Great Eastern Takaful Malaysia logo
Pilih negara dan bahasa anda
Malaysia (Takaful)
Malaysia
Great Eastern Takaful Malaysia logo

Tanggungjawab Sosial Korporat

Great Eastern Takaful Menyediakan Tenaga dan Air Bersih Di Kampung Orang Asli.

Sebagai sebahagian daripada strategi Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) Great Eastern Takaful Berhad (GETB) untuk menunjukkan impak jangka panjang dalam komuniti yang ia beroperasi, syarikat tersebut baru-baru ini telah memulakan inisiatif yang menyediakan tenaga dan air bersih pada kampung Orang Asli di Pahang.

Dengan kerjasama Saora Industries, GETB berjaya mengumpul sukarelawan yang terdiri daripada kakitangan dan ahli keluarga mereka ke Kampung Sungai Gabong dan Kampung Kepong di Bentong, Pahang untuk memasang lampu berkuasa solar dan sistem pembersihan air di kampung-kampung tersebut.

Kira-kira 60 Orang Asli tinggal di kampung-kampung ini tanpa elektrik dan air bersih yang mencukupi. Kerjasama antara kedua-dua organisasi ini menyediakan penduduk dengan keperluan asas untuk kehidupan yang lebih selamat dan sihat. Di samping itu, syarikat tersebut juga turut mengadakan aktiviti menderma barang-barang keperluan, termasuk pakaian serta bekalan sekolah dan kemudahan asas lain.

Inisiatif CSR ini hanyalah titik permulaan untuk GETB setelah ia beraleh tumpuan strategik jangka panjangnya kepada kemampanan global dan ingin memastikan penekanan yang lebih besar dari segi alam sekitar, sosial dan ekonomi. Kempen CSR ini akan dijalankan sepanjang tahun dengan Saora Industries menyediakan laporan kepada GETB untuk menilai impak.

"Kami amat teruja kerana diberi peluang mengendali inisiatif ini untuk penduduk-penduduk kampung. Dengan pengalaman ini, kami dapat menyaksikan keadaan kehidupan sebenar mereka dan ia memberi kesedaran kepada kami semua. Mereka benar-benar kekurangan keperluan asas kehidupan. Saya fikir ini adalah peluang yang terbaik untuk kami memasangkan sistem lampu solar dan air untuk mereka. Insya'Allah, kami dapat terus melakukan yang lebih baik untuk mereka pada masa hadapan.", kata En. Shahrul Azlan Shahriman, Ketua Pegawai Eksekutif.

Sebagai objektif tambahan, GETB tidak menghadkan diri mereka untuk menyediakan tenaga dan air bersih kepada kampung-kampung ini sahaja. "Inisiatif seperti ini adalah jangka masa panjang dan terdapat pelbagai cara untuk membantu komuniti ini. Kerjasama dengan Saora masih di peringkat awal tetapi kami sudah mula membincangkan cara-cara di mana kami boleh menampung pembangunan masyarakat Orang Asli supaya mereka dapat mengekalkan diri.", tambah En. Shahrul.

Rancangan untuk meninjau kampung Orang Asli yang lain di negara ini juga akan dipertimbangkan pada masa akan datang. Untuk foto aktiviti CSR, sila layari laman Facebook GETB.

Muat lagi
Kembali ke atas
Perlu bantuan?
Untuk Khidmat Pelanggan
E-mel kepada kami
Kunjungi
kami
Buat tuntutan
Great Eastern Takaful Malaysia logo