Great Eastern Takaful Malaysia logo
Pilih negara dan bahasa anda
Malaysia (Takaful)
Malaysia
Great Eastern Takaful Malaysia logo

i-Great Murni

i-Great Murni – Great Eastern Takaful

i-Great Murni

Kini, anda boleh mendapat perlindungan semudah mungkin. Kuasa menentukan apa yang terbaik untuk kewangan anda terletak di tangan anda sendiri dan penuhi keperluan perlindungan anda. Capai hasrat murni anda dengan i-Great Murni.

Manfaat-manfaat Utama

Tiada pengunderaitan perubatan

Dapatkan pelan ini tanpa sebarang kerumitan.

Jumlah Perlindungan Asas sehingga RM500,000

Pilih amaun perlindungan bermula dari RM100,000 sehingga RM500,000 untuk manfaat kematian atau Hilang Upaya Penuh dan Kekal (HUPK) untuk melindungi orang yang disayangi daripada beban kewangan.

Elaun Pengurusan Pengebumian

Jika berlaku kematian, keluarga anda akan menerima RM5,000 yang didahulukan daripada Manfaat Kematian untuk membantu mereka dalam pengurusan pengebumian.

Sumbangan Murni

Pelan ini boleh dijadikan amalan baik anda apabila sijil matang. Apabila sijil matang, sebarang jumlah yang terdapat di dalam Akaun Individu Peserta (PIA) anda akan disumbangkan kepada badan kebajikan yang diluluskan oleh Jawatankuasa Syariah.

Lebihan Pengunderaitan dan Keuntungan Pelaburan

Anda layak menerima Lebihan Pengunderaitan dan Keuntungan Pelaburan, jika ada, di bawah pelan ini. Lebihan Pengunderaitan dan Keuntungan Pelaburan akan dibayar kepada anda melalui sebarang kaedah yang dianggap wajar oleh Pengendali Takaful.

Nota: Lebihan pengunderaitan dan Keuntungan Pelaburan akan dikira secara tahunan.
 

Dapatkan pelan ini

Jika anda ingin mengetahui bagaimana untuk dapatkan pelan ini, klik di sini.

Nota dan Penafian:

Sila ambil perhatian terhadap perkara di bawah untuk memastikan anda memahami sepenuhnya tentang apa yang dilindungi dan tidak dilindungi oleh produk ini. Jika terdapat keraguan, sila hubungi Pegawai kami di 03-4259 8335 atau emel kepada DirectChannelMarketing@greateasterntakaful.com.

Notis Penting
  1. i-Great Murni merupakan pelan takaful bertempoh dengan caruman berkala yang meningkat. Anda seharusnya berpuas hati bahawa pelan ini akan memenuhi keperluan anda dengan sebaiknya dan caruman yang dibayar di bawah sijil ini adalah jumlah yang anda mampu bayar.

  2. Jika berlaku penyerahan, anda tidak sepatutnya menjangkakan untuk menerima sebarang nilai daripada sijil. Walau bagaimanapun, caruman tidak diguna pakai daripada PIA, dan caruman yang tidak diperuntukkan yang belum diperolehi daripada dana Pengendali Takaful (jika ada) akan dibayar kepada anda.

  3. Tempoh rujukan percuma selama 15 hari daripada tarikh penghantaran sijil diberi kepada anda untuk meneliti kesesuaian pelan. Jika sijil ini dikembalikan kepada Pengendali Takaful dalam tempoh ini, Pengendali Takaful akan mengembalikan jumlah caruman yang dibayar.

  4. Anda hendaklah terus membayar caruman anda secara tetap sehingga pelan anda matang supaya anda mendapat perlindungan berterusan. Kegagalan untuk berbuat demikian mungkin menyebabkan perlindungan anda tamat sebelum masanya.

  5. Jika anda beralih sijil anda daripada satu Pengendali Takaful kepada yang lain atau anda menggantikan sijil semasa anda dengan sijil lain dengan Pengendali Takaful yang sama, anda mungkin perlu menghantar permohonan di mana penerimaan cadangan anda adalah tertakluk kepada terma dan syarat yang ditetapkan pada masa penukaran atau penggantian.
Penafian

Maklumat ini hanyalah untuk pemberitahuan am sahaja. Anda dinasihatkan untuk merujuk brosur, Risalah Pemberitahuan Produk dan contoh Sijil bagi mendapatkan maklumat terperinci berkenaan ciri-ciri dan manfaat-manfaat pelan sebelum menyertai pelan ini. 

Kembali ke atas
Perlu bantuan?
Untuk pertanyaan
Untuk khidmat pelanggan
E-mel kepada kami
Kunjungi
kami
Buat tuntutan
Cari Perunding Takaful
Great Eastern Takaful Malaysia logo