Great Eastern Takaful Malaysia logo
Pilih negara dan bahasa anda
Malaysia (Takaful)
Malaysia
Great Eastern Takaful Malaysia logo

i-Great Abadi

i-Great Abadi

i-Great Abadi memperuntukkan kadar caruman sebanyak 95% kepada pelaburan anda bermula dari tahun pertama sijil. Selain itu, pada setiap tahun ke-3 sijil, anda akan menerima tambahan 2% Peningkatan Peruntukan. Bina kekayaan anda serta pada masa yang sama mendapat perlindungan yang tepat untuk gaya hidup anda.

Manfaat-manfaat Utama

Fleksibiliti untuk menambah nilai pelaburan anda

Anda boleh meningkatkan nilai pelaburan anda dengan melakukan penambahan caruman tunggal RM1,000 di mana 95% daripada caruman dibayar akan diperuntukkan kepada dana unit(-unit).

Kami prihatin untuk anda dan orang yang disayangi

i-Great Abadi menyediakan bantuan kewangan untuk anda dan keluarga anda jika berlaku kematian atau TPD.

Manfaat Kematian akibat Kemalangan (ADB)

Jika berlaku kematian akibat kemalangan dalam tempoh tahun pertama sijil, keluarga anda akan menerima manfaat ADB sekaligus. Amaun maksimum utuk ADB ialah RM100,000.

Tingkatkan perlindungan anda

Dapatkan i-Great Abadi yang khusus untuk anda dengan perlindungan-perlindungan tambahan. Jika anda ingin tambah perlindungan untuk perubatan, penyakit kritikal atau hilang upaya, rider-rider berikut boleh dipilih:

Dapatkan pelan ini

Hubungi Perunding Takaful

Hubungi Perunding Takaful anda untuk mengetahui penyelesaian kewangan mana yang sesuai untuk anda. Belum ada perunding? Tinjau senarai Perunding Takaful kami.

Telefon kami
Untuk pertanyaan
+603 4259 8338
Untuk khidmat pelanggan
1 300 13 8338
Kunjungi kami

Great Eastern Takaful Berhad (916257-H)
Aras 3 Menara Great Eastern
303 Jalan Ampang
50450 Kuala Lumpur

Nota dan Penafian:

Sila ambil perhatian terhadap perkara di bawah untuk memastikan anda memahami sepenuhnya tentang apa yang dilindungi dan tidak dilindungi oleh peroduk ini. Jika terdapat keraguan, sila hubungi Perunding Great Eastern Takaful anda.

Notis Penting
  1. i-Great Abadi ialah pelan Takaful keluarga berkaitan pelaburan dengan caruman tetap yang matang pada umur 99. Pelan ini merupakan produk takaful keluarga dengan berlandaskan prestasi yang mendasari aset dan bukan suatu produk pelaburan sebenar seperti unit amanah. Caruman dibayar sehingga umur 99 atau sehingga kematian atau Hilang Upaya Total dan Kekal, mana yang berlaku dahulu. Anda seharusnya berpuas hati bahawa pelan ini akan memenuhi keperluan anda dengan sebaiknya dan caruman yang dibayar di bawah sijil ini adalah amaun yang anda mampu bayar.
  2. Tempoh rujukan percuma selama 15 hari diberi kepada anda untuk meneliti kesesuaian pelan. Jika sijil dikembalikan kepada Pengendali Takaful dalam tempoh ini, Pengendali Takaful akan mengembalikan suatu amaun yang bersamaan dengan
    1. jumlah nilai akaun sijil berdasarkan Nilai Aset Bersih pada tarikh penilaian yang berikutnya;
    2. nilai pelaburan unit yang telah dibatalkan untuk membayar Tabarru’ dan Caj Perkhidmatan; dan
    3. amaun caruman yang belum diperuntukkan; ditolak dengan perbelanjaan yang ditanggung untuk pemeriksaan perubatan, jika ada.
  3. Nilai Aset Bersih ialah harga tunggal apabila pemilik sijil membeli unit dalam suatu dana unit dan menjual kembali unit kepada dana unit.
  4. Anda boleh berhenti membayar caruman dan masih menikmati perlindungan selagi terdapat jumlah nilai dana unit yang mencukupi untuk membayar Tabarru’ dan caj perkhidmatan, mana-mana yang berkenaan. Namun terdapat kemungkinan sijil menjadi luput apabila caj yang dikenakan, termasuk Tabarru’, melebihi jumlah nilai dana unit yang ada. Menyertai terlalu banyak rider atau memilih tahap perlindungan yang tinggi boleh mengurangkan nilai unit.
  5. Penyertaan dalam pelan Takaful keluarga berkaitan pelaburan adalah satu komitmen jangka panjang. Penamatan awal pelan melibatkan kos permulaan yang tinggi dan anda mungkin mendapat amaun yang kurang daripada caruman keseluruhan yang telah dibayar.
  6. Pelan Takaful keluarga berkaitan pelaburan bergantung pada prestasi sebenar dan tidak dijamin. Prestasi sebenar yang terdahulu tidak menjamin panduan kepada prestasi akan datang, yang mungkin berbeza. Risiko pelaburan di bawah pelan akan ditanggung sepenuhnya oleh pemilik sijil dan nilai dana mungkin kurang daripada caruman keseluruhan yang dibuat untuk dana unit.
  7. Apabila pelan ditamatkan atau diberhentikan, tiada manfaat akan dibayar dari Dana Tabarru’.
  8. Sebarang amaun caruman yang tidak diperuntukkan untuk membeli unit akan digunakan untuk membayar komisen kepada orang tengah dan perbelanjaan am Pengendali Takaful. Pengendali Takaful berhak,dalam keadaan yang dianggap terkecuali, untuk menangguhkan pengeluaran atau penebusan unit.
Penafian

Maklumat ini hanyalah untuk pemberitahuan am sahaja. Anda dinasihatkan untuk merujuk Ilustrasi Manfaat, Risalah Pemberitahuan Produk dan contoh Sijil bagi mendapatkan maklumat terperinci berkenaan ciri-ciri dan manfaat-manfaat pelan sebelum menyertai pelan ini.

Kembali ke atas
Perlu bantuan?
Untuk pertanyaan
Untuk khidmat pelanggan
E-mel kepada kami
Kunjungi
kami
Buat tuntutan
Cari Perunding Takaful
Great Eastern Takaful Malaysia logo