Great Eastern Takaful Logo
Pilih negara dan bahasa anda
Malaysia (Takaful)
Malaysia
Singapore
Indonesia
Brunei
Great Eastern Takaful Logo
Takaful Keluarga
Soalan Lazim | Takaful Berkelompok | Great Eastern Takaful

  1. Apa dokumen-dokumen yang diperlukan untuk menyertai takaful?
    Anda perlu menghantar salinan KP/sijil kelahiran (bagi kanak-kanak) yang diperakui sah, borang cadangan, borang pengesahan elektronik, pencarian fakta pelanggan dan laporan sulit ejen.
     
  2. Saya sudah memiliki pelan perubatan yang sedia ada dengan Great Eastern Life Assurance Malaysia Berhad. Bolehkah saya memohon pelan perubatan dengan Great Eastern Takaful Berhad?
    Ya, anda boleh memohon.
     
  3. Adakah Great Eastern Life Assurance Malaysia Berhad akan membatalkan pelan perubatan saya jika saya memohon pelan perubatan lain dengan Great Eastern Takaful Berhad?
    Tidak.
     
  4. Bolehkah saya melantik diri sendiri sebagai pemegang amanah di bawah takaful?
    Tidak. Menjadi pemegang amanah sendiri tidak dibenarkan dalam takaful. Pemegang amanah hanya bertindak sebagai wasi dan membahagikan hasil menurut Undang-undang Faraid (peserta Islam) atau Hibah (peserta Islam dan bukan Islam).
     
  5. Bolehkah saya melantik sesiapa sahaja sebagai penama dan pemegang amanah?
    Ya. Anda boleh melantik sesiapa sahaja sebagai pemegang amanah dan penama.
     
  6. Bilakah ejen harus memberi salinan Pencarian Fakta Pelanggan (CFF) kepada pelanggan?
    Ejen harus memberi salinan CFF kepada pelanggan sebelum menghantar borang-borang cadangan, CFF dan Pengesahan Nasihat (CA) kepada Syarikat untuk mendaftarkan cadangan.
     
  7. Bolehkah bayi berumur kurang satu bulan mendapatkan perlindungan?
    Tidak. Umur kemasukan minimum adalah satu bulan.
     
  8. Bolehkah orang muflis menyertai takaful?
    Tidak.
     
  9. Bolehkah pasangan atau syarikat memohon perlindungan takaful (sebagai pencadang) bagi orang muflis?
    Tidak.
     
  10. Bolehkah wanita hamil menyertai pelan untuk manfaat kad perubatan dan hospital?
    Tidak. Kami akan mempertimbangkan permohonan hanya selepas satu bulan melahirkan anak.

  11. Siapa yang dikecualikan daripada memiliki kad perubatan? Nota: Peserta yang mempunyai masalah kesihatan adalah tertakluk kepada pengunderaitan perubatan.

    • Kanak-kanak berumur kurang satu bulan
    • Wanita hamil
  12. Apakah kaedah/kekerapan caruman yang saya boleh pilih untuk pelan sijil saya?
    Sila rujuk jadual di bawah untuk kaedah/kekerapan pembayaran yang ada
    Kaedah Caruman Kekerapan Caruman Borang & Dokumen Diperlukan
    Tahunan Setengah Tahunan Suku Tahunan Bulanan
    Kad Kredit  
    Biro Perkhidmatan Angkasa (BPA)      

    - Borang 1/79 BPA
    - Salinan kad pengenalan yang disahkan benar (CTC)
    - Salinan slip gaji terkini yang disahkan benar (CTC)

    Direct Debit Authorisation (DDA) - Borang Direct Debit Authorisation (DDA)
    GIRO (Autodebit) - Borang Auto debit: BSN, MBB, CIMB, RHB, PBB
    Arahan Bank  
    Cek    
    Tunai    

Untuk permohonan BPA/DDA/GIRO, sila lampirkan borang dan dokumen yang lengkap mengikut pilihan dengan caruman pendahuluan 2 bulan setelah dihantar.
Sesetengah kaedah caruman mungkin tidak dapat digunakan bergantung kepada jenis Pelan Takaful yang dipilih

Nota: Perkara yang tersenarai mungkin tidak lengkap dan syarikat berhak untuk meminta maklumat/dokumen lanjut.

Bagi pelanggan, sila kunjungi portal pelanggan kami di https://igetintouch.greateasterntakaful.com. Bagi ejen, sila kunjungi igreatpartner.greateasterntakaful.com atau hubungi talian kami di 1 300 13 8338.

 

Kembali ke atas


  1. Adakah Takaful ditawarkan kepada individu beragama Islam sahaja?
    Tidak, Takaful terbuka kepada semua individu tanpa mengira agama.

  2. Bagaimana cara untuk meningkatkan jumlah perlindungan?
    Anda boleh mengisi borang permohonan untuk Penyertaan/Penambahan/ Pemindaan borang Perlindungan (dilengkapkan oleh pemilik sijil).

  3. Bagaimana cara untuk mengurangkan jumlah perlindungan?
    Anda boleh mengisi borang permohonan untuk Penyertaan/Penambahan/ Pemindaan Borang Perlindungan (dilengkapkan oleh pemilik sijil).

  4. Apa yang patut dibuat jika saya mahu menukar penama(-penama) saya?
    Anda boleh mengisi borang Pelantikan/Pertukaran Penama dan Pelantikan/Pertukaran Pemegang(-pemegang) Amanah. Permohonan baru akan menggantikan permohonan yang sebelumnya/pertama.

  5. Bagaimana cara untuk menukar kaedah/kekerapan caruman?
    • Untuk kaedah caruman Kad Kredit, Arahan Bank, Cek, Tunai. Anda boleh log masuk ke i-Get In Touch untuk melakukan perubahan dengan mengikuti langkah mudah seperti yang ditunjukkan di bawah:
      Permohonan Perkhidmatan Saya > Tukar Kaedah Caruman (klik sini untuk panduan)

    • Untuk kaedah caruman Biro Perkhidmatan Angkasa (BPA), Direct Debit Authorisation (DDA), GIRO (Autodebit). Anda boleh lampirkan borang dan dokumen yang lengkap dengan caruman pendahuluan 2 bulan kepada syarikat.

