Great Eastern Takaful Logo
Pilih negara dan bahasa anda
Malaysia (Takaful)
Malaysia
Singapore
Indonesia
Brunei
Great Eastern Takaful Logo

Tanggungjawab Sosial Korporat

Infaq Pek Iftar


Infaq Pek Iftar untuk keluarga pesakit kanser

Bagi memenuhi tanggungjawab sosial korporat Great Eastern Takaful, kami telah mengunjungi Ronald McDonald House (RMH) di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) baru-baru ini dengan kerjasama Khadijah International Wakaf (L) Yayasan (KIWF) untuk mengedarkan pek makanan Infaq Pek Iftar kepada 14 keluarga yang menetap di RMH.

Great Eastern Takaful Berhad diwakili oleh Ketua Pegawai Eksekutif Shahrul Azlan Shahriman dan Ketua Pemasaran Nurul Sheila Khalib sementara KIWF diwakili oleh Hajjah Rohani Mohd Shahir.

Selepas taklimat dari Pembantu Kesihatan Raja Siti Nuraini Raja Zahri mengenai RMH, pegawai-pegawai GETB menemui salah seorang ibu tunggal dan anak perempuannya yang berusia 7 tahun dari Pahang yang sedang menunggu rawatan susulan.

Rata-rata didapati mereka yang tinggal di RMH terdiri daripada ibu bapa kepada kanak-kanak yang dimasukkan ke wad onkologi di HUKM. Sebilangan kanak-kanak telah berada di sini  sehingga 6 bulan disebabkan komplikasi penyakit yang kritikal. Majoriti dari mereka terdiri daripada golongan keluarga yang berpendapatan rendah. Selain itu, bagi kanak-kanak yang menetap jauh dari hospital juga mendapatkan tempat tinggal di sini bagi tujuan konsultasi serta rawatan susulan dan dikenakan bayaran hanya RM5 semalam.

Pada masa yang sama pihak KIWF kini sedang mengumpul dana untuk mendirikan rumah berkonsepkan RMH untuk keluarga dengan kanak-kanak yang dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur.

Infaq Pek Iftar merupakan salah satu kerjasama yang terbesar yang dijalankan oleh Majlis Ilmu Khadijah dengan kerjasama beberapa orang dermawan untuk meraih sumbangan bagi tujuan itu.

Menyumbang dua ekor lembu sempena Aidiladha


Sambutan Aidiladha bersama Kem Wardieburn

Sempena Sambutan Hari Raya Aidiladha, kami di Great Eastern Takaful menjalankan tanggungjawab sosial kami dengan berganding bahu melakukan Program khidmat masyarakat bersama penghuni Kem Wardieburn. Kami juga turut memberi sumbangan sebanyak dua ekor lembu.

Seawal jam 7.30 pagi 3 Ogos, kira-kira 10 kakitangan GETB sudah berkumpul di kem tersebut, di mana sebanyak 13 ekor lembu ditambat untuk korban. Ini kerana syarikat-syarikat lain juga turut memberi sumbangan lembu untuk tujuan korban dalam acara tersebut melalui program penajaan yang serupa.

Brigadier Jeneral Datuk Marzuki Mokhtar merasmikan acara tersebut dengan menyampaikan pisau peyembelihan kepada wakil tentera, dan dalam masa satu jam, anggota platun tentera yang berkemahiran tinggi telah melakukan upacara korban dengan serentak.

Daging lembu itu kemudian diedarkan kepada komuniti yang layak di kawasan berhampiran. Ketua Pegawai Eksekutif Great Eastern Takaful Encik Shahrul Azlan Shahriman kemudian bersarapan dengan anggota tentera, “Alhamdulillah GETB berjaya memberi sumbangan korban pada tahun ini dengan niat untuk diagihkan kepada masyarakat di Kem Wardieburn pada hari yang mulia ini. Program khidmat masyarakat dan tanggungjawab sosial seperti ini selaras dengan nilai korporat kami, iaitu untuk berkongsi dengan komuniti berdekatan kami”.

Kakitangan GETB juga menikmati makan tengahari yang disediakan oleh pihak Kem Wardieburn yang menghidangkan sup tulang dan sambal belacan, disertai dengan ulam dan nasi putih.

Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan YBhg Encik Edmund Santhara turut menjamu selera tengah hari bersama para jemputan. Khidmat komuniti ini bersesuaian dengan tujuan kami sebagai pengendali takaful: Saling Membantu Mereka Apabila Diperlukan Kerana Kita Boleh.

Hati yang Memberi


Hati yang Memberi

Pada 20 Jun,  sekumpulan wakil dari Great Eastern Takaful membuat lawatan khidmat masyarakat terhadap “keluarga” kami di Kampung Orang Asli Sg Gabong. Tujuan lawatan kami adalah untuk menjayakan program tanggung jawab sosial dan memberi sumbangan pelbagai barangan keperluan dan makanan untuk kegunaan mereka sempena bulan Ramadhan.

