Buat pilihan pada menu tarik-bawah yang disediakan untuk membuat tuntutan. Ikut langkah yang diberikan satu persatu bagi memudahkan anda menghantar tuntutan.
Apakah jenis tuntutan yang anda mahu buat?
Untuk tujuan bukti dan pengesahan, kami meminta anda menghantar dokumen-dokumen berikut bagi jenis tuntutan yang dibuat.
Dokumen yang Diperlukan untuk Tuntutan Hospital dan Pembedahan:
Setelah anda memuat turun dan melengkapkan borang-borang tuntutan yang berkaitan, sila hantarkan tuntutan anda bersama dengan dokumen-dokumen yang diperlukan menerusi i-Get In Touch (I-GIT) untuk penilaian.
Anda boleh rujuk panduan di bawah tentang cara membuat penyerahan tuntutan:-
Kami tahu anda menantikan jawapan yang cepat dan pantas dari kami. Sila ambil maklum bahawa setiap penyerahan tuntutan dalam talian kini boleh disemak menerusi fungsi Jejak & Kesan di i-GIT untuk status penyerahan tuntutan yang lebih mudah dan pantas.
Sebagai alternatif, sila hantarkan semua dokumen tuntutan anda ke Pusat Perkhidmatan Pelanggan yang terletak di aras 3 ibu pejabat kami atau ke cawangan yang terdekat.
Ibu pejabat:
Great Eastern Takaful Berhad (916257-H)
Aras 3 Menara Great Eastern
303 Jalan Ampang
50450 Kuala Lumpur
Setelah anda selesai membuat penyerahan tuntutan di i-GIT, sila rujuk panduan di bawah tentang cara penggunaan i-GIT bagi menyemak status tuntutan:-
Sebagai alternatif, anda boleh menyemak status tuntutan anda dengan menghantar e-mel ke i-greatcare@greateasterntakaful.com