    • Untuk menukar kekerapan caruman, anda boleh log masuk ke i-Get In Touch untuk melakukan perubahan dengan mengikuti langkah mudah seperti yang ditunjukkan di bawah:
      Permohonan Perkhidmatan Saya > Tukar Kekerapan Caruman (klik sini untuk panduan)

    • Sila rujuk jadual di bawah untuk kaedah/kekerapan caruman yang sedia ada
    Kaedah Caruman Kekerapan Caruman Borang & Dokumen Diperlukan
    Tahunan Setengah Tahunan Suku Tahunan Bulanan
    Kad Kredit  
    Biro Perkhidmatan Angkasa (BPA)       - Borang 1/79 BPA
    - Salinan kad pengenalan yang disahkan benar (CTC)
    - Salinan slip gaji terkini yang disahkan benar (CTC)
    Direct Debit Authorisation (DDA) - Borang Direct Debit Authorisation (DDA)
    GIRO (Autodebit) - Borang Auto debit: BSN, MBB, CIMB, RHB, PBB
    Arahan Bank  
    Cek    
    Tunai    

    Sesetengah kaedah caruman mungkin tidak tersedia, bergantung kepada jenis sijil pelan yang sedia ada

  6. Bagaimana cara untuk membuat aduan?
    Anda boleh mengunjungi halaman Khidmat Pelanggan kami untuk membuat aduan.

  7. Perlukah saya menyerahkan sijil saya sekiranya saya memutuskan untuk menukar dana pelaburan?
    Tidak. Anda hanya perlu menukar dana tetapi yuran akan dikenakan.

  8. Adakah saya layak menerima pelepasan cukai perseorangan apabila menyertai pelan takaful?
    Ya, anda layak menerima pelepasan cukai perseorangan apabila anda menyertai mana-mana pelan takaful. Bagi individu selain daripada kategori penjawat awam berpencen, pelepasan cukai untuk Takaful Keluarga adalah terhad kepada RM3,000 manakala caruman KWSP atau mana-mana skim yang diluluskan layak mendapat pelepasan terhad kepada RM4,000. Sementara itu, individu dalam kategori penjawat awam berpencen layak mendapat pelepasan cukai terhad sebanyak RM7,000 untuk caruman Takaful Keluarga. Pelan perubatan dan pendidikan juga masing-masing layak mendapat pelepasan cukai terhad sebanyak RM3,000.

    Nota: Pelepasan cukai tertakluk pada Akta Cukai Pendapatan Malaysia 1967 dan keputusan muktamad Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia.

  9. Jika saya menyerahkan atau meluputkan sijil Takaful yang sedia ada untuk menggantikannya dengan yang lain (oleh pengendali Takaful yang sama atau berlainan), adakah saya akan menanggung rugi?
    • Sijil baru biasanya memerlukan pembayaran caruman yang lebih tinggi mengikut umur anda. 
      • Anda mungkin perlu membayar caruman tambahan atau tidak diberikan perlindungan takaful jika status kesihatan anda telah berubah. 
      • Dalam kebanyakan sijil perubatan dan penyakit kritikal, tempoh menunggu (tempoh di mana sebarang tuntutan tidak akan dibayar) bersambung dari tarikh pengeluaran atau tarikh pengembalian semula sijil, yang mana lebih kemudian.
  10. Apa itu pengubahan wang haram?
    Pengubahan wang haram melibatkan urus niaga yang bertujuan untuk menyelindung sumber sebenar dana, menyelindung penempatan dana, menghapuskan sebarang jejak audit dan memperlihatkan seolah-olah dana tersebut diperoleh melalui sumber-sumber yang sah, dan mengelak cukai pendapatan.

    Nota: Untuk maklumat lanjut, anda boleh merujuk kepada Akta PencegahanPengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 (Akta 613).

  11. Apakah maksud Penarikan Balik Portfolio?
    Penarikan Balik Portfolio adalah satu klausa yang memberi hak kepada Pengendali Takaful di bawah keadaan tertentu untuk berhenti menawarkan pelan perubatan (termasuk rider) dengan memberi anda notis awal pemberitahuan bertulis.

    Apakah kesan daripada penarikan klausa ini kepada anda?
    Dengan mengeluarkan klausa ini dari sijil anda, Syarikat akan terus menawarkan perlindungan perubatan kepada anda selagi sijil anda berkuatkuasa.

    Apakah produk-produk yang terlibat?
    Nombor Nama Produk Kod Produk

    1

    i-Medik Rider*

    A410 - A414

    2

    i-Medik Plus Rider

    J1 - J3

    3

    i-Medik Xtra Rider

    J27-J30

    4

    i-Medik Xtender Rider

    J33-J37

    5

    i-Hospitalisation Benefits Rider

    A409*

    K5


    *Untuk sijil yang berkuatkuasa dari 31 Disember 2011 dan seterusnya

    Bilakah klausa penarikan balik ini berkuatkuasa?
    Klausa penarikan balik ini akan berkuatkuasa serta merta bagi setiap produk yang disebut di atas.

  12. Apakah faedah dan kelebihan e-pembayaran?

    Mudah/Selesa
    Membolehkan pembayaran dibuat/diterima di mana-mana sahaja 24 jam sehari, 7 hari seminggu, 365 hari setahun. Tidak perlu lagi perjalanan ke bank untuk mendeposit cek kerana pembayaran dikreditkan terus ke dalam akaun bank.

    Jimat kos
    Kos transaksi e-pembayaran adalah rendah berbanding dengan pengurusan cek kerana terdapat kos yang dikenakan seperti pembayaran pos dan perjalanan ke Great Eastern Takaful, bank atau pejabat pos.

    Pantas
    e-pembayaran akan menjimatkan masa anda dari menulis dan menghantar cek. Nilai bayaran akan dimasukkan ke dalam akaun penerima dalam masa 2-3 hari bekerja dari tarikh kelulusan pembayaran (tertakluk kepada masa pemprosesan bank penerima).

    Selamat
    Kaedah e-pembayaran adalah saluran pembayaran yang selamat kerana anda tidak perlu lagi membawa wang tunai.

    Adakah sebarang caj dikenakan untuk perkhidmatan e-pembayaran?
    Tiada sebarang caj akan dikenakan. Anda boleh menikmati perkhidmatan ini secara percuma.

    Adakah data peribadi saya selamat dan kekal selamat?
    Maklumat perbankan anda akan digunakan hanya untuk tujuan perkhidmatan e-pembayaran. Semua maklumat peribadi anda diuruskan mengikut Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 (IFSA 2013) dan Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (PDPA).

    Adakah saya perlu membuat permohonan e-pembayaran setiap kali saya melakukan transaksi dengan Great Eastern Takaful?
    Tidak, Anda hanya perlu membuat sekali sahaja permohonan untuk e-pembayaran. Maklmat perbankan anda akan digunakan untuk semua transaksi pembayaran untuk sijil yang sama pada masa akan datang: sehingga anda memaklumkan kepada Great Eastern Takaful untuk pembatalan kemudahan e-pembayaran ini atau anda telah mengemaskinikan maklumat perbankan yang baharu kepada Great Eastern Takaful.

