Kejayaan lebih bermakna apabila ia dicapai hasil kerjasama. Sama ada bersama rakan kerja, ahli keluarga atau sahabat, kita akan mendapat kecekalan mental untuk mencapai kejayaan yang lebih tinggi bersama. Prinsip inilah yang menjadi asas Takaful. Ianya dipanggil muafakat bersama, saling membantu mereka yang memerlukan untuk kebaikan semua. Di Great Eastern Takaful, kami menggelarnya Berjaya Bersama dan ia bukan sahaja untuk pelanggan malah merangkumi tenaga kerja dan rakan niaga kami.
Untuk Pelanggan Kami
Para pelanggan adalah keutamaan kami. Oleh itu, kami mengambil semua langkah kritikal untuk memahami bukan sahaja keperluan perlindungan mereka tetapi juga aspirasi kewangan mereka yang membolehkan kami menyediakan produk dan khidmat untuk tujuan tersebut. Ketenangan minda dan kebajikan kewangan mereka adalah asas perniagaan kami.
Untuk Rakan Niaga Kami
Sama juga dengan hubungan yang kami bina dengan rakan niaga kami yang membolehkan akses yang lebih mendalam kepada produk dan khidmat kami. ianya membolehkan rakan-rakan niaga kami menjadi pusat sehenti bagi penyelesaian kewangan pelanggan mereka. Kami yakin ini akan menyumbang kepada cita-cita negara dalam rangkuman kewangan serta memastikan lebih ramai rakyat Malaysia dilindungi sebaiknya.
Untuk Tenaga Kerja Kami
Sememangnya Berjaya Bersama dicontohi oleh tenaga kerja kami. Bekerja sebagai sebuah keluarga membantu kami menghormati antara satu sama lain. Melalui tindakan afirmatif kerja berpasukan dan komitmen jujur terhadap satu sama lain, pelanggan dan pemegang amanah kami, GETB terus berusaha untuk memenuhi aspirasi pelanggan dalam mencapai ketenanga minda dan kebajikan kewangan.
Great Eastern Takaful di dalam tahun ke-sepuluhnya telah berjaya mengembangkan pelbagai produk penyelesaian Takaful. Setelah berjaya menempa nama dengan memenangi pelbagai anugerah di dalam industri Takaful, Great Eastern Takaful benar-benar mencapai matlmat Berjaya Bersama ini.
Berjaya Bersama adalah mengenai kehendak kami untuk bersama pelanggan serta pemegang amanah kami. Kami sentiasa mahu berada bersama pelanggan kami di setiap peringkat. Kami mahu berada bersama ketika mereka masih bayi lagi sehingga dewasa dan seterusnya persaraan. Kami mahukan tema yang mencerminkan berdiri teguh bersama, saling membantu, yang dapat merangkumi asas Great Eastern Takaful Berhad dan lahirlah Berjaya Bersama.
Tontoni video Berjaya Bersama di sini.