Bahasa
Pilih negara dan bahasa anda
Malaysia (Takaful)
Malaysia
Singapore
Indonesia
Brunei
i-great inspirasi

Takaful Keluarga

i-Great Inspirasi | Pelan Perlindungan Takaful Untuk Penyakit Bawaan Nyamuk

Mengilhamkan Rakyat Malaysia untuk Mendapatkan Perlindungan Terhadap Penyakit Berjangkit Bawaan Nyamuk

Maksud penyakit berjangkit ialah penyakit yang terbukti secara klinikal hasil daripada jangkitan biologi patogen di dalam organisma perumah individual. Pelbagai masalah yang timbul terhadap penjagaan kesihatan adalah berpunca daripada penyakit berjangkit termasuklah peningkatan bawaan nyamuk. Antara jenis penyakit berjangkit bawaan nyamuk ialah denggi, malaria, demam kuning, dan virus Zika. Kesan penyakit berjangkit  ini  masih  di tahap  yang  serius  dan  membimbangkan kepada masyarakat Malaysia. 
 

Antara inisiatif yang sering dikelolakan oleh agensi kerajaan atau pihak berkuasa tempatan sebagai cara untuk mencegah penyakit berjangkit bawaan nyamuk di Malaysia ialah semburan kabus (fogging) yang dilakukan di kawasan perumahan. Selain itu, cara menghalang penularan penyakit berjangkit bawaan nyamuk ialah dengan menjaga kesihatan diri, pastikan persekitaran anda bersih, menghapuskan tempat pembiakan nyamuk, menggunakan semburan serangga untuk membunuh nyamuk, jauhi kawasan pembiakan nyamuk, dan tutup pintu dan tingkap rumah sekerap mungkin bagi menghalang kemasukan nyamuk dan serangga yang lain. Dengan mencegah penularan penyakit berjangkit bawaan nyamuk, kita dapat melindungi diri sendiri, keluarga, dan juga orang lain disekeliling kita.
 

Kesan penyakit berjangkit lebih daripada sekadar kesihatan. Penyakit berjangkit juga secara langsung boleh memberi impak kepada kewangan anda. Pelan Perlindungan Takaful i-Great Inspirasi akan membantu anda menumpukan kepada perkara penting dalam hidup; ia memastikan keselamatan kewangan sekiranya perkara yang tidak diingini terjadi kepada anda, dan menyediakan perlindungan mencukupi terhadap penyakit berjangkit bawaan nyamuk bagi memudahkan anda untuk mendapat rawatan awal di hospital pilihan anda. 

Manfaat Utama Pelan Perlindungan Takaful Penyakit Berjangkit Bawaan Nyamuk

i-Great Inspirasi

Perlindungan Penyakit Berjangkit

Sekiranya Orang Yang Dilindungi didiagnosis dengan mana-mana satu daripada 4 Penyakit Berjangkit yang tersenarai (Demam Denggi Berdarah, Malaria, Demam Kuning, MERS-COV), manfaat Penyakit Berjangkit sebanyak RM5,000 akan dibayar sekaligus bagi setiap Orang Yang Dilindungi daripada Dana Tabarru'.

i-Great Inspirasi

Manfaat Kematian Akibat Kemalangan sehingga 4x Jumlah Perlindungan

Selain Manfaat Kematian, waris anda akan menerima sehingga 300% daripada Jumlah Perlindungan Asas sekiranya berlaku kematian akibat kemalangan. Sila rujuk brosur produk untuk mengetahui lebih lanjut sekiranya kemalangan berlaku di dalam atau luar negara.

i-Great Inspirasi

Kematian Akibat Penyakit Bawaan Nyamuk

Sekiranya berlaku kematian dalam tempoh 30 hari dari diagnosis daripada mana-mana Penyakit Bawaan Nyamuk berikut (Demam Denggi, Malaria, Chikungunya, Japanese Encephalitis dan virus Zika), 100% daripada Jumlah Perlindungan Asas akan dibayar sebagai tambahan kepada Manfaat Kematian yang perlu dibayar.

i-Great Inspirasi

Manfaat Pelan Penyakit Kritikal

Sekiranya Orang Yang Dilindungi didiagnos dengan mana-mana satu daripada 5 penyakit kritikal yang tersenarai (Kanser, Serangan Jantung, Koronari, Strok dan Kegagalan Buah Pinggang), 50% daripada Jumlah Perlindungan Asas akan dibayar daripada Dana Tabarru'.

Manfaat Tambahan Pelan Perlindungan Takaful Penyakit Berjangkit Bawaan Nyamuk

Tiada Pengunderaitan Perubatan

Dapatkan pelan perlindungan takaful penyakit berjangkit ini tanpa perlu melalui kepayahan pengunderaitan perubatan.

Perkhidmatan Telekonsultansi Pesakit Luar

Layak menerima perkhidmatan perundingan kesihatan tanpa had melalui pembekal perkhidmatan GETB yang dilantik melalui tele-perbualan, panggilan video atau mesej teks.

Supreme Assist

Anda layak untuk mengakses Perkhidmatan Bantuan Perubatan Kecemasan di mana-mana sahaja untuk mendapatkan bantuan atau perkhidmatan tersebut.

Perkhidmatan Badal Haji, Wakaf dan Hibah

Perkhidmatan-perkhidmatan ini adalah tidak diwajibkan dan anda perlu mengisi borang perkhidmatan Badal Haji, borang perkhidmatan Wakaf, borang penama dan borang serah hak untuk perkhidmatan pilihan anda masing-masing.

Bagaimanakah Ia Berfungsi

Nota dan penafian

Sila ambil perhatian terhadap perkara di bawah untuk memastikan anda memahami sepenuhnya tentang apa yang dilindungi dan tidak dilindungi oleh produk ini. Jika terdapat keraguan, sila hubungi Perunding Great Eastern Takaful anda.

Kembali ke atas