    Bagaimanakah cara untuk saya menukar kaedah caruman kepada e-pembayaran?
    Klik sini untuk panduan penukaran kaedah caruman kepada e-pembayaran.

  13. Apakah Kredit Terus?
    Bagaimanakah cara memohon untuk menerima pembayaran melalui e-pembayaran?
    Anda perlu melengkapkan dan mengembalikan kepada Great Eastern Takaful, Borang Kemudahan Kredit Terus. (Klik di sini untuk memuat turun/mencetak borang).

    Apakah jenis akaun perbankan yang dibenarkan untuk e-pembayaran?
    Akaun yang dibenarkan adalah Akaun Simpanan atau Akaun Semasa dengan perkhidmatan MEPS Inter-Bank GIRO (IBG) dan anda adalah pemegang akaun utama. Kemudahan e-pembayaran tidak dapat dilaksanakan sekiranya akaun anda adalah akaun luar negara dan akaun bersama yang dimana anda bukan pemegang akaun utama.

    Bagi senarai terkini nama bank yang menyertai e-pembayaran, sila layari http://www.paynet.my/interbank-GIRO/banks-tpa.html.

    Bilakah amaun akan dikreditkan ke dalam akaun bank saya?
    Setelah transaksi sijil anda diluluskan, bayaran akan dikreditkan terus ke akaun anda di antara 2-3 hari bekerja tertakluk kepada kelulusan pemindahan wang dari pihak bank.

    Adakah saya akan dimaklumkan apabila pembayaran telah berjaya dikreditkan ke dalam akaun saya?
    Ya, anda akan menerima e-mel notifikasi apabila transaksi pembayaran telah berjaya dimasukkan ke dalam akaun bank anda dengan syarat anda telah memberikan dan mengemaskinikan alamat e-mel anda kepada Great Eastern Takaful untuk pemberitahuan e-pembayaran.

    Apakah yang akan berlaku jika transaksi e-pembayaran saya tidak berjaya?
    Sekiranya transaksi e-pembayaran anda tidak berjaya, Great Eastern Takaful akan mencuba sekali lagi kaedah e-pembayaran ataupun terus membuat pembayaran melalui cek. Antara sebab-sebab transaksi tidak berjaya ke dalam akaun bank anda mungkin disebabkan oleh nombor akaun bank yang tidak sah, akaun bank telah ditutup atau tidak aktif, nombor pengenalan yang berlainan, atau jika anda bukan pemegang akaun bank utama. Oleh itu, sila pastikan maklumat perbankan anda yang diserahkan kepada Great Eastern Takaful adalah tepat dan terkini.

    Nota:
     Perkara yang tersenarai mungkin tidak lengkap dan syarikat berhak untuk meminta maklumat/dokumen lanjut. Bagi pelanggan, sila kunjungi portal pelanggan kami di https://igetintouch.greateasterntakaful.com. Bagi ejen, sila kunjungi igreatpartner.greateasterntakaful.com atau hubungi kami di talian 1 300 13 8338.
  14. Kembali ke atas


  1. Apa itu fasal bunuh diri?
    Fasal ini mensyaratkan bahawa pembayaran tidak akan dibuat bagi kematian akibat bunuh diri, sama ada dalam keadaan siuman atau tidak, dalam tempoh satu tahun dari tarikh pengeluaran atau tarikh pengembalian semula sijil.

  2. Apa itu tempoh boleh tanding?
    Dalam tahun pertama sijil dikeluarkan, pengendali takaful berhak untuk membatalkan sijil kerana pendedahan yang tidak dibuat, tanpa perlu membuktikan kepalsuan atau penyalahtafsiran penting.

  3. Siapa yang layak untuk mengesahkan dokumen-dokumen tuntutan?
    • Pegawai Tuntutan/Cawangan
    • Pesuruhjaya Sumpah
    • Notari Awam
    • Peguam bela & Peguam cara
    • Jaksa Pendamai
    • Ahli Parlimen
    • Ketua Balai Polis
    • Penghulu
    • Pegawai Daerah

  4. Bagaimana cara membuat tuntutan kematian?
    Senarai Keperluan Tuntutan Kematian:
    • Borang Tuntutan Kematian
    • Kontrak sijil asal
    • Sijil Kematian/Permit Pengebumian
    • Akuan Berkanun (jika sijil/surat ikatan hilang atau termusnah
    • Surat ikatan penyerahan hak

    Kematian akibat Penyakit
    • Pernyataan doktor

    Kematian akibat Kemalangan
    • Borang Tuntuan Manfaat Kematian Kemalangan
    • Laporan polis/laporan Penyiasatan Polis
    • Laporan pembedahan mayat
    • Laporan toksikologi (jika berkaitan)

    Kematian Luar Negara
    • Sijil Kematian mesti mendapat pengesahan daripada Kedutaan Malaysia atau Konsulat

    Lain-lain
    • Bukti Umur Si Mati (KP/Pasport/Sijil Kelahiran)
    • Bukti Pertalian antara Si Mati & Penuntut (Sijil Perkahwinan/Sijil Kelahiran Anak)
    • Surat Pemberikuasaan/Kebenaran (dilengkapkan oleh Waris Terdekat)
    • Pemberikuasaan untuk Memungut Tuntutan(-tuntutan) Cek(-cek) Pembayaran

  5. Apa itu Aktiviti Kehidupan Harian (ADL)? 
    Aktiviti Kehidupan Harian adalah kegiatan rutin yang dijalankan untuk tujuan kebersihan diri dan kesihatan (contohnya berpakaian, makan, mobiliti, menggunakan tandas, bergerak dan membasuh) yang penting untuk kehidupan berdikari.