Sewaktu pelaksanaan PKP berlangsung, kami terpaksa menangguhkan program khidmat komuniti kami buat sementara waktu, Sebaik sahaja PKP berakhir dua bulan kemudian, kami berjaya memberikan sumbangan sebanyak 1,500kg barangan seperti beras, tepung, minyak masak, tin sardin dan barangan penjagaan diri kepada 96 keluarga di kampung berkenaan.

Ketua Pegawai Eksekutif Great Eastern Takaful Encik Shahrul Azlan Shahriman menyampaikan pakej penjagaan kepada setiap wakil komuniti keluarga.

“Anda semua telah menjadi sebahagian daripada keluarga kami sejak kami memulakan program khidmat masyarakat dan tanggungjawab sosial tiga tahun yang lalu, awalnya kami menyediakan lampu berkuasa solar, sistem pembersihan air dan mendirikan sudut bacaan untuk kanak-kanak dan belia . Kami ikhlas dalam usaha kami untuk membantu memperkasakan anda ke arah kehidupan yang lebih baik melalui program khidmat masyarakat kami."

“Apa yang penting bagi kami ialah kelangsungan, kami ingin terus menyokong anda semua,” tambah beliau.

Pada bulan Oktober tahun lepas, kami memulakan penanaman cili padi bagi mempelbagaikan sumber pendapatan mereka. Sebagai sambungan kepada projek khidmat masyarakat tersebut, kami menjemput pakar dari Jabatan Pertanian Bentong untuk berkongsi kemahiran terbaik dengan komuniti di sini.

Encik Anwar Abdul Karim, pegawai dari Jabatan tersebut, berkongsi pelbagai tip pertanian dengan penduduk di situ. Tambahan pula, beliau memberikan sumbangan percuma seperti  benih kacang panjang, sawi dan jagung kepada keluarga di sana untuk menanam di sekeliling kawasan perumahan mereka.

Encik Anwar berpesan: “Jika kita tidak berjaya pada percubaan yang pertama, cuba dan cuba lagi. Jagalah tanaman tersebut seperti mana kita menjaga diri kita sendiri."

Wakil dari mySalam juga telah memberikan sumbangan kepada individu yang layak menerima skim perlindungan Takaful kerajaan yang mengemukakan tuntutan setelah mereka dimasukkan ke hospital baru-baru ini.

Kami berasa amat bersyukur atas sokongan dan kasih sayang dari keluarga Great Eastern, yang banyak memberi sumbangan barang keperluan untuk komuniti di Kampung Orang Asli Sg Gabong sehingga kami mempunyai lebih daripada cukup untuk kegunaan harian.

Tindakan mereka merupakan perkara yang sangat bermakna dari pelbagai sudut – malah apa yang penting, ia memastikan kelangsungan program tanggungjawab sosial kami kepada komuniti ini.

Menggembur tanah dalam menuju kejayaan bersama

Menggembur tanah dalam menuju kejayaan bersama

Penduduk di bandar sudah mula berehat di penghujung tahun ini, tetapi komuniti di Kampung Orang Asli Sg Gabong pula akan sibuk menjaga pokok cili mereka untuk beberapa bulan akan datang.

Program khidmat masyarakat dan keusahawanan ini menandakan penutup bagi aktiviti tanggungjawab sosial korporat Great Eastern Takaful bagi tahun 2019, dimana 40 sukarelawan daripada GETB, disertai juga pelajar-pelajar Universiti Malaya, bagi membantu 20 keluarga Orang Asli menanam 2,288 pokok cili di halaman rumah mereka pada 26 Oktober.

Projek khidmat masyarakat dan tanggungjawab sosial ini adalah sebahagian daripada visi kami untuk mencapai kejayaan bersama untuk semua serta meningkatkan gaya hidup mereka.

Sukarelawan bersama-sama keluarga melakukan program khidmat masyarakat dan tanggungjawab sosial dengan menggembur tanah dan menanam pokok cili pada pagi hari tersebut, ada yang pakar dan ada juga yang meraih pengalaman baru dalam kerja-kerja berkebun ini, tetapi secara keseluruhan, pengalaman tersebut adalah sangat memanfaatkan dan memuaskan untuk semua. Terdapat juga kanak-kanak yang turut membantu menggali menggunakan penyodok dengan gigih sekali tanpa menghiraukan cuaca panas atau serangga.

Apabila pokok-pokok matang nanti, GETB akan membantu keluarga-keluarga ini dengan membawa hasil mereka ke pasaran, dan memberikan khidmat komuniti dengan memberi nasihat kepada mereka berkenaan dengan kesedaran kewangan agar dapat memupuk usahawan baru ini melabur semula hasil mereka untuk keuntungan yang lebih baik pada masa akan datang. Pokok mengkuang juga disediakan kepada orang kampung untuk ditanam pada masa hadapan.

GETB juga turut memberi sumbangan makanan dan minuman serta pakaian terpakai kepada komuniti Orang Asli hasil daripada kutipan di kalangan pekerja.

