1015 Dapatkan Penyelesaian yang Tepat
Great Eastern Tak
0C6F
aful Malaysia logo
Pilih negara dan bahasa anda
Malaysia (Takaful)
Malaysia
Great Eastern Takaful Malaysia logo

Dapatkan Penyelesaian yang Tepat

Ianya penting untuk mendapatkan perlindungan. Di Great Eastern Takaful, kami memahami keutamaan dalam kehidupan anda. Sebab itulah kami memberikan anda akses kepada pelan yang pelbagai dan khusus yang membantu anda melindungi keluarga serta kepentingan anda.

Lindungi diri dan keluarga
Simpanan masa depan
Bina kekayaan
Penyelesaian Korporat

Lindungi diri dan keluarga

Semua orang mahu melindungi keluarga mereka, namun setiap keluarga berbeza keperluannya. Sebab itulah Great Eastern Takaful menyediakan pelbagai penyelesaian yang memberikan anda sekeluarga  perlindungan yang paling sesuai.
Dapatkan Pelan Langsung
0D90
i-Great Murni

Kini, anda boleh mendapat perlindungan semudah mungkin. Kuasa menentukan apa yang terbaik untuk kewangan anda terletak di tangan anda sendiri dan penuhi keperluan perlindungan anda. Capai hasrat murni anda dengan i-Great Murni.

Manfaat-manfaat Utama
  • Tiada pengunderaitan perubatan
  • Jumlah Perlindungan Asas sehingga RM500,000
  • Elaun Pengurusan Pengebumian
Perlindungan Takaful Keluarga

Setiap peringkat kehidupan perlukan perlindungan yang berbeza. Sama ada anda bujang atau sudah berkahwin – kami di sisi anda.

Pelancaran Alat Perbandingan
i-Great Damai 2.0

Apabila anda matang dan semakin berusia, keutamaan anda juga berubah. Pelan perlindungan yang penting bagi seseorang yang memasuki alam persaraan, mungkin tidak sama bagi seseorang yang baru melangkah ke alam pekerjaan. Memahami keperluan kewangan anda di setiap peringkat kehidupan adalah penting untuk memelihara kedudukan kewangan anda untuk masa hadapan.

Manfaat-manfaat Utama
  • 4 pakej gaya hidup terpilih
  • Kemudahan Tidak Luput
  • Manfaat Matang
Cari Perunding Takaful
i-Great Mega

Menguruskan pelbagai komitmen dalam kehidupan kita adalah asas kepada kesejahteraan hidup dan kejayaan profesional. Ini termasuk cita-cita peribadi, keutamaan kewangan, dan matlamat jangka panjang.

 Pastikan anda berada di landasan gaya hidup yang selesa dengan i-Great Mega. Pelan perlindungan kami boleh membantu meningkatkan simpanan serta mencapai impian hidup anda dengan hanya sedikit perancangan dan disiplin.

Manfaat-manfaat Utama
  • Manfaat Kesetiaan
  • Jumlah Perlindungan Asas yang tinggi
  • Manfaat Matang
Cari Perunding Takaful
i-Great Teras
i-Great Teras

Dapatkan manfaat-manfaat yang bermakna daripada i-Great Teras. Ianya mudah, mampu milik dan memberikan perlindungan asas yang sepatutnya.

Manfaat-manfaat Utama
  • Beri anda ganjaran apabila matang
  • Manfaat Kematian atau Hilang Upaya Penuh dan Kekal (HUPK)
  • Manfaat Pengurusan Pengebumian
Cari Perunding Takaful
Perlindungan Kesihatan

Memastikan anda mempunyai akses untuk penjagaan yang mencukupi adalah sangat penting. Di Great Eastern Takaful, kami mempunyai pelan kesihatan khusus bersesuaian dengan bajet, umur dan keperluan kesihatan anda.

Suit i-Medik Rider
i-Medik memberi anda penyelesaian perlindungan perubatan sehenti untuk meningkatkan keperluan penjagaan kesihatan anda

Untuk menjalani kehidupan anda sepenuhnya, anda perlu menjaga kesihatan anda. Namun, penyakit, kemalangan dan lain-lain halangan perubatan boleh menghalang perancangan masa depan anda – melainkan anda bersedia menghadapinya dari segi kewangan. Suit i-Medik Rider direka khas untuk memberi jaminan kepada anda bahawa kami akan membantu anda jika diperlukan.

Manfaat-manfaat Utama
  • Penambahan 10% Had Tahunan Keseluruhan setiap 3 tahun
  • Elaun Tunai Harian dari RM50
  • Dapatkan 10x Had Tahunan Keseluruhan
Cari Perunding Takaful
i-Great Salam
i-Great Salam

i-Great Salam adalah pelan Takaful Keluarga dengan caruman berkala yang memberi perlindungan terhadap 36 Kejadian yang Dilindungi dengan manfaat Peringkat awal, Kematian dan Hilang Upaya Penuh dan Kekal (HUPK) dan manfaat Kesihatan

Di Great Eastern Takaful, kami komited untuk menyediakan akses yang lebih baik kepada penjagaan kesihatan untuk anda supaya anda dapat menjalani kehidupan yang lebih bererti di sisi mereka yang anda sayangi.

Manfaat-manfaat Utama
  • Penambahan jumlah Perlindungan secara automatik
  • 36 Kejadian yang Dilindungi
  • Manfaat Kesihatan
Cari Perunding Takaful
i-Medik Asas Rider
i-Medik Asas Rider

Gaya hidup anda adalah unik, begitu juga keperluan perubatan anda. Nikmati semua manfaat dengan pelan mampu milik yang direka khusus untuk memenuhi rawatan perubatan mengikut pilihan anda dengan pelbagai manfaat.

Manfaat-manfaat Utama
  • Had seumur hidup sehingga RM800,000
  • Manfaat Pembedahan Harian
  • Bantuan perubatan kecemasan di mana sahaja serata dunia
Cari Perunding Takaful 0D90
Kembali ke atas
Bandingkan rancangan
Perlu bantuan?
Untuk pertanyaan
Untuk khidmat pelanggan
E-mel kepada kami
Kunjungi
kami
Buat tuntutan
Cari Perunding Takaful
Great Eastern Takaful Malaysia logo
0