  6. Apa dokumen-dokumen yang diperlukan untuk tuntutan penyakit kritikal?
    Penyakit Bukti Perubatan
    Kanser Laporan histopatologi
    Strok Imbas CT/Imbas MRI
    Serangan Sakit Jantung Enzim kardium (Troponin T, CK, CKMB), ECG, laporan Ekokardiogram
    Pembedahan Pintas Arteri Koronari Laporan pembedahan pintas arteri koronari, laporan Angiogram dan laporan Ekokardiogram
    Lain-lain Penyakit Arteri Koronari Serius Laporan Angiogram dan laporan Ekokardiogram
    Kegagalan Ginjal Laporan dialisis, Ultrabunyi atau laporan Imbas CT, Ujian fungsi renal, Urinalisis
    Tumor Otak Benigna Laporan histopatologi atau Imbas CT/ laporan MRI
    Pembedahan Otak Kraniotomi/ laporan pembedahan otak, laporan Imbas CT

  7. Apa sebab-sebab lazim pengendali takaful menolak tuntutan?
    • Tidak membuat pendedahan penting
    • Sijil tidak berkuatkuasa
    • Luput setelah tempoh tangguh (biasanya dalam tiga tahun pertama sejak dikeluarkan)
    • Luput kerana kehabisan nilai tunai
    • Bunuh diri dalam masa satu tahun setelah dikeluarkan
    • Masuk hospital atau Kejadian Dilindungi berlaku dalam tempoh menunggu
    • Kejadian termasuk dalam risiko terkecuali
    • Masuk hospital kerana alkoholisme atau penyalahgunaan bahan
    • Kejadian yang tidak termasuk di bawah liputan perlindungan
    • Tiada kemasukan ke hospital, hanya rawatan pesakit luar
    • Kejadian berlaku akibat penyakit dan bukan kemalangan
    • Kejadian berlaku sebelum tarikh permulaan sijil
    • Hilang upaya atau  penyakit tidak memenuhi definisi atau terma dan syarat sijil

  8. Di mana saya boleh mendapatkan borang tuntutan?
    Anda boleh memuat turun borang tuntutan di sini. Borang tuntutan juga boleh didapati di cawangan-cawangan dan Pusat Perkhidmatan Pelanggan kami. Anda boleh menghubungi ejen anda atau talian perkhidmatan pelanggan kami di 1 300 13 8338 untuk bantuan.

Nota: Perkara yang tersenarai mungkin tidak lengkap dan syarikat berhak untuk meminta maklumat/dokumen lanjut.

Bagi pelanggan, sila kunjungi portal pelanggan kami di https://igetintouch.greateasterntakaful.com. Bagi ejen, sila kunjungi igreatpartner.greateasterntakaful.com atau hubungi kami di talian 1 300 13 8338.

 

Kembali ke atas


Kemudahan Saluran Caruman

Saluran Caruman Perkhidmatan Auto Debit JomPAY Perbankan Internet Bayar Sekarang (ePAY) Mesin Deposit Cek (CDM) Mesin Juruwang Automatik (ATM) Mesin Kitar Semula Tunai (CRM) Tunai
Akaun Simpanan / Semasa Easi-Pay (Kad Kredit/Kad Debit) Biro Perkhidmatan Angkasa (BPA)
Direct Debit Authorisation (DDA) GIRO
Kekerapan Caruman  Bulanan, Suku Tahunan, Setengah Tahunan, dan Tahunan Bulanan Sahaja Bulanan, Suku Tahunan, Setengah Tahunan, dan Tahunan Suku Tahunan, Setengah Tahunan, dan Tahunan
Borang & Dokumen Diperlukan  Borang Direct Debit Authorisation (DDA)
*Tertakluk kepada terma & syarat

Borang mesti disahkan dan diluluskan oleh bank terlebih dahulu sebelum diserahkan kepada Great Eastern Takaful.
*Borang boleh didapati di bank peserta
- Borang 1/79 BPA, Salinan kad pengenalan yang disahkan benar (CTC), Salinan slip gaji terkini yang disahkan benar (CTC)
*Hanya untuk sesiapa yang bekerja dengan badan kerajaan
- - - - - - -
Bank Simpanan Nasional  - - - - - -
CIMB Bank Berhad - - - - - - -
Malayan Banking Berhad - - - - - - -
Public Bank Berhad  - - - -
RHB Bank Berhad - - - - - - - -
i-Get In Touch  - - Hanya untuk:
(i) Kad kredit VISA/Mastercard tempatan dan antarabangsa
(ii) Kad debit VISA/Mastercard di bawah bank tempatan sahaja
- - - - - - -
Bank Sertaan JomPAY Lain (Klik sini untuk butiran) - - - - - - - - - -
Bank Pernyertaan DDA Lain (Klik sini untuk butiran)  - - - - - - - - - -

Sila klik sini untuk Panduan Langkah demi Langkah Saluran Pembayaran Alternatif

Untuk permohonan DDA, GIRO dan BPA, sila lampirkan borang yang lengkap dan dokumen berkaitan mengikut pilihan. Caruman pendahuluan 2 bulan diperlukan sebelum menyerahkan borang permohonan.
Sesetengah kaedah caruman mungkin tidak tersedia, bergantung kepada jenis sijil pelan yang sedia ada

Setelah melanggan perkhidmatan Pembayaran Auto Debit, anda dinasihatkan untuk mengikuti langkah-langkah keselamatan di bawah untuk memastikan sijil takaful anda mendapat perlindungan yang berterusan.
- Untuk menyemak nombor kad atau nombor akaun bank anda telah didaftarkan dengan betul mengikut arahan anda.
- Untuk menyemak penyata akaun kad atau akaun bank anda dengan kerap untuk mengesan jika terdapat sebarang ketidakteraturan yang berkaitan dengan potongan caruman.

Jika anda mengesyaki apa-apa potongan yang tidak dibenarkan telah dibuat ke akaun anda atau lain-lain penyelewengan mengenai potongan caruman anda telah dilakukan, anda harus memberitahu bank anda dan Great Eastern Takaful Berhad dengan segera.

Anda dinasihatkan untuk menyimpan slip bank-in sebagai pengesahan pembayaran yang dibuat kepada sijil dan menyemak status pembayaran melalui portal pelanggan i-Get In Touch untuk butiran.

Apakah kaedah pembayaran yang tersedia untuk perkhidmatan Auto Debit ?
Anda boleh memohon kaedah pembayaran di bawah untuk pembayaran caruman. Ia mudah, selamat dan mudah. Dengan menggunakan perkhidmatan debit automatik, kami akan memotong caruman anda secara automatik daripada akaun bank atau kad anda. Tiada caj tambahan untuk caruman yang dibayar melalui kemudahan ini.

Direct Debit Authorisation (DDA)
Apakah Direct Debit Authorisation (DDA) ?

DDA ialah kemudahan pemotongan automatik caruman melalui akaun simpanan atau semasa.

Apakah bank peserta untuk DDA?
Anda boleh merujuk jadual di bawah untuk bank peserta DDA.