Penglipur Lara Diserikan Tuanku Zara Salim di Kampung Orang Asli Sungai Gabong


Penglipur lara diserikan Tuanku

Kanak-kanak Kampung Orang Asli Sungai Gabong telah menerima kunjungan kehormat apabila Duli Yang Maha Mulia Raja Permaisuri Perak Tuanku Zara Salim telah berkenan berangkat menyaksikan pertandingan bercerita yang merupakan program khidmat masyarakat dan tanggungjawab sosial korporat Great Eastern Takaful di Pusat Kreatif Kanak-Kanak Tuanku Bainun pada 7 September 2019.

Seramai 100 tetamu terdiri daripada ahli keluarga kanak-kanak dan kakitangan Great Eastern Takaful turut berada di pertandingan bercerita tersebut yang disertai 11 kanak-kanak berumur 8 hingga 16 tahun berasal daripada komuniti Orang Asli.

Ada peserta yang malu-malu, ada yang berani dan ekspresif, ada yang menghias muka dengan lukisan, ada juga yang berhias dengan bulu pelepah dan sayap untuk mendalami watak yang diceritakan. Semua kanak-kanak berjaya memikat dan mencuit hati para hadirin yang ketawa pada beberapa waktu tertentu sepanjang pertandingan.

Turut hadir memeriahkan program khidmat masyarakat dan tanggungjawab sosial ini ialah para juri yang dihormati – Ketua Pembelajaran & Biasiswa Yayasan Hasanah, Dr Nur Anuar Abdul Muthalib, Penyunting Berita New Straits Times, Faridul Anwar Farinordin dan Ketua Penjenamaan & Komunikasi Pemasaran GETB, Tengku Sheila Tengku Azib.

Pemenang bagi pertandingan bercerita kategori sekolah rendah ialah adik Nur Syazwanis Safia binti Abdul Rahman, 8 dari SK Sulaiman yang menceritakan tentang “Bangau menipu Ikan” dengan penuh keyakinan dan ekspresi.

Manakala Haslinna a/p Zaili yang berumur 14 tahun dari SMK Khai Mun telah menang bagi kategori sekolah menengah bagi penceritaannya berkenaan “Semut dan Merpati”.

Setelah tamat pertandingan bercerita, para wanita telah dijemput ke bengkel pemerkasaan diri, di mana mereka diajar untuk menjahit sulaman pada beg jut. Perancangan jangka panjang bagi program khidmat komuniti dan tanggungjawab sosial ini adalah untuk membantu wanita-wanita Kampung Orang Asli Sungai Gabong menjana sedikit duit poket daripada peluang perniagaan ini.

Pihak kami benar-benar komited dalam membantu mereka yang memerlukan panduan ke arah kestabilan ekonomi demi kemajuan negara bersama. Hal ini menepati tujuan kami iaitu, Saling Membantu Mereka Yang Memerlukan. Kerana Kita Boleh.

Dah ada lampu dan air

Pada 13 April, hampir 50 orang sukarelawan daripada Great Eastern Takaful Berhad melaksanakan aktiviti khidmat masyarakat yang mesra dipanggil Tanggungjawab Sosial Korporat di Kampung Orang Asli Sg Gabong di Bentong, Pahang, yang mempunyai seramai 400 orang penduduk.

Aktiviti ini adalah susulan dari aktiviti khidmat masyarakat dan tanggungjawab sosial yang diadakan sebelum ini, yang mana sukarelawan memasang lampu berkuasa solar di 15 buah rumah dan dua buah sistem pembersihan air di kampung tersebut.

Kali ini, sukarelawan memasang lampu berkuasa solar di 5 buah lagi rumah, menyediakan sudut bacaan dengan pelbagai sumbangan buku yang sesuai untuk kanak-kanak dan belia, dan juga melaksanakan projek kebersihan mulut dan tangan untuk anak-anak kecil.

Di samping itu, kira-kira 80 orang kanak-kanak menerima sumbangan sebiji lampu bacaan setiap seorang untuk membantu mereka mengulangkaji pelajaran dan membuat kerja sekolah pada waktu malam.

Selain daripada itu, GETB juga memberi sumbangan barang-barang keperluan kepada 20 buah keluarga dan juga menyebarkan maklumat tentang program perlindungan kesihatan mySalam, suatu inisiatif kerajaan untuk membantu dan memberi sumbangan kepada golongan yang memerlukan.

Untuk memastikan komuniti di sini mendapat manfaat daripada bantuan dan perhatian yang ditumpukan kepada mereka, GETB akan terus berikhtiar untuk menjaga dan memenuhi keperluan komuniti ini melalui program khidmat masyarakat untuk jangka masa panjang, setelah memulakan projek tanggungjawab sosial ini tahun lepas.

Lebih banyak aktiviti telah dicadangkan untuk tahun 2019, termasuk program tanggungjawab sosial memperkasakan kaum wanita.

Muat lagi
Kembali ke atas
Perlu bantuan?
Great Eastern Takaful Contact Us
Untuk Khidmat Pelanggan
E-mel kepada kami
Kunjungi
kami
Buat tuntutan
Great Eastern Takaful Logo