peserta yang digunakan untuk membantu semua peserta seandainya berlaku perkara yang tidak diingini.
Kembali ke atas
Perlu bantuan?
Untuk pertanyaan
Untuk khidmat pelanggan
E-mel kepada kami
Kunjungi
kami
Buat tuntutan
Cari Perunding Takaful
Great Eastern Takaful Malaysia logo