No. Nama Bank Kod Bank
1 CIMB Bank Berhad CIMB
2 Bank Islam Malaysia Berhad BIMB
3 Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad BKRM
4 Citibank Berhad CITI
5 Deutsche Bank Malaysia Berhad DBB
6 Hong Leong Bank Berhad HLBB
7 HSBC Bank Malaysia Berhad HSBC
8 Malayan Bank Berhad MBB
9 OCBC Bank Malaysia Berhad OCBC
10 Public Bank Berhad PBB
11 RHB Bank Berhad RHB
12 Standard Chartered Bank Mlaysia Berhad SCB
13 Bank of America Merrill Lynch BOFA
14 J.P. Morgan Chase Bank JPMC
15 BNP Paribas BNPP
16 Industrial and Commercial Bank of China ICBC
17 United Overseas Bank UOB
18 Affin Bank Berhad ABB
19 Alliance Bank Malaysia Berhad ABMB
20 Bank of Tokyo-Mitsubishi UFJ (Malaysia) Berhad BTMU
21 Sumitomo Mitsui Banking Corporation Malaysia Berhad SMBC
22 Bank Pertanian Malaysia AGRO
23 Bank of China (Malaysia) Berhad BOCM
24 Bank Muamalat Malaysia Berhad BMMB
25 Al-Rajhi Bank ARM
26 Mizuho Bank (Malaysia) Berhad MCBM
27 AmBank Malaysia Berhad AMBB
28 Kuwait Finance House (Malaysia) Berhad KFH
29 Bank Simpanan Nasional BSN

Bagaimanakah cara memohon DDA?
Anda perlu melengkapkan borang DDA dan menyerahkannya kepada Pengendali Takaful dengan bayaran caruman pendahuluan 2 bulan.

Di manakah saya boleh mendapatkan borang tersebut?
Borang boleh dimuat turun dari web syarikat
Klik sini untuk memuat turun borang

Bolehkah saya menghantar borang fotostat?
Tidak. Borang asal bertulis tangan diperlukan diserahkan kepada Pengendali Takaful untuk proses pendaftaran.

GIRO (Autodebit)
Apakah GIRO?

GIRO ialah kemudahan pemotongan automatik caruman melalui akaun bank.

Apakah bank peserta untuk GIRO?
Bank peserta seperti di bawah:
-Malayan Banking Berhad
-Public Bank Berhad
-RHB Bank Malaysia
-Bank Simpanan Nasional
-CIMB Bank Berhad

Bagaimanakah cara memohon GIRO?
Anda perlu melengkapkan borang Autodebit dan menyerahkannya kepada Pengendali Takaful dengan bayaran caruman pendahuluan 2 bulan.

Di manakah saya boleh mendapatkan borang tersebut?
Borang boleh didapati di bank yang mengambil bahagian. Borang hendaklah disahkan dan diluluskan oleh bank terlebih dahulu sebelum diserahkan kepada Pengendali Takaful

Easi-Pay (Kad Kredit/Kad Debit)
Apakah Easi-Pay Service ?

Perkhidmatan Easi-Pay ialah kemudahan pemotongan automatik caruman melalui Visa atau Mastercard.

Bagaimanakah cara memohon Perkhidmatan Easi-Pay?
Anda perlu memohon perkhidmatan melalui portal pelanggan (i-Get In Touch).
Klik sini untuk garis panduan

Bolehkah saya menggunakan kad debit untuk Perkhidmatan Easi-Pay?
Ya. Anda boleh menggunakan kad debit yang dikeluarkan bank tempatan di bawah Visa atau MasterCard.
Anda digalakkan untuk menghubungi bank pengeluar kad untuk membenarkan pengebilan berulang di bawah kad debit sebelum memohon Perkhidmatan Easi-Pay.

Bolehkah saya menggunakan kad kredit antarabangsa untuk Perkhidmatan Easi-Pay?
Ya. Walau bagaimanapun, perkhidmatan Easi-Pay hanya menerima Visa atau MasterCard.

Bolehkah saya menggunakan kad bapa saudara saya untuk membayar caruman saya?
Tidak. Kemudahan ini hanya untuk jika anda pemegang kad atau jika pemegang kad adalah pasangan, anak, ibu bapa atau adik beradik anda.

Biro Perkhidmatan Angkasa (BPA)
Apakah BPA?

BPA ialah kemudahan pemotongan automatik caruman melalui potongan gaji.

Siapa yang boleh memohon BPA?
Penyumbang mestilah pekerja dengan badan atau agensi kerajaan yang menyertai BPA.

Bagaimanakah cara memohon BPA?
Anda perlu melengkapkan 1/79 Borang BPA yang dilampirkan dengan salinan kad pengenalan yang disahkan benar (CTC), Salinan slip gaji terkini yang disahkan benar (CTC). Dokumen perlu diserahkan kepada syarikat dengan bayaran caruman pendahuluan 2 bulan.

Bolehkah saya menghantar borang fotostat?
Tidak. Borang BPA 1/79 asal diperlukan untuk proses pendaftaran.

Di manakah saya boleh mendapatkan borang tersebut?
Borang boleh didapati di portal ejen. Anda boleh merujuk kepada ejen servis anda untuk borang tersebut.

Bolehkah saya memohon BPA untuk mod pembayaran tahunan?
Tidak. BPA hanya tersedia untuk mod pembayaran bulanan.

Bolehkah saya memohon BPA untuk pembayaran caruman awal dan seterusnya untuk pembayaran berulang?
Ya. Anda perlu menyerahkan dokumen yang diperlukan kepada Pengendali Takaful sejurus selepas penyerahan cadangan.

JomPAY
Apa itu JomPAY?

JomPAY ialah skim pembayaran bil nasional Malaysia yang ditubuhkan dan dikendalikan oleh Payments Network Malaysia Sdn Bhd (PayNet), di bawah naungan Bank Negara Malaysia.

Dengan JomPAY, anda boleh membayar caruman sijil anda atau pembayaran berkaitan sijil lain menggunakan Akaun Simpanan atau Semasa atau Kad Kredit anda. JomPAY boleh didapati melalui Perbankan Internet atau Perbankan Mudah Alih atau Mesin Juruwang Automatik (ATM).

Bagaimanakah cara membuat pembayaran melalui JomPAY?
Anda boleh membuat pembayaran dengan mengikuti langkah mudah seperti di bawah:

Langkah 1 Log masuk ke Internet atau Perbankan Mudah Alih dan cari JomPAY
Langkah 2 Masukkan 16899 dalam medan Kod Biller untuk GREAT EASTERN TAKAFUL - FAMILY
Langkah 3 Masukkan Nombor Sijil 10-digit anda dalam "Ref-1
Langkah 4

Untuk Bayaran Caruman Pertama/Pembaharuan, Masukkan Nombor Telefon Bimbit anda dalam "Ref-2"

Untuk Pembayaran Berkaitan Sijil Lain, sila rujuk Soalan Lazim di bawah dan contoh Ref-2

Langkah 5 Masukkan Amaun Pembayaran anda
Langkah 6 Sahkan dan Bayar

Apakah jenis pembayaran sijil yang boleh dibayar melalui JomPAY?
Berkuatkuasa mulai 1 Februari 2022, anda boleh membayar pembayaran berkaitan sijil lain melalui JomPAY dengan penunjuk Ref-2. Untuk memastikan pembayaran anda dikemas kini dengan segera ke dalam sijil anda, sila rujuk panduan dan contoh di bawah.

