Great Eastern Takaful Logo
Pilih negara dan bahasa anda
Malaysia (Takaful)
Malaysia
Singapore
Indonesia
Brunei
Great Eastern Takaful Logo

Program GREAT Aidiladha 2024

Kelab Groovy Great Eastern Takaful: Kami Prihatin!

Bersempena sambutan Hari Raya Aidiladha, Great Eastern Takaful sekali lagi mengambil bahagian dalam Program Kembara Korban, yang merupakan satu aktiviti qurban berskala besar anjuran Yayasan Budi Ihsan Malaysia (YBIM). Great Eastern Takaful telah menyumbangkan sebanyak dua ekor lembu untuk program ini dan daging qurban tersebut akan diedarkan kepada masyarakat yang kurang bernasib baik. Usaha ini menekankan komitmen berterusan GETB untuk membantu mereka yang memerlukan dan memupuk kesejahteraan dalam kalangan komuniti.

Majlis penyerahan telah diadakan di pejabat YBIM, di mana wakil daripada Great Eastern Takaful menyerahkan sejumlah sumbangan untuk melaksanakan ibadah qurban ini. Untuk memastikan kesegaran daging, ia akan dibekukan terlebih dahulu sebelum diedarkan. Pendekatan teliti ini bukan sahaja dapat memastikan penerima mendapat daging yang berkualiti tinggi, malah, ia juga memperkukuhkan komitmen Great Eastern Takaful dalam memberikan khidmat terbaik kepada masyarakat.

Melalui inisiatif GET-Care di bawah prinsip tanggungjawab sosial korporatnya, Great Eastern Takaful akan terus kekal berdedikasi untuk Mencapai Kejayaan dan serta memberi impak yang positif di samping memenuhi tuntutan agama.

Kembali ke atas
Perlu bantuan?
Great Eastern Takaful Contact Us
Untuk Khidmat Pelanggan
E-mel kepada kami
Kunjungi
kami
Buat tuntutan
Great Eastern Takaful Logo

Ahli PIDM

TIPS Brochure PIDM