Great Eastern Takaful Malaysia logo
Pilih negara dan bahasa anda
Malaysia (Takaful)
Malaysia
Great Eastern Takaful Malaysia logo

i-Great Aman

Pelan Perlindungan Komprehensif yang Bersama Menyelusuri Kehidupan Anda

Semua orang melalui pelbagai fasa dan cabaran dalam kehidupan. i-Great Aman memberi anda peluang untuk menyesuaikan pelan perlindungan anda mengikut tahap kehidupan dan kemampuan anda. Dengan ciri perlindungan Lanjutan Automatik, i-Great Aman adalah cara terbaik untuk anda mendapatkan perlindungan berterusan, kerana i-Great Aman adalah Pelan Perlindungan Komprehensif yang Bersama Menyelusuri Kehidupan Anda.

Manfaat-manfaat Utama

Caruman Bulanan Serendah RM100

Dapatkan perlindungan yang komprehensif dengan caruman bulanan bermula dari RM100.

Tambahan Selang 10 Tahun Perlindungan Lanjutan Automatik

Dapatkan perlindungan sehingga 70 tahun hari lahir berikutnya dan nikmati tambahan selang 10 tahun perlindungan Lanjutan Automatik selepas matang sehingga umur 90 tahun hari lahir berikutnya.

3 Dana untuk Kesesuaian Selera Risiko Anda

Nikmati fleksibiliti dalam memilih untuk melabur di dalam satu atau lebih daripada 3 unit dana patuh Syariah tanpa sebarang caj dikenakan bagi penukaran dana.

Manfaat Matang, Ihsan dan Kemudahan Tidak Luput

Anda akan menerima sebarang jumlah di dalam Akaun Unit Peserta apabila pelan anda matang dan waris anda akan menerima sejumlah RM2,000 sekiranya anda meninggal dunia.

Kemudahan Tidak Luput pada tiga tahun pertama sijil akan memastikan sijil anda terus berkuat kuasa walaupun jumlah nilai di dalam Akaun Unit Peserta anda menjadi sifar.

Perlindungan Penyakit Kritikal Paling Luas di Malaysia

Sila klik di sini untuk melihat senarai 45 Penyakit Kritikal.

Tingkatkan Perlindungan Anda

Tingkatkan pelan Takaful anda untuk perlindungan yang lebih komprehensif melalui 11 rider-rider pilihan ini:

Perubatan dan Penghospitalan
i-Medik Rider
• i-Medik Xtra Rider
• i-Medik Xtender Rider
• i-Hospitalisation Benefits Rider

Penyakit Kritikal
i-Critical Illness Benefit Rider

Perlindungan Kemalangan
i-Comprehensive Accident Benefits Xtra Rider

Pengecualian Caruman
i-Contributor Rider
• i-Contributor Benefit Plus Rider
• i-Provider on DD Rider
• i-Provider on TPD Rider
• i-Provider Plus Rider

Perkhidmatan Badal Haji, Wakaf dan Hibah

Perkhidmatan-perkhidmatan ini adalah opsyenal dan anda perlu mengisi Borang Perkhidmatan Badal Haji, Borang Perkhidmatan Wakaf, Borang Penama dan Borang Serah Hak untuk perkhidmatan pilihan anda masing-masing.

Dapatkan pelan ini

Hubungi Perunding Takaful

Hubungi Perunding Takaful anda untuk mengetahui penyelesaian kewangan mana yang sesuai untuk anda. Belum ada perunding? Tinjau senarai Perunding Takaful kami.

Telefon kami
Untuk pertanyaan
+603 4259 8338
Untuk khidmat pelanggan
1 300 13 8338
Kunjungi kami

Great Eastern Takaful Berhad (916257-H)
Aras 3 Menara Great Eastern
303 Jalan Ampang
50450 Kuala Lumpur

Nota dan Pengecualian

Sila ambil perhatian terhadap perkara di bawah untuk memastikan anda memahami sepenuhnya tentang apa yang dilindungi dan tidak dilindungi oleh peroduk ini. Jika terdapat keraguan, sila hubungi Perunding Great Eastern Takaful anda.