Jenis Pembayaran Format untuk Ref-2 Contoh untuk Ref-2
Bayaran Caruman Pertama/Pembaharuan <Nombor telefon bimbit> 0123456789
Penambahan Caruman Tunggal (SCTU) <SCTU><Ruang><Nombor telefon bimbit> SCTU 0123456789
Perubahan Sijil (ALTER) <ALTER><Ruang><Nombor telefon bimbit> ALTER 0123456789
Penguatkuasaan Semula Sijil (REVIVAL) <REVIVAL><Ruang><Nombor telefon bimbit> REVIVAL 0123456789

Nota: Nombor telefon bimbit 0121234567 adalah untuk ilustrasi sahaja.

NOTA PENTING:
Sila rujuk di bawah untuk dokumen yang perlu dihantar melalui e-mel kepada i-greatcare@greateasterntakaful.com selepas pembayaran dibuat seperti di bawah:

  • Penambahan Caruman Tunggal – Pelan-pelan Berkaitan Pelaburan: Borang Permohonan Untuk Pemindaan
  • Perubahan Sijil– Salinan surat yang dikeluarkan oleh Pengendali Takaful meminta bayaran
  • Penguatkuasaan Semula Sijil– Waranti Kesihatan (jika berkenaan)


Apakah bank peserta untuk JomPAY?

Untuk senarai bank yang mengambil bahagian, sila rujuk http://www.jompay.com.my

Bolehkah saya memohon pembayaran berulang melalui JomPAY?
Ya. Walau bagaimanapun, anda perlu berhubung dan menguruskan dengan bank anda.

Bagaimanakah cara saya membatalkan perkhidmatan pembayaran berulang JomPAY?
Anda perlu berhubung dan menguruskan dengan bank anda.

Perbankan Internet
Apakah Perbankan Internet?

Perbankan Internet adalah kemudahan pembayaran caruman dalam talian melalui akaun bank.

Apakah bank peserta untuk Perbankan Internet?
Jika anda mempunyai akaun di mana-mana bank ini, anda boleh log masuk ke laman web mereka dan membayar dalam talian.

Malayan Banking Berhad www.Maybank2U.com.my
Public Bank Berhad www.PbeBank.com.my
CIMB Bank www.cimbclicks.com.my
Bank Simpanan Nasional www.mybsn.com.my

Bagaimanakah cara membuat pembayaran melalui Perbankan Internet?
Sila klik sini untuk Garis Panduan Perbankan Internet

Bolehkah saya memohon pembayaran berulang melalui Perbankan Internet?
Ya. Walau bagaimanapun, anda perlu berhubung dan menguruskan dengan bank anda.

Bagaimanakah cara saya membatalkan perkhidmatan pembayaran berulang Perbankan Internet?
Anda perlu berhubung dan menguruskan dengan bank anda.

Bayar Sekarang (ePAY)
Apa itu Bayar Sekarang?

Bayar Sekarang adalah kemudahan untuk pemilik sijil membuat pembayaran melalui i-Get In Touch.

Di mana untuk mengakses Bayar Sekarang?
Pemilik sijil boleh mengakses Bayar Sekarang melalui i-Get In Touch kecuali untuk Bayaran Caruman Permulaan.Walau bagaimanapun, pemilik sijil perlu mendaftar sebagai pengguna i-Get In Touch terlebih dahulu.

Bolehkah pemilik sijil menggunakan kad debit untuk membuat pembayaran melalui Bayar Sekarang?
Ya. Anda boleh menggunakan kad debit yang dikeluarkan bank tempatan hanya di bawah Visa atau MasterCard.

Bolehkah pemilik sijil menggunakan kad debit antarabangsa untuk membuat pembayaran melalui Bayar Sekarang?
Tidak. Bayar Sekarang hanya terima kad debit yang dikeluarkan bank tempatan di bawah Visa atau MasterCard.

Bolehkah pemilik sijil menggunakan kad kredit antarabangsa untuk membuat pembayaran melalui Bayar Sekarang?
Ya. Walau bagaimanapun, ini hanya untuk kad kredit dengan 3D Secure.

Apakah itu Perkhidmatan Selamat 3D?
Perkhidmatan 3D Secure memerlukan lapisan keselamatan tambahan dan langkah pengesahan untuk transaksi kad dalam talian.
Perkhidmatan ini adalah untuk melindungi daripada risiko transaksi penipuan dengan meminta pemegang kad memberikan Kata Laluan Sekali Semula (OTP) untuk memproses transaksi dalam talian.
Perkhidmatan ini disediakan oleh Visa dan MasterCard di bawah nama "Disahkan oleh Visa" dan "MasterCard SecureCode."

Bolehkah pemilik sijil menggunakan kad kredit/kad debit ahli keluarga untuk membuat pembayaran melalui Bayar Sekarang?
Ya. Walau bagaimanapun, ia tertakluk kepada perhubungan pemegang kad seperti di bawah:

a. Pasangan
b. Kanak-kanak
c. Ibu bapa
d. Adik beradik

Bagaimana jika pemilik sijil mendaftar pembayaran berulang melalui Bayar Sekarang dan kini dia ingin menukar kepada kad lain untuk berulang?
Pemilik sijil boleh melakukan kaedah pembayaran pertukaran di bawah "‘Permohonan Perkhidmatan Saya" dalam i-Get In Touch untuk mengemas kini butiran kad baharu seperti berikut:-
i-Get In Touch >> Permohonan Perkhidmatan Saya >> Tukar Kaedah Caruman
(klik sini untuk garis panduan)

Adakah terdapat sebarang resit yang dikeluarkan untuk pembayaran melalui Bayar Sekarang?
Tiada resit akan dikeluarkan untuk pembayaran yang dibuat melalui Bayar Sekarang. Walau bagaimanapun, pemilik sijil boleh merujuk kepada pengesahan pembayaran yang dihantar melalui SMS dan e-mel.

Berapa kali pemilik sijil boleh dicuba jika pembayaran tidak berjaya?
Pemilik sijil akan diberi 3 kali percubaan untuk membuat pembayaran.

Boleh berikan panduan cara membuat pembayaran melalui Bayar Sekarang ?
klik sini untuk garis panduan

Mesin Deposit Cek (CDM)
Bagaimanakah cara saya membuat pembayaran melalui Mesin Deposit Cek (CDM)?

