Great Eastern Takaful Malaysia logo
Pilih negara dan bahasa anda
Malaysia (Takaful)
Malaysia
Great Eastern Takaful Malaysia logo

M-Tiara Linked

M-Tiara Linked

Terdapat tekanan untuk memastikan anda memenuhi keperluan kewangan anda apabila umur semakin meningkat. Anda berusaha memperoleh jawatan tinggi, menjana pendapatan lumayan, tetapi adakah usaha menabung anda memadai? Dengan M-Tiara Linked, anda pasti mendapat pulangan hasil kerja keras anda kelak

Manfaat-manfaat Utama

Manfaat Pengurusan Pengebumian

Jika anda meninggal dunia, keluarga anda akan menerima bayaran RM2,000 sekaligus sebagai manfaat pengurusan pengebumian untuk membantu meringankan beban kewangan berkaitan perbelanjaan pengebumian.

Manfaat-manfaat matang

Apabila matang, anda akan menerima 100% jumlah amaun sekaligus di dalam PIA (jika ada). Lebihan pengunderaitan akan dikongsi bersama peserta. Bahagian perkongsian anda akan dikreditkan semula ke dalam PUA.

Lebih perlindungan dengan manfaat-manfaat tambahan

Anda boleh meningkatkan nilai pelaburan anda dengan melakukan penambahan caruman tunggal RM1,000 di mana 95% daripada caruman dibayar akan diperuntukkan kepada dana unit(-unit).

Dapatkan pelan ini

Hubungi 1 300 88 8787, kunjungi mana-mana cawangan Bank Muamalat atau layari www.muamalat.com.my.

Nota dan Penafian:

Sila ambil perhatian terhadap perkara di bawah untuk memastikan anda memahami sepenuhnya tentang apa yang dilindungi dan tidak dilindungi oleh peroduk ini. Hubungi 1 300 88 8787, kunjungi mana-mana cawangan Bank Muamalat atau layari www.muamalat.com.my.

Notis Penting
  1. M-Tiara Linked ialah pelan Takaful Keluarga berkaitan pelaburan dengan caruman berkala yang matang pada umur 75 tahun hari lahir berikutnya beserta manfaat perlindungan takaful keluarga.
  2. Pelan ini merupakan produk Takaful Keluarga dengan berlandaskan prestasi yang mendasari aset dan bukan suatu produk pelaburan sebenar seperti unit amanah.
  3. Caruman dibayar sehingga tamat perlindungan Takaful, atau sehingga kematian atau HUPK, yang mana terdahulu.
  4. Anda seharusnya berpuas hati bahawa pelan ini akan memenuhi keperluan anda dengan sebaiknya dan caruman yang dibayar di bawah sijil ini adalah jumlah yang anda mampu bayar.
  5. “Tempoh rujukan percuma” selama 15 hari daripada tarikh penghantaran sijil diberi kepada anda untuk meneliti kesesuaian pelan. Jika sijil dikembalikan kepada Pengendali Takaful dalam tempoh ini, Pengendali Takaful akan mengembalikan suatu jumlah yang bersamaan dengan jumlah:
    1. jumlah nilai PUA berdasarkan Nilai Aset Bersih pada tarikh penilaian yang berikutnya;
    2. nilai pelaburan unit yang telah dibatalkan untuk membayar Tabarru’ dan Caj Perkhidmatan;
    3. jumlah caruman yang belum diperuntukkan; ditolak dengan perbelanjaan yang ditanggung untuk pemeriksaan perubatan, (jika ada).
  6. Anda boleh menerima baki nilai PUA apabila pelan ditamatkan atau telah matang. Tiada manfaat akan dibayar dari Dana Tabarru’.
  7. Anda boleh berhenti membayar caruman dan masih menikmati perlindungan selagi terdapat jumlah yang mencukupi di dalam PUA untuk membayar Tabarru’ dan caj perkhidmatan, mana-mana yang berkenaan. Namun terdapat kemungkinan sijil menjadi luput apabila caj yang dikenakan, termasuk Tabarru’, melebihi jumlah nilai yang ada di dalam PUA.
  8. Nilai dalam PUA akan bergantung kepada prestasi sebenar dana yang dipilih dan tidak dijamin. Risiko pelaburan di bawah pelan ini akan ditanggung sepenuhnya oleh pemilik sijil dan nilai di dalam PUA mungkin kurang daripada jumlah caruman yang dicarum untuk dana.
  9. Jumlah pampasan daripada IB CIBR ataupun IB EPCC akan mengurangkan jumlah perlindungan pelan asas. Jumlah yang sama turut ditolak daripada rider-rider yang berkenaan.
Penafian

Maklumat ini hanyalah untuk pemberitahuan am sahaja. Anda dinasihatkan untuk merujuk Ilustrasi Manfaat, Risalah Pemberitahuan Produk dan contoh Sijil bagi mendapatkan maklumat terperinci berkenaan ciri-ciri dan manfaat-manfaat pelan sebelum menyertai pelan ini.

Kembali ke atas
Perlu bantuan?
Untuk pertanyaan
Untuk khidmat pelanggan
E-mel kepada kami
Kunjungi
kami
Buat tuntutan
Cari Perunding Takaful
Great Eastern Takaful Malaysia logo