Notis Penting

1. i-Great Aman adalah Pelan Takaful Keluarga berkaitan pelaburan dengan caruman berkala yang terhad yang menyediakan perlindungan apabila berlaku Kematian atau Hilang Upaya Penuh dan Kekal kepada Orang Yang Dilindungi. Pelan ini adalah produk Takaful Keluarga yang dikaitkan dengan prestasi aset, dan bukan produk pelaburan seperti unit amanah.

2. Caruman dibayar semasa tempoh sijil atau sehingga Kematian atau Hilang Upaya Penuh dan Kekal, yang mana terdahulu.

3. Anda boleh berhenti membayar caruman dan masih menikmati perlindungan selagi terdapat jumlah yang mencukupi di dalam Akaun Unit Peserta untuk membayar Tabarru’ dan Caj Perkhidmatan, jika berkenaan. Walau bagaimanapun, anda tidak akan dapat menikmati Kemudahan Tidak Luput sekiranya anda berhenti membayar caruman sewaktu 3 tahun pertama sijil.

4. Anda seharusnya yakin bahawa pelan ini akan memenuhi keperluan anda dengan sebaiknya dan caruman yang dibayar di bawah sijil ini adalah jumlah yang anda mampu bayar.

5. “Tempoh Rujukan Percuma” selama 15 hari daripada tarikh anda menerima sijil diberikan kepada anda untuk meneliti kesesuaian pelan. Jika sijil ini dikembalikan kepada kami dalam tempoh ini, kami akan mengembalikan suatu jumlah yang bersamaan dengan jumlah caruman yang dibayar bersamaan:
i. sebarang caruman yang tidak diperuntukkan;
ii. jumlah nilai di dalam Akaun Unit Peserta (jika ada) sijil ini; dan
iii. sebarang Tabarru’ dan Caj Perkhidmatan yang telah dipotong,
ditolak sebarang perbelanjaan yang ditanggung untuk pemeriksaan perubatan, yang mana sijil itu hendaklah dianggap terbatal dan liabiliti kami terhenti.

6. Anda boleh menerima baki jumlah di dalam Akaun Unit Peserta (jika ada) apabila pelan ditamatkan atau telah matang, yang mungkin akan berkurang daripada jumlah caruman yang diperuntukkan ke dalam Akaun Unit Peserta. Tiada manfaat akan dibayar daripada Dana Tabarru’.

7. Jumlah di dalam Akaun Unit Peserta adalah berdasarkan prestasi sebenar dana dan tidak dijamin. Risiko pelaburan di bawah pelan ini akan ditanggung oleh anda dan jumlah Akaun Unit Peserta mungkin berkurangan daripada jumlah caruman yang dicarum ke dalam dana. Terdapat kemungkinan sijil akan luput apabila caj yang diperlukan (termasuk Tabarru') melebihi nilai jumlah Akaun Unit Peserta yang sedia ada.

8. Menyertai sebuah pelan Takaful keluarga adalah satu komitmen kewangan jangka panjang. Nilai tunai terkumpul yang anda mungkin perolehi sekiranya anda menamatkan sijil sebelum tempoh matang akan berjumlah jauh lebih rendah daripada jumlah caruman yang telah anda bayar.

9. Jika sijil anda beralih daripada satu Pengendali Takaful kepada yang lain atau anda mengganti sijil semasa anda dengan sijil lain dengan Pengendali Takaful yang sama, anda mungkin perlu menghantar permohonan di mana penerimaan cadangan anda adalah tertakluk pada terma dan syarat yang ditetapkan pada masa penukaran atau penggantian.

Penafian

Maklumat ini hanyalah untuk maklumat am sahaja dan bukanlah satu kontrak Takaful keluarga. Anda dinasihatkan untuk merujuk Ilustrasi Manfaat, Risalah Pemberitahuan Produk dan contoh sijil bagi mendapatkan maklumat terperinci berkenaan ciri penting dan manfaat pelan sebelum menyertai pelan ini. Sila rujuk Lembaran Fakta Dana untuk butiran lanjut mengenai 3 dana unit.

Kembali ke atas
Perlu bantuan?
Untuk Khidmat Pelanggan
E-mel kepada kami
Kunjungi
kami
Buat tuntutan
Great Eastern Takaful Malaysia logo