Anda boleh membuat pembayaran deposit cek di mana-mana Cawangan Public Bank Berhad dengan mengikuti langkah mudah seperti di bawah:

Lankah 1 Pilih bahasa pilihan
Langkah 2 Klik "Yes" 
Langkah 3 Pilih "Bill Payment"
Langkah 4 Klik "Accept" 
Langkah 5 Pilih "Great Eastern Takaful"
Langkah 6 Masukkan 10 digit Nombor Sijil
Langkah 7 Masukkan Nombor Telefon Bimbit
Langkah 8 Masukkan Nombor Cek
Langkah 9 Masukkan Jumlah Cek 
Langkah 10  Deposit Cek (1 cek sekali untuk 1 pembayaran sijil)

Bolehkah saya membuat pembayaran cek selain di Public Bank Berhad?
Tidak. Kemudahan ini hanya terdapat di Public Bank Berhad.

Berapa banyak sijil pembayaran yang boleh saya buat dalam satu cek?
1 cek untuk 1 pembayaran sijil.

Mesin Juruwang Automatik (ATM)
Bagaimanakah saya membuat pembayaran melalui Mesin Juruwang Automatik (ATM) di Public Bank Berhad?

Anda boleh membuat pembayaran dengan mengikuti langkah mudah seperti di bawah:

Langkah 1 Masukkan Kad ATM/Debit Public Bank 
Langkah 2  Pilih bahasa pilihan 
Langkah 3 Pilih "Saving Acocunt" atau "Current Account"
Langkah 4 Pilih "Other Service" / "More Service"
Langkah 5 Pilih "Payment"
Langkah 6 Klik "Accept"
Langkah 7 Masukkan "238" untuk GREAT EASTERN TAKAFUL
Langkah 8 Masukkan 10 digit Nombor Sijil
Langkah 9 Masukkan Nombor Telefon Bimbit
Langkah 10  Masukkan Jumlah Caruman 

Bolehkah saya membuat pembayaran ATM selain di Public Bank Berhad?
Tidak. Kemudahan ini hanya terdapat di Public Bank Berhad.

Mesin Kitar Semula Tunai (CRM)
Bagaimanakah saya membuat pembayaran melalui Mesin Kitar Semula Tunai (CRM) di Public Bank Berhad ?

Anda boleh membuat pembayaran dengan mengikuti langkah mudah seperti di bawah:

Langkah 1 Pilih bahasa pilihan
Langkah 2 Pilih "Cash Deposit"
Langkah 3 Pilih "Other Service" / "More Service"
Langkah 4 Pilih "Payment"
Langkah 5 Klik "Accept"
Langkah 6 Masukkan "238" untuk GREAT EASTERN TAKAFUL
Langkah 7 Masukkan 10 digit Nombor Sijil
Langkah 8 Masukkan Nombor Telefon Bimbit 
Langkah 9 Masukkan Jumlah Caruman 

Bolehkah saya membuat CRM selain di Public Bank Berhad?
Tidak. Kemudahan ini hanya terdapat di Public Bank Berhad.

Tunai
Bagaimanakah cara membuat pembayaran melalui Tunai?

Anda boleh membuat pembayaran di kaunter di mana-mana cawangan BANK SIMPANAN NASIONAL (BSN) di seluruh Malaysia.

Bolehkah saya membuat pembayaran Tunai di sebelah Bank Simpanan Nasional (BSN)?
Tidak. Kemudahan ini hanya terdapat di Bank Simpanan Nasional (BSN).

Adakah saya menerima resit selepas pembayaran dibuat di kaunter di Bank Simpanan Nasional (BSN) ?
Tiada resit dijana untuk pembayaran yang dibuat di kaunter di Bank Simpanan Nasional (BSN). Sila simpan slip bank-in anda sebagai bukti pembayaran.

 Kembali ke atas


e-Penyata

Apakah e-Penyata?
Ia adalah dokumen elektronik yang dikeluarkan kepada sijil Takaful dengan penyata tahunan  yang akan berkuat kuasa pada 1 Februari 2019 (“Tarikh Kuatkuasa”). Bermula dari Tarikh Kuatkuasa, anda tidak lagi akan menerima salinan cetakan penyata anda daripada kami. Anda kini  boleh melihat dan mendapatkan penyata  anda  mengikut kesenangan anda secara dalam talian di i-Get In Touch.

Apakah jenis-jenis e-Penyata yang terdapat dalam i-Get In Touch?
I.            Penyata Caruman Takaful Keluarga
II.           Penyata Tahunan berkaitan pelaburan
III.          Penyata Tahunan Akaun Individu Peserta

Bagaimanakah saya tahu e-Penyata saya terdapat dalam i-Get In Touch?
Anda akan menerima  SMS / pemberitahuan e-mel  ke telefon bimbit / alamat e-mel berdaftar anda apabila pernyataan anda dikemas kini dan tersedia dalam i-Get In Touch.

Bolehkah saya menukar alamat e-mel berdaftar saya?
Ya, anda boleh mengemas kini alamat e-mel anda di i-Get In Touch> Akaun Saya> Lihat Profil atau dengan melengkapkan Borang Permohonan bagi Perubahan Butiran Diri (PSF01A).

Berapa tahun penyata saya boleh perolehi dalam i-Get In Touch?
Anda boleh mengakses e-penyata anda sehingga 5 tahun yang lalu  di Portfolio Saya> e-Dokumen

Apakah format e-Penyata saya?
Semua e-Penyata adalah dalam format PDF (Fail Dokumen Mudah Alih) yang boleh dibaca menggunakan Adobe Acrobat Reader (versi 5 dan keatas).

Berapa cepat saya boleh melihat penyata saya selepas saya mendaftar untuk i-Get In Touch?
Anda boleh log masuk dan melihat e-penyata dengan serta-merta.

Bolehkah saya memilih untuk mendapatkan salinan penyata?
Tidak, kerana penyata ini telah tersedia didalam i-Get In Touch. Anda boleh log masuk pada bila-bila masa untuk memuat turun dan mencetak e-penyata anda mengikut kesenangan anda.

Bagaimana boleh saya mendaftar untuk i-Get In Touch?
Sila klik di sini untuk panduan mendaftar i-Get In Touch.

Kembali ke atas


Panduan Bagi Sijil Takaful Berkaitan Pelaburan

Bagaimana cara untuk saya mendapatkan maklumat mengenai Sijil Takaful Berkaitan Pelaburan?
Sila klik di sini untuk Panduan Bagi Sijil Takaful Berkaitan Pelaburan. Panduan ini memberikan anda maklumat umum mengenai bagaimana Sijil Takaful Berkaitan Pelaburan anda berfungsi, faktor-faktor yang mungkin boleh mengurangkan nilai dana anda dan langkah-langkah yang anda boleh ambil untuk menikmati perlindungan Takaful sepanjang tempoh sijil anda.

