Great Eastern Takaful Logo
Pilih negara dan bahasa anda
Malaysia (Takaful)
Malaysia
Singapore
Indonesia
Brunei
Great Eastern Takaful Logo

5 perkara penting anda perlu tahu sebelum memilih kad perubatan

Kongsi
5 Perkara Penting Sebelum Pilih Kad Perubatan - Great Eastern Takaful

Majoriti masyarakat hari ini menyedari akan kepentingan memiliki kad perubatan. Terdapat pelbagai pakej kad perubatan dalam pasaran, jadi, bagaimana kita sebagai pelanggan memilih pakej terbaik? Jika kita ingin membeli kereta, kita boleh membandingkan teknologi, kuasa enjin dan ciri keselamatan. Jika ingin membeli komputer pula kita boleh membandingkan kelajuan, reka bentuk dan cipnya. Jika ingin mengambil kad perubatan, apakah perkara penting untuk membuat perbandingan?

Lazimnya, orang akan membandingkan harga dahulu, berapa caruman yang perlu dibayar setiap bulan, yang mana paling murah? Ya memang benar kita perlu mengambil pelan takaful yang sesuai dengan kemampuan kita, tetapi yang lebih utama adalah apakah manfaat yang kita perolehi. Mari kita lihat perkara-perkara penting dalam memilih kad perubatan.
 

  1. Jenis pelan kad perubatan: Stand-alone atau rider

    Kad perubatan stand-alone adalah pelan kad perubatan yang kendiri, bermakna pelan tersebut hanya memberikan manfaat perlindungan perubatan sahaja tanpa perlindungan lain seperti kematian. Kadar caruman stand-alone adalah lebih murah berbanding pakej rider di peringkat awal penyertaan, tetapi anda perlu ingat, caruman pakej stand-alone akan meningkat mengikut jadual umur, biasanya meningkat setiap 4-5 tahun.

    Manakala pelan rider pula adalah sebahagian daripada pakej perlindungan yang merangkumi perlindungan asas, perlindungan perubatan, dan pelaburan. Atau yang biasa anda dengar, pelan 3 dalam 1. Kelebihan pelan rider adalah di bawah satu caruman anda tidak hanya dilindungi dengan pelan perubatan, tetapi dengan pelbagai manfaat lain yang anda pilih bersama denagan simpanan. Caruman untuk pelan rider pada awalnya akan nampak lebih mahal sedikit dibandingkan dengan stand-alone kerana ia dipakejkan dengan manfaat-manfaat lain, walaubagaimanapun, kebayakan caruman pelan rider adalah tetap dan tidak meningkat mengikut jadual umur. Selain itu, pelan rider juga anda mempunyai tabung tunai, yang mana ia boleh dikeluarkan untuk kegunaan peribadi pada masa hadapan, dan kemungkinan untuk sijil luput disebabkan terlepas atau terlewat bayar adalah rendah, kerana tabung ini akan menampung bayaran caruman bulanan sekiranya anda tidak membayarnya.

    Untuk kedua-dua jenis pelan perubatan, apabila berlakunya semakan semula kadar caruman (“Re-pricing”), kemungkinan anda perlu menambah caruman pelan anda.
kad perubatan - Great Eastern Takaful
  1. Had tahunan

    Had tahunan bermaksud had maksimum manfaat perubatan yang boleh dituntut bagi satu-satu tahun. Contohnya had maksimum kad perubatan adalah RM200,000, anda hanya boleh menuntut maksimum RM200,000 sahaja bagi menampung kos rawatan anda pada tahun tersebut, sekiranya kos rawatan melebihi RM200,000, anda perlu membayar lebihannya menggunakan wang anda sendiri. Cuba lihat contoh di bawah:

    Had tahunan: RM200,000

    Kos rawatan bagi tahun pertama adalah RM250,000, ini bermakna RM200,000 akan ditanggung di bawah kad perubatan dan anda perlu mengeluarkan RM50,000 daripada poket anda sendiri.

