Great Eastern Takaful Logo
Pilih negara dan bahasa anda
Malaysia (Takaful)
Malaysia
Singapore
Indonesia
Brunei
Great Eastern Takaful Logo

Takaful keluarga, ‘Frontliners’ pengurusan kewangan anda

Kongsi
Takaful adalah kaedah perancangan kewangan yang boleh digunakan sekiranya berlaku kecemasan

Pendaftaran baru bagi pelan takaful keluarga pada tahun 2018 telah meningkat sebanyak 13.1% iaitu RM4.91 bilion berbanding pada tahun 2017 yang berjumlah RM4.35 bilion.

Statistik ini sedikit sebanyak menggambarkan peningkatan kesedaran rakyat Malaysia terhadap pentingnya keperluan takaful. Namun, usaha memberi kesedaran perlu digiatkan lagi kerana fakta yang kita tidak nafikan adalah penetrasi pasaran takaful masih rendah berbanding insuran konvensional.

Faktor utama yang perlu ditekankan dalam kesedaran takaful adalah pengurusan kewangan yang holistik. Ini kerana, bila kita bicara takaful, kita tidak boleh lari dari bicara hal poket pengguna.

Apakah yang dimaksudkan dengan hal poket pengguna?

Dalam keadaan hidup yang mencabar hari ini, ditambah dengan ujian wabak Covid-19, sudah semestinya yang menjadi kerisauan pengguna adalah duit poket.

Maka wujudlah persoalan,

“Perlukah aku melanggan takaful sekarang ni?”

“Mampukah aku untuk tanggung perbelanjaan bulanan untuk takaful?”

Ada pepatah mengatakan, 

“Harga adalah apa yang anda bayar, nilai adalah apa yang anda dapat”.

Apabila kita memahami dengan betul akan konsep takaful, kita akan rasa indahnya bertakaful serta tidak akan berkira-kira untuk melanggan takaful.


Takaful adalah sedekah

Sebahagian yang anda lakukan dalam takaful sebenarnya akan dibahagikan kepada dua akaun iaitu:

  1. Tabung risiko peserta (dana Tabarru’)
  2. Akaun peserta (simpanan dan pelaburan)
Kontrak takaful dibangunkan berdasarkan konsep derma yang dipanggil tabarru`


Dana Tabarru’ peserta

Disinilah dimana konsep sedekah diamalkan. Dana ini tidak disumbang oleh anda seorang, tetapi semua peserta yang mencarum dikumpulkan dalam satu dana. Tabung ini dipanggil sebagai Tabarru’.

Jika salah seorang peserta ditimpa musibah disebabkan oleh kematian atau hilang upaya kekal, duit daripada dana ini akan digunakan untuk membayar tuntutan peserta tersebut.

Indah bukan konsep ini?

Anda sebenarnya bukan sahaja bantu diri anda dan keluarga sahaja, malah anda bermuafakat dalam satu aqad untuk menolong antara satu sama lain.


Akaun peserta

Selain itu, sebahagian caruman peserta juga akan dikreditkan ke akaun peserta bagi tujuan pelaburan keuntungan dan akan dikongsikan antara peserta dan pengendali takaful berdasarkan nisbah yang telah dipersetujui.


Situasi yang dilindungi pelan Takaful keluarga

  1. Kematian
    Kematian adalah satu perkara yang kita tidak boleh elakkan. Mati itu pasti. Cuma kita tidak tahu bila dan bagaimana pengakhiran kita. Terutama bagi ketua keluarga yang menjadi sumber pendapatan utama dalam keluarga.

    Pemergian lebih awal daripada purata jangka hayat manusia memberi kesan kewangan yang mendalam dalam sesebuah keluarga. Ini kerana waris perlu bersedia menggalas tanggung jawab untuk menyara ahli keluarga oleh kematian yang tidak disangka.

    Kelebihan pampasan takaful kematian dalam pelan Takaful Keluarga boleh menjadi kaedah yang berkesan bagi memastikan orang yang tersayang boleh meneruskan hidup di saat pemergian pencari nafkah.

  2. Hilang upaya penuh & kekal
    Selain kematian, faktor lain yang boleh menyebabkan pencarian nafkah keluarga terhenti adalah hilang upaya kekal. Kehilangan upaya ini mungkin disebabkan oleh kecederaan yang disebabkan oleh penyakit kritikal atau kemalangan.

    Apabila hal ini berlaku, kebanyakan majikan akan memberhentikan khidmat mereka kerana tidak mampu untuk memberi komitmen kerja. Maka, hilanglah punca pendapatan utama keluarga jika hal ini ditimpa oleh ketua keluarga.

    Dengan adanya pampasan cacat kekal, sekali lagi pelan takaful keluarga mampu mengurangkan beban yang ditimpa oleh keluarga pencarum.

  3. Penjagaan kesihatan dengan pelan perubatan dan penyakit kritikal
    Kos rawatan hospital yang meningkat saban hari kerana inflasi dan peningkatan kos peralatan hospital menjadi kegusaran orang ramai. Bil yang ditanggung bukan sedikit, boleh mencecah sehingga ratusan ribu ringgit.

    Meskipun seseorang itu mempunyai persediaan yang cukup dari segi kewangan, lama-kelamaan simpanan pun boleh susut. Inikan pula mereka yang tiada persiapan langsung. Lebih parah lagi, ada yang sanggup berhutang sana sini demi menanggung kos rawatan yang tinggi.

    Dengan pampasan penyakit kritikal serta manfaat-manfaat hospital yang lain, pelan takaful keluarga boleh menjadi ‘frontliner’ anda sebelum simpanan duit anda diusik.

    Pelan perubatan dan penyakit kritikal akan membantu mengelakkan masalah itu dan peserta akan mempunyai ketenangan fikiran kerana semua keperluan perubatan mereka dilindungi pada dan bila-bila masa diperlukan.

    Lihat pakej-pakej takaful keluarga yang menarik daripada Great Eastern Takaful di https://www.greateasterntakaful.com/bm/penyelesaian-takaful/produk-kami/takaful-keluarga.html 
Perlindungan penyakit kritikal membantu menyokong keperluan kewangan anda semasa rawatan & pemulihan

Terdapat banyak lagi fungsi dan manfaat dalam takaful keluarga seperti penerusan legasi, penyelesaian hutang dan pusaka bila berlakunya kematian pencarum takaful. Namun, tiga fungsi utama yang diterangkan di atas boleh menyelesaikan risiko utama yang kebanyakan orang ramai hadapi.

Dalam konteks pengurusan kewangan pula, tiada gunanya anda terus membuat pelaburan tanpa mengurus risiko yang anda bakal hadapi. Silap rancang, untung yang banyak pun boleh hilang sekelip mata.

Dengan memahami akan manfaat yang banyak dan nilainya yang sangat berharga, anda tidak akan lagi berkira-kira untuk mencarum. Ingat, takaful keluarga adalah ‘frontliner’ anda, pelindung holistik kewangan anda.

Sumber: https://www.theedgemarkets.com/article/malaysias-2019-takaful-growth-stay-moderate

Kembali ke atas
Perlu bantuan?
Great Eastern Takaful Contact Us
Untuk Khidmat Pelanggan
E-mel kepada kami
Kunjungi
kami
Buat tuntutan
Great Eastern Takaful Logo