Kembali ke atas

Adakah anda mempunyai sebarang pertanyaan tentang takaful berkelompok? Kami di sini sedia membantu anda menjawab soalan-soalan yang berkenaan. 


 
  1. Kemaskini Maklumat Peribadi
    Untuk perubahan alamat, nombor telefon dan alamat emel, anda boleh mengemaskini secara dalam talian melalui portal i-Get In Touch di https://igetintouch.greateasterntakaful.com di halaman “My Profile”.

    Untuk mengemaskini butiran peribadi yang lain, sila lengkapkan borang Permohanan Pertukaran Maklumat Peribadi dan hantarkan borang bersama dengan salinan sah dokumen yang telah disahkan atau salinan asal dokumen sokongan melalui alamat/emel ke:

    Group Business Admin, Operations
    Great Eastern Takaful Berhad
    Menara Great Eastern
    Level 3,  303 Jalan Ampang
    50450 Kuala Lumpur.
    Emel: gmbtsadmin@greateasterntakaful.com

    Sebagai alternatif, anda boleh menghubungi Perunding Takaful anda untuk mendapatkan bantuan tentang takaful berkelompok anda. 

    Apakah dokumen sokongan yang diperlukan untuk mengemaskini butiran peribadi saya?
    Untuk kemaskini butiran peribadi seperti pembetulan nama, nombor kad pengenalan, tarikh lahir, jantina atau perubahan warganegara bagi takaful berkelompok, sila hantar salinan Sijil Kelahiran/Passport/Kewarganegaraan yang telah disahkan oleh individu yang berkelayakan seperti doktor, peguam, majistret, Pengurus Agensi atau Pegawai Khidmat Pelanggan GETB, dll. Jika nama adalah berbeza daripada rekod asal, sila serahkan dokumen rasmi yang membuktikan perubahan nama daripada pihak berkuasa yang berkaitan dan dokumen kad pengenalan baru anda.

  2. Pelantikan/Pertukaran Penama
    Menurut Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 (IFSA), anda mempunyai pilihan yang berikut untuk menguruskan pengagihan manfaat sijil setelah anda/Orang Yang Dilindungi meninggal dunia:
    a) Benefisiari di bawah hibah bersyarat; atau
    b) Wasi
    c) menggabungkan kedua-dua pilihan di atas.

    Sila lengkapkan borang Pelantikan/Penukaran Penama Sebagai Benefisiari dan hantar kepada:

    Group Business Admin, Operations
    Great Eastern Takaful Berhad
    Menara Great Eastern
    Level 3,  303 Jalan Ampang
    50450 Kuala Lumpur.

Kembali ke atas


Kemudahan Saluran Caruman Takaful Berkelompok

Saluran Caruman
Pembayaran Automatik Biro Perkhidmatan Angkasa (BPA)
Perbankan Internet JomPAY


Pembayaran Automatik
Ia adalah kaedah yang mudah dan selamat. Dengan menggunakan Pembayaran Automatik, caruman untuk takaful berkelompok anda akan dipotong dari akaun gaji anda secara automatik.

Kaedah Pembayaran Borang & Dokumen Diperlukan Catatan
Biro Perkhidmatan Angkasa (BPA)
  • Borang 1/79 BPA
  • Salinan kad pengenalan yang disahkan benar (CTC)
  • Salinan slip gaji terkini yang disahkan benar (CTC)
Hanya untuk pencarum yang bekerja dengan badan kerajaan.

Potongan caruman BPA akan berkuat kuasa 2 bulan selepas tarikh penyerahan permohonan. Anda dinasihatkan untuk mengikuti garis masa penyerahan seperti berikut untuk memastikan perlindungan sijil Takaful anda berterusan:

  • Untuk permohonan potongan caruman permulaan, borang dan dokumen yang lengkap hendaklah dikemukakan kepada Great Eastern Takaful Berhad dalam masa 1 bulan dari tarikh penerimaan surat.
  • Untuk permohonan potongan caruman pembaharuan, borang dan dokumen yang lengkap hendaklah dikemukakan kepada Great Eastern Takaful Berhad 2 bulan sebelum tarikh bayar caruman berikutnya. Jika tidak, bayaran caruman untuk tarikh bayar caruman berikutnya diperlukan.


Perbankan Internet
JomPAY
Anda boleh membayar caruman takaful berkelompok melalui internet dan bebas daripada caj perkhidmatan dari Akaun Semasa atau Simpanan dengan mengikuti langkah-langkah mudah seperti yang tertera di bawah:

Langkah 1 Log masuk ke Internet atau Perbankan Mudah Alih dan cari JomPAY
Langkah 2 Masukkan 78899 dalam ruang Kod Biller untuk GREAT EASTERN TAKAFUL - GROUP
Langkah 3 Masukkan Nombor Sijil 8-digit anda di ruang "Ref-1"
Contoh: T1234567/Y1234567
Langkah 4 Masukkan Nombor Telefon anda di ruang "Ref-2"
Langkah 5 Masukkan Jumlah Caruman anda
Langkah 6 Tambah Biller sebagai "Kegemaran"

Nota: Resit pembayaran berdasarkan nombor sijil dalam Ref-1

Contoh: Jika anda memegang 5 sijil untuk Nombor Sijil yang berbeza dan ingin membuat pembayaran melalui JomPay, and perlu melakukan transaksi JomPAY masing-masing sebanyak 5 kali untuk memasukkan Nombor Sijil dalam ruang Ref-1 secara individu.

Untuk senarai bank yang menyertai, sila rujuk http://www.jompay.com.my

Kembali ke atas


Panduan Bagi Sijil Takaful Berkaitan Pelaburan

Bagaimana cara untuk saya mendapatkan maklumat mengenai Sijil Takaful Berkaitan Pelaburan?

Sila klik di sini untuk Panduan Bagi Sijil Takaful Berkaitan Pelaburan. Panduan ini memberikan anda maklumat umum mengenai bagaimana Sijil Takaful Berkaitan Pelaburan anda berfungsi, faktor-faktor yang mungkin boleh mengurangkan nilai dana anda dan langkah-langkah yang anda boleh ambil untuk menikmati perlindungan takaful berkelompok sepanjang tempoh sijil anda.

Kembali ke atas

Kembali ke atas
Perlu bantuan?
Great Eastern Takaful Contact Us
Untuk Khidmat Pelanggan
E-mel kepada kami
Kunjungi
kami
Buat tuntutan
Great Eastern Takaful Logo