Great Eastern Takaful Malaysia logo
Pilih negara dan bahasa anda
Malaysia (Takaful)
Malaysia
Singapore
Indonesia
Brunei
Myanmar
Great Eastern Takaful Malaysia logo

Tanggungjawab Sosial Korporat

Menyumbang dua ekor lembu sempena Aidiladha


Sambutan Aidiladha bersama Kem Wardieburn

Sambutan Hari Raya Aidiladha lebih bermakna, apabila kami berganding bahu bersama Kem Wardieburn dengan meyumbangkan dua ekor lembu.

Seawal jam 7.30 pagi 3 Ogos, kira-kira 10 kakitangan GETB sudah berkumpul di kem tersebut, dimana sebanyak 13 ekor lembu ditambat untuk korban. Ini kerana syarikat-syarikat lain juga turut menyumbang dalam acara tersebut melalui program penajaan yang serupa.

Brigadier Jeneral Datuk Marzuki Mokhtar merasmikan acara tersebut dengan menyampaikan pisau peyembelihan kepada wakil tentera, dan dalam masa satu jam, anggota platun tentera yang berkemahiran tinggi telah melakukan upacara korban dengan serentak.

Daging lembu itu kemudian diedarkan dengan kepada komuniti yang layak di kawasan berhampiran. Ketua Pegawai Eksekutif Great Eastern Takaful Encik Shahrul Azlan Shahriman kemudian bersarapan dengan anggota tentera, “Alhamdulillah GETB berjaya menyumbang qurban tahun ini dengan niat untuk memberikan kepada masyarakat di Kem Wardieburn pada hari yang mulia ini. Aktiviti seperti ini selaras dengan nilai korporat kami, iaitu untuk berkongsi dengan komuniti berdekatan kami”.

Kakitangan GETB juga menikmati makan tengahari yang disediakan oleh pihak Kem Wardieburn yang menghidangkan, sup tulang dan sambal belacan, disertai dengan ulam dan nasi putih.

Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan YBhg Encik Edmund Santhara turut menjamu selera tengah hari bersama para jemputan. Acara ini sangat sesuai dengan tujuan kami sebagai pengendali takaful: Saling Membantu Mereka Apabila Diperlukan Kerana Kita Boleh.

 

Hati yang Memberi

 

Hati yang memberi

Pada 20 Jun,  sekumpulan wakil dari Great Eastern Takaful melawat “keluarga” kami di Kampung Orang Asli Sg Gabong untuk menyumbangkan pelbagai barangan keperluan dan makanan yang ditujukan untuk mereka untuk bulan puasa.

Apabila pelaksanaan PKP berlansung, kami terpaksa menangguhkan  program kami, manakala  setelah dua bulan kemudian, kami berjaya memberikan sumbangan sebanyak 1,500kg barangan seperti beras, tepung, minyak masak, tin sardin dan barangan penjagaan diri kepada 96 keluarga di sana.

Ketua Pegawai Eksekutif Great Eastern Takaful Encik Shahrul Azlan Shahriman menyampaikan pakej penjagaan kepada setiap wakil komuniti keluarga.

“Anda semua telah menjadi sebahagian daripada keluarga kami sejak kami memulakan program CSR tiga tahun yang lalu, awalnya kami menyediakan lampu  berkuasa solar, sistem pembersihan air dan mendirikan sudut bacaan untuk kanak-kanak dan belia . Kami ikhlas dalam usaha kami untuk membantu memperkasakan anda ke arah kehidupan yang lebih baik."

“Apa yang penting bagi kami ialah  kelangsungan, kami ingin terus menyokong anda semua,” tambah beliau.

Pada bulan Oktober tahun lepas, kami memulakan penanaman cili padi bagi mempelbagaikan sumber pendapatan mereka. Sebagai sambungan kepada projek tersebut, kami menjemput pakar dari Jabatan Pertanian Bentong untuk berkongsi kemahiran terbaik dengan komuniti di sini.