    Pada tahun kedua, kos rawatan adalah RM200,000, ini bermakna anda tidak perlu mengeluarkan wang sendiri pada tahun kedua kerana ianya tidak melebihi had tahunan.
     
  1. Had seumur hidup

    Had seumur hidup adalah had maksimum manfaat perubatan selagi mana sijil masih berkuat kuasa. Contohnya, had seumur hidup adalah RM1,000,000. Jika dalam tempoh 5 tahun anda telah menggunakan RM1,000,000 bagi menampung kos rawatan, maka sijil akan tamat secara automatik. Bermakna anda tidak boleh lagi menggunakan kad perubatan tersebut. Andaian kad perubatan dengan had tahunan RM200,000 dan had seumur hidup RM1,000,000.
Tahun Kos Rawatan Baki Had Seumur Hidup
1 RM200,000 RM1,000,000
2 RM800,000
3 RM600,000
4 RM400,000
5 RM200,000
6 Sijil tamat

Had tahunan atau had seumur hidup yang lebih penting? Kebiasaannya, jarang orang sakit berterusan selama bertahun-tahun. Anda juga perlu tahu bahawa inflasi perubatan agak tinggi iaitu sekitar 10% setahun. Kos rawatan bernilai RM50,000 hari ini akan meningkat kepada RM330,000 20 tahun akan datang dengan kadar inflasi 10%!

Jadi, lebih penting untuk memilih had seumur hidup yang tiada limit atau lebih tinggi berbanding had tahunan sahaja yang tinggi.
 

  1. Harga bilik dan penginapan

    Setiap kad perubatan akan memperuntukkan berapa had harga bilik penginapan hospital. Jika anda memilih pelan dengan harga bilik RM200, anda layak untuk tinggal di bilik yang berharga tidak lebih RM200 satu malam, tidak kira bilik kongsi atau berasingan selagi mana tidak melebihi RM200. Jika anda memilih untuk menginap di bilik yang lebih mahal, anda perlu menanggung sendiri lebihan tersebut. Sekiranya pelan perubatan anda mempunyai ko-takaful, anda perlu membayar sebahagian daripada jumlah bil hospital berdasarkan peratusan ko-takaful anda.
     
Jenis bilik akan diperuntukkan mengikut faedah kad perubatan jika dimasukkan ke hospital
  1. Elaun tunai harian

    Elaun ini diberikan sekiranya pencarum dimasukkan ke dalam wad. Ia dibayar berdasarkan jumlah hari anda menginap di dalam wad. Elaun Tunai Harian boleh juga digunakan menampung kos tambahan semasa penghospitalan, contohnya untuk membayar seorang pembantu untuk menjaga anak anda di rumah atau membayar kos perjalanan ulang-alik ke hospital.

    Walau bagaimanapun, manfaat elaun tunai kebiasaannya adalah manfaat tambahan, anda boleh memilih untuk ambil atau tidak.

    Jika anda bekerja sendiri atau berniaga, manfaat elaun tunai penting bagi anda untuk bertindak sebagai pengganti pendapatan. Jika anda makan gaji, mungkin manfaat ini tidak begitu penting untuk anda.
     

Kesimpulan

Pilihlah kad perubatan yang paling sesuai dengan keperluan dan kemampuan diri masing-masing. Yang paling penting, janganlah membuat perbandingan terlalu lama sehinggakan ‘quotation’ hanya kekal sebagai ‘quotation sahaja’.

Anda perlukan bantuan untuk memilih kad perubatan? Jangan bimbang, Perunding Takaful kami boleh membantu. Atau anda boleh lihat terus pakej kad perubatan yang ditawarkan oleh Great Eastern Takaful.

Kembali ke atas
Perlu bantuan?
Great Eastern Takaful Contact Us
Untuk Khidmat Pelanggan
E-mel kepada kami
Kunjungi
kami
Buat tuntutan
Great Eastern Takaful Logo