21 Julai 2021 – Selari dengan konsep Takaful, iaitu saling membantu antara satu sama lain di kalangan peserta-peserta, Great Eastern Takaful Berhad telah mengagihkan lebihan pengunderaitan dan hasil keuntungan pelaburan dari dana Tabarru’ kepada pemegang sijil untuk tahun kewangan berakhir 31 Disember 2020.
Lebihan pengunderaitan yang akan dibahagikan adalah RM 27.1 juta. Para pemegang sijil Great Eastern Takaful Berhad yang layak akan menerima pembahagian lebihan penguderaitan dari dana Tabarru’, yang terdiri daripada sumbangan oleh para peserta dengan tujuan untuk membantu antara satu sama lain sekiranya berlaku musibah yang tidak diingini.
Hasil daripada keuntungan pelaburan yang akan diagihkan kepada peserta berjumlah RM 4 juta untuk tahun berakhir 31 Disember 2020. Wang ini diperoleh daripada pulangan pelaburan dana Tabarru.
Ketua Pegawai Eksekutif Great Eastern Takaful Berhad, Shahrul Azlan Shahriman berkata:
Alhamdulillah, disebalik cabaran bagi tahun ini, kami masih melakukan yang terbaik untuk pelanggan kami bukan sahaja menyediakan perlindungan kepada mereka tetapi memberikan perlindungan bersifat rohani dan juga nilai dengan pemberian lebihan pengunderaitan.
Untuk pertanyaan media, sila hubungi annjennifergomez@greateasterntakaful.com