Encik Anwar Abdul Karim, pegawai dari Jabatan tersebut, berkongsi pelbagai tips pertanian dengan penduduk di situ. Tambahan pula, beliau memberikan sumbangan percuma seperti  benih kacang panjang, sawi dan jagung kepada keluarga di sana untuk menanam di sekeliling kawasan perumahan mereka.

Encik Anwar berpesan: “Jika kita tidak berjaya pada percubaan yang pertama, cuba dan cuba lagi. Jagalah tanaman tersebut seperti mana kita menjaga diri kita sendiri."

Wakil dari mySalam juga telah memberikan bantuan kepada individu yang layak menerima skim perlindungan Takaful kerajaan yang mengemukakan tuntutan setelah mereka dimasukkan ke hospital baru-baru ini.

Kami berasa amat bersyukur atas sokongan dan kasih sayang dari keluarga Great Eastern, yang banyak menderma barang keperluan untuk komuniti di Kampung Orang Asli Sg Gabong sehingga kami mengutip lebih daripada cukup.

Perbuatan mereka ialah suatu perkara yang sangat bermakna dari pelbagai sudut – malah apa yang penting, ia memastikan kelangsungan program CSR kami kepada komuniti ini.

Menggembur tanah dalam menuju kejayaan bersama

Menggembur tanah dalam menuju kejayaan bersama

Penduduk di bandar sudah mula rehat di penghujung tahun ini, tetapi komuniti di Kampung Orang Asli Sg Gabong akan sibuk menjaga pokok cili mereka untuk beberapa bulan akan datang.

Aktiviti keusahawanan ini menandakan penutup bagi aktiviti CSR bagi tahun 2019, dimana 40 sukarelawan daripada GETB, disertai juga pelajar-pelajar University Malaya, dalam membantu 20 keluarga Orang Asli menanam 2,288 pokok cili di halaman rumah mereka pada 26 Oktober.

Projek ini adalah sebahagian daripada visi kami untuk mencapai kejayaan bersama untuk semua serta meningkatkat gaya hidup mereka.

Sukarelawan bersama-sama keluarga menggembur tanah dan menanam pokok cili pada pagi hari tersebut, ada yang pakar dan ada juga yang meraih pengalaman baru dalam kerja-kerja berkebun ini, tetapi secara keseluruhan, pengalaman tersebut adalah sangat memamfaatkan dan memuaskan untuk semua. Terdapat juga kanak-kanak yang turut membantu menggali menggunakan penyodok dengan gigih sekali tanpa merisaukan cuaca panas atau serangga.

Apabila pokok-pokok matang, GETB akan membantu keluarga-keluarga ini dengan membawa hasil mereka ke pasaran, dan menasihati mereka berkenaan dengan kesedaran kewangan agar dapat memupuk usahawan baru ini melabur semula hasil mereka untuk keuntungan yang lebih baik pada masa akan datang. Pokok mengkuang juga disediakan kepada orang kampung untuk ditanam pada masa hadapan.

GETB juga turut menderma makanan dan minuman serta pakaian terpakai kepada komuniti Orang Asli hasil daripada kutipan dalam kalangan pekerja.

Penglipur Lara Diserikan Tuanku Zara Salim di Kampung Orang Asli Sungai Gabong

 

Penglipur lara diserikan Tuanku

Kanak-kanak Kampung Orang Asli Sungai Gabong telah menerima kunjungan kehormat apabila Duli Yang Maha Mulia Raja Permaisuri Perak Tuanku Zara Salim telah berkenan berangkat menyaksikan pertandingan bercerita di Pusat Kreatif Kanak-Kanak Tuanku Bainun pada 7 September 2019.

Seramai 100 tetamu terdiri daripada ahli keluarga kanak-kanak dan kakitangan Great Eastern Takaful turut berada di pertandingan bercerita tersebut yang disertai 11 kanak-kanak berumur 8 hingga 16 tahun berasal daripada komuniti Orang Asli.

