Great Eastern Takaful Malaysia logo
Pilih negara dan bahasa anda
Malaysia (Takaful)
Malaysia
Great Eastern Takaful Malaysia logo

i-Great Critical Care

i-Great Critical Care

Kesihatan merupakan sesuatu yang sangat penting untuk anda dan keluarga. Kehidupan yang serba pantas dan perubahan gaya hidup masa kini telah menyumbang kepada peningkatan drastik kebarangkalian seseorang menghidap penyakit kritikal. Proses pemulihan pula memakan masa yang lama dan mahal.

i-Great Critical Care membolehkan anda mendapatkan rawatan yang diperlukan dan mengambil alih kegusaran kewangan anda – suatu tambahan yang penting dalam pelan perlindungan perubatan sedia ada anda.

i-Great Critical Care - Teman Anda Pada Waktu Kritikal.

Manfaat-manfaat Utama

Penyelesaian Takaful
Jumlah Perlindungan Asas sehingga RM500,000

Pilih Jumlah Perlindungan Asas anda dari RM50,000 sehingga RM500,000.

Penyelesaian Takaful
Tiada Pemeriksaan Perubatan

Tiada pemeriksaan perubatan akan dijalankan kepada Orang Yang Dilindungi semasa permohonan i-Great Medi Care.

Penyelesaian Takaful
Perlindungan untuk 36 Penyakit Kritikal

Apabila berlakunya salah satu daripada 36 penyakit kritikal ke atas Orang Yang Dilindungi, kami akan membayar Jumlah Perlindungan dari Dana Tabarru’ dengan jumlah penuh, kecuali bagi Angioplasti dan Rawatan Invasif Lain untuk Penyakit Arteri Koronari, yang mana pembayaran tuntutan adalah terhad kepada 10% daripada Jumlah Perlindungan tertakluk kepada jumlah maksimum RM25,000.

Lebihan Pengunderaitan dan Keuntungan Pelaburan

Anda layak menerima Lebihan Pengunderaitan dan Keuntungan Pelaburan, jika ada, di bawah pelan ini. Lebihan Pengunderaitan dan Keuntungan Pelaburan akan dibayar kepada anda melalui sebarang kaedah yang dianggap wajar oleh Pengendali Takaful.

Nota: Lebihan Pengunderaitan dan Keuntungan Pelaburan akan dikira secara tahunan.

Kalkulator


Kalkulator Analisis Keperluan

Klik di sini untuk anggaran amaun perlindungan yang diperlukan.

 

Kalkulator Bajet Kewangan

Klik di sini untuk mengetahui caruman yang perlu dibayar mengikut kemampuan anda.

Dapatkan pelan ini

Jika anda ingin mengetahui bagaimana untuk dapatkan pelan ini, klik di sini.

Nota dan Penafian:

Sila ambil perhatian terhadap perkara di bawah untuk memastikan anda memahami sepenuhnya tentang apa yang dilindungi dan tidak dilindungi oleh produk ini. Jika terdapat keraguan, sila hubungi Pegawai kami di 03-4259 8335 atau emel kepada DirectChannelMarketing@greateasterntakaful.com.

Nota kaki

Great Eastern Takaful Berhad (916257-H) dilesenkan di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 dan dikawal selia oleh Bank Negara Malaysia. Tiada pengantara yang terlibat dalam promosi atau pemasaran produk yang ditawarkan melalui saluran langsung.

Notis Penting
  1. i-Great Critical Care adalah pelan Takaful kendiri dengan caruman berkala yang meningkat tanpa elemen simpanan dan pelaburan yang menyediakan perlindungan sekiranya Orang yang Dilindungi didiagnos dengan salah satu daripada 36 penyakit kritikal sehingga umur 80 tahun hari lahir berikutnya.
  2. Anda seharusnya yakin bahawa pelan ini akan memenuhi keperluan anda dengan sebaiknya dan caruman yang dibayar di bawah sijil ini adalah jumlah yang mampu anda bayar. Sekiranya anda tidak membayar caruman anda dalam tempoh tenggang selama 30 hari, sijil anda mungkin luput serta-merta dan akan mengakibatkan anda kehilangan perlindungan.
  3. “Tempoh rujukan percuma” selama 15 hari daripada tarikh penghantaran sijil untuk meneliti kesesuaian pelan. Jika sijil ini dikembalikan kepada Pengendali Takaful dalam tempoh ini, Pengendali Takaful akan mengembalikan suatu jumlah yang bersamaan dengan jumlah caruman yang dibayar.
  4. Jika berlaku penyerahan, anda tidak sepatutnya menjangkakan untuk menerima sebarang nilai daripada sijil. Walau bagaimanapun, Tabarru’ yang belum luput daripada Dana Tabarru’ dan caruman yang tidak diperuntukkan yang belum diperolehi daripada dana Pengendali Takaful (jika ada) akan dibayar kepada anda.
  5. Sekiranya sijil anda diberhentikan, tiada manfaat akan dibayar daripada Dana Tabarru'.
  6. Jika sijil anda beralih daripada satu Pengendali Takaful kepada yang lain atau anda mengganti sijil semasa anda dengan sijil lain dengan Pengendali Takaful yang sama, anda mungkin perlu menghantar permohonan di mana penerimaan cadangan anda adalah tertakluk pada terma dan syarat yang ditetapkan pada masa penukaran atau penggantian.
Penafian

Maklumat ini hanyalah untuk pemberitahuan am sahaja. Anda dinasihatkan untuk merujuk brosur, Risalah Pemberitahuan Produk dan contoh Sijil bagi mendapatkan maklumat terperinci berkenaan ciri-ciri dan manfaat-manfaat pelan sebelum menyertai pelan ini. 

Kembali ke atas
Perlu bantuan?
Untuk Khidmat Pelanggan
E-mel kepada kami
Kunjungi
kami
Buat tuntutan
Great Eastern Takaful Malaysia logo