Great Eastern Takaful Logo
Pilih negara dan bahasa anda
Malaysia (Takaful)
Malaysia
Singapore
Indonesia
Brunei
Myanmar
Great Eastern Takaful Logo

Mulakan Gaya Hidup Sihat Dengan 4 Langkah Mudah

Kongsi
4 langkah mudah gaya hidup sihat - Great Eastern Takaful

Semua orang impikan memiliki sebuah gaya hidup sihat, namun untuk membuat perubahan bukanlah satu perkara yang mudah. Membuang tabiat buruk dan menggantikannya dengan tabiat baik merupakan satu tugas yang amat mencabar. Ramai yang putus asa di tengah jalan.

Untuk memulakan gaya hidup sihat, anda perlu melihat kepada pelbagai aspek seperti penjagaan makanan, kesihatan mental dan senaman fizikal. Asasnya ramai dah tahu, tetapi kenapa masih ramai yang gagal?

Salah satu puncanya adalah membuat perubahan pada kadar terlalu mendadak. Sebelum ni tak pernah bersukan, bila terfikir nak berubah terus lari 5KM. Kesudahannya badan sakit 2-3 hari, kemudian rasa malas nak buat dah.

Perubahan mendadak ini mungkin boleh tahan dalam 1-2 minggu, tapi selepas itu kita akan penat dan putus asa. Buat perubahan gaya hidup sikit demi sikit mengikut tahap keselesaan anda, yang paling penting adalah gaya hidup sihat ini berkekalan sampai ke hujung hayat kita.

Mari mulakan gaya hidup dengan 4 langkah ini.
 

  1. Kawal Pemakanan

    Antara kesilapan bila nak ubah gaya pemakanan adalah mengikuti tips-tips diet yang melampau untuk turunkan berat badan dengan pantas tetapi bila dah habis diet, berat naik semula melebihi paras sebelum diet.

    Gaya pemakanan sihat adalah menyedari apa yang masuk ke mulut anda, bukan makan mengikut apa yang nafsu anda mahu. Adakah ini bermakna kita tidak boleh lagi makan donut, kek atau makanan segera? Tidak, kuncinya adalah kawal, makanan-makanan tidak berkhasiat ini kita makan untuk waktu tertentu sahaja seperti sambutan hari jadi atau sebagai ganjaran setelah mencapai sesuatu. Dan makanlah berpada-pada.

    Salah satu cara mudah untuk mengawal pemakanan adalah menggunakan konsep Pinggan Sihat Malaysia #sukuksukuseparuh yang disarankan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Anda masih boleh makan nasi, tapi dalam kuantiti yang terkawal. 2 perkara anda perlu ingat dalam pemakanan sihat adalah sedar dan kawal.
4 langkah gaya hidup sihat - Great Eastern Takaful
  1. Banyakkan Aktiviti Fizikal

    Kebanyakan pekerjaan zaman sekarang tidak memerlukan pergerakan fizikal yang        banyak, sehari 7-8 jam duduk sahaja di depan komputer. Sebelum mulakan aktiviti        senaman berkala, cuba dahulu untuk menjadi lebih aktif dengan 5 cadangan di bawah.
    • Jalan kaki untuk perjalanan yang dekat (bawah 1km) 
    • Gunakan tangga berbanding lif 
    • Parkir kereta jauh daripada ofis
    • Regangkan badan selama 10 minit bagi setiap 1 jam 
    • Rajinkan buat kerja rumah (menyapu, mengemop) 


Untuk aktiviti senaman, cari aktiviti yang paling sesuai dengan diri anda, anda boleh menari, yoga, berlari, lompat tali atau bermain bola. Lakukan minima 3 kali seminggu, 30 minit setiap sesi. Senaman bukan sahaja membantu mengurangkan berat badan dan mencegah penyakit, ia juga mampu meningkatkan tenaga dan menjadikan anda lebih gembira dengan penghasilan hormon dopamin, adrenalin dan endorfin.“Akal yang cerdas terletak pada badan yang cergas”- Pepatah Arab.
 

4 langkah gaya hidup sihat - Great Eastern Takaful
  1. Jaga Kesihatan Mental

    Tiada gunanya jika badan sahaja sihat tetapi mental kita tertekan. Dengan tekanan di tempat kerja dan penat menempuh kesesakan jalan raya, generasi hari ini lebih mudah mendapatkan tekanan mental. Kita akan rasa hidup ini sekadar kerja, makan dan tidur, sedangkan ia lebih daripada itu.

    Ini beberapa aktiviti untuk menjaga kesihatan mental:
    • Kajian telah membuktikan meditasi mampu mengawal tekanan dan kerisauan. Bagi yang Muslim, ibadah solat dan doa juga adalah salah satu bentuk meditasi. Ketika solat kita ibarat terpisah sebentar daripada dunia, lupakan seketika semua masalah, ia adalah masa kita dengan Tuhan. Kemudian luahkan semuanya dalam doa anda.

    • Belajar kemahiran baru atau mulakan hobi baru bagi memastikan minda anda sentiasa muda dan aktif. Anda boleh mula menulis, melukis, berkebun atau belajar muzik. Luangkan sekitar 10-15 minit sehari pun sudah memadai.

    • Luangkan masa dengan alam sekitar. Sekali sekala kita perlu lari daripada kesibukan ibu kota. Pergilah berkelah di air terjun atau pantai, berjalan-jalan di taman awam atau mendaki bukit. Melihat kehijauan alam juga terbukti baik untuk mata anda.
       
Kesihatan mental - Great Eastern Takaful
  1. Dapatkan Tidur Yang Cukup

Tidur yang cukup adalah elemen yang sangat penting dalam membina gaya hidup yang sihat. Tidak cukup tidur akan menyebabkan otak anda sukar untuk fokus dan mudah jatuh sakit. Tetapkan waktu tidur anda, jangan hari ini tidur jam 12 malam, esoknya jam 1 pagi dan lusa jam 2 pagi. Tidur sekurangnya 6-8 jam sehari. Walau sesibuk mana pun anda, pastikan tidur anda mencukupi.

Mulakan gaya hidup sihat dengan mengubah sikit demi sikit dalam setiap aspek kehidupan. Mulakan dengan langkah kecil dan tambah baik dari semasa ke semasa. Ingat, ia adalah sebuah perjalanan bukannya destinasi.

Akhir sekali, bagi melengkapkan kesemuanya, anda perlulah melindungi gaya hidup sihat anda ini. Andai berlakunya musibah seperti kemalangan, sakit atau kematian, perlindungan takaful mampu menyelamatkan anda dan keluarga.

Sesihat mana pun kita, kematian itu pasti, jadi sediakan hibah takaful buat orang yang tersayang. Kita juga tidak mampu menjamin kesihatan kita pada masa akan datang, sebaik mana pun kita menjaga kesihatan, risiko sakit masih ada, ambillah kad perubatan bagi melindungi kewangan anda.

Lihat pelan Takaful Kesihatan daripada Great Eastern Takaful di https://www.greateasterntakaful.com/bm/penyelesaian-takaful/produk-kami/perlindungan-kesihatan.html

Sumber:

Kembali ke atas
Perlu bantuan?
Great Eastern Takaful Contact Us
Untuk Khidmat Pelanggan
E-mel kepada kami
Kunjungi
kami
Buat tuntutan
Great Eastern Takaful Logo