Bahasa
Pilih negara dan bahasa anda
Malaysia (Takaful)
Malaysia
Singapore
Indonesia
Brunei
Pelan perlindungan penyakit kritikal yang boleh melindungi pendapatan anda - i-Great Harapan CI10

Takaful Kesihatan

i-Great Harapan CI10 | Pelan Perlindungan Penyakit Kritikal yang Melindungi Pendapatan

Perlindungan untuk keutamaan hidup anda

Perlindungan untuk keutamaan hidup anda

Tiada seorang pun di antara kita yang ingin jatuh sakit atau mendapat musibah penyakit menimpa diri. Oleh itu, kita harus sentiasa bersiap sedia demi orang yang kita sayangi. Lindungi diri anda dan pendapatan anda sekiranya anda menghidap salah satu daripada 10 penyakit kritikal utama di Malaysia dengan caruman bulanan yang sangat berpatutan. Gunakan pembayaran sekaligus daripada pelan ini untuk menyelesaikan bil hospital dan rawatan anda yang tidak dilindungi oleh perlindungan perubatan, atau melunaskan hutang anda sehingga anda dapat menumpukan perhatian pada pemulihan anda dengan tenang kerana i-Great Harapan CI10 adalah Perlindungan untuk Keutamaan Hidup Anda.

 

Apakah itu Pelan Perlindungan Takaful Penyakit Kritikal yang Melindungi Pendapatan

Pelan Perlindungan Takaful Penyakit Kritikal yang Melindungi Pendapatan direka khas untuk melindungi anda dan keluarga anda daripada dua risiko utama: kesan diagnosis penyakit kritikal dan potensi kehilangan pendapatan akibat kehilangan upaya.

 

  • Perlindungan Penyakit Kritikal: Pelan ini memastikan bahawa jika anda disahkan menghidap penyakit kritikal yang disenaraikan di dalam sijil, anda akan menerima pampasan penyakit kritikal. Pampasan ini bertujuan menyokong anda dan keluarga anda di saat-saat genting, meliputi perbelanjaan perubatan, kos rawatan, penjagaan berterusan atau sebarang keperluan kewangan lain yang timbul daripada penyakit tersebut.

 

  • Perlindungan Pendapatan: Di samping perlindungan penyakit kritikal, pelan ini memiliki manfaat perlindungan pendapatan. Jika anda tidak mampu bekerja disebabkan kecederaan atau penyakit, pelan ini akan menyediakan aliran pendapatan tetap. Ini memastikan bahawa anda dan keluarga dapat mengekalkan gaya hidup anda, menampung perbelanjaan harian, pembiayaan rumah atau sewa dan kewajipan kewangan lain semasa anda memberi tumpuan terhadap proses pemulihan anda.

 

Kepentingan dan Manfaat Pelan Perlindungan Penyakit Kritikal yang Melindungi Pendapatan

Keperluan untuk mempunyai Pelan Takaful Perlindungan Penyakit Kritikal dan Pendapatan tidak boleh dipandang remeh, terutamanya apabila anda mempertimbangkan kesejahteraan dan keselamatan anda serta keluarga. Ini adalah mengapa ia begitu penting:

 

  • Kestabilan Kewangan semasa Sakit: Pelan Takaful Penyakit Kritikal menawarkan bayaran sekaligus selepas diagnosis. Ini dapat membantu meringankan beban kewangan dari segi perbelanjaan perubatan dan membolehkan anda memberi tumpuan kepada pemulihan.

  • Perlindungan Pendapatan: Melindungi pendapatan anda sekiranya penyakit tersebut menghalang anda daripada bekerja. Ini membolehkan anda memenuhi tanggungan kewangan dan menampung keluarga anda.

  • Keselamatan Keluarga: Menyediakan kestabilan bagi keluarga anda dengan menampung perbelanjaan harian, gadai janji rumah dan kos pendidikan semasa masa yang sukar.

  • Ketenangan Fikiran: Jika anda mempunyai jaringan keselamatan kewangan, anda boleh memberi tumpuan kepada kesihatan dan kesejahteraan tanpa perlu risau tentang masa depan.

 

Kepentingan Pelan Takaful seperti i-Great Harapan CI10

Pelan Takaful seperti i-Great Harapan CI10 menawarkan perlindungan komprehensif bagi penyakit kritikal dan perlindungan pendapatan. Pelan ini memberikan ketenangan fikiran kepada pemegang sijil serta keluarga mereka. Faedahnya termasuk bantuan kewangan bagi rawatan perubatan, pemulihan dan perbelanjaan sara hidup berterusan semasa menghidapi penyakit kritikal atau hilang keupayaan. Dengan pelan Takaful ini, anda juga akan memperolehi kad perubatan dan kesihatan yang terdapat pelbagai manfaat. Selain itu, ia menawarkan fleksibiliti dari segi pilihan perlindungan, menjadikannya penting dalam perancangan untuk situasi yang tidak dijangka.

Manfaat-manfaat utama

i-Great Harapan CI10 icon

Perlindungan untuk 10 penyakit kritikal utama

Pelan ini melindungi 10 penyakit kritikal paling utama seperti strok, sakit jantung, kegagalan buah pinggang, kanser dan sebagainya.

i-Great Harapan CI10 icon

Caruman yang berpatutan

Dapatkan perlindungan dengan hanya RM2 sehari.

i-Great Harapan CI10 icon

Lengkapkan pelan perubatan anda

Sertai pelan ini untuk melengkapi pelan kesihatan anda agar anda masih mempunyai bantuan kewangan setelah pembayaran bil perubatan anda selesai.

Bagaimanakah i-Great Harapan CI10 berfungsi

Nota dan penafian

Sila ambil perhatian terhadap perkara di bawah untuk memastikan anda memahami sepenuhnya tentang apa yang dilindungi dan tidak dilindungi oleh produk ini. Jika terdapat keraguan, sila hubungi Perunding Great Eastern Takaful anda.

Kembali ke atas