Ada yang malu, ada yang berani dan ekspresif, ada yang menghias muka dengan lukisan, ada juga yang berhias dengan bulu pelepah dan sayap untuk mendalami watak yang diceritakan. Semua kanak-kanak berjaya memikat dan mencuit hati para hadirin yang ketawa pada beberapa waktu tertentu sepanjang pertandingan.

Turut hadir ialah para juri yang dihormati – Ketua Pembelajaran & Biasiswa Yayasan Hasanah, Dr Nur Anuar Abdul Muthalib, Penyunting Berita New Straits Times, Faridul Anwar Farinordin dan Ketua Penjenamaan & Komunikasi Pemasaran GETB, Tengku Sheila Tengku Azib.

Pemenang bagi pertandingan bercerita kategori sekolah rendah ialah adik Nur Syazwanis Safia binti Abdul Rahman, 8 dari SK Sulaiman yang menceritakan tentang “Bangau menipu Ikan” dengan penuh keyakinan dan ekspresi.

Manakala Haslinna a/p Zaili yang berumur 14 tahun dari SMK Khai Mun telah menang bagi kategori sekolah menengah bagi penceritaannya berkenaan “Semut dan Merpati”.

Setelah tamat pertandingan bercerita, para wanita telah dijemput ke bengkel pemerkasaan diri, dimana mereka diajar untuk menjahit sulaman pada beg jut. Perancangan jangka panjang bagi program ini adalah untuk menolong wanita-wanita Kampung Orang Asli Sungai Gabong menjana sedikit duit poket daripada peluang perniagaan ini.

Pihak kami benar-benar komited dalam membantu mereka yang memerlukan kearah stabil ekonomi demi kemajuan negara bersama. Hal ini menepati tujuan kami iaitu, Saling Membantu Mereka Yang Memerlukan. Kerana Kita Boleh.

CSR

Dah ada lampu dan air

Pada 13 April, hampir 50 orang sukarelawan daripada Great Eastern Takaful Berhad melaksanakan aktiviti Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) di Kampung Orang Asli Sg Gabong di Bentong, Pahang, yang mempunyai seramai 400 orang penduduk.

Ini adalah susulan dari aktiviti sebelum ini, yang mana sukarelawan memasang lampu berkuasa solar di 15 buah rumah dan dua buah sistem pembersihan air di kampung tersebut.

Kali ini, sukarelawan memasang lampu berkuasa solar di 5 buah lagi rumah, menyediakan sudut bacaan dengan pelbagai buku yang sesuai untuk kanak-kanak dan belia, dan juga melaksanakan projek kebersihan mulut dan tangan untuk anak-anak kecil.

Di samping itu, kira-kira 80 orang kanak-kanak menerima sebiji lampu bacaan setiap seorang untuk membantu mereka mengulangkaji dan membuat kerja sekolah pada waktu malam.

Selain daripada itu, GETB juga menderma barang-barang keperluan kepada 20 buah keluarga dan juga menyebarkan maklumat tentang program perlindungan kesihatan mySalam, suatu inisiatif kerajaan untuk membantu golongan yang memerlukan.

Untuk memastikan komuniti di sini mendapat manfaat daripada bantuan dan perhatian yang ditumpukan kepada mereka, GETB akan terus berikhtiar untuk menjaga dan memenuhi keperluan komuniti ini untuk jangka masa panjang, setelah memulakan projek ini tahun lepas.

Lebih banyak aktiviti dicadangkan untuk tahun 2019, termasuk program memperkasakan kaum wanita.

Muat lagi
Kembali ke atas
Perlu bantuan?
Untuk Khidmat Pelanggan
E-mel kepada kami
Kunjungi
kami
Buat tuntutan
Great Eastern Takaful Malaysia logo