Great Eastern Takaful Logo
Pilih negara dan bahasa anda
Malaysia (Takaful)
Malaysia
Singapore
Indonesia
Brunei
Great Eastern Takaful Logo

Tips menyimpan duit untuk percutian idaman anda

TIps menyimpan duit untuk percutian idaman anda

Terdapat dua kumpulan ekstrem dalam bab pengurusan kewangan. Pertama, mereka yang terlalu berjimat, menyimpan untuk hari esok tetapi tidak menikmati hari ini. Kedua, mereka yang boros menikmati hari ini, tetapi membelanjakan semua pendapatan tanpa memikirkan hari esok.

Kita tidak perlu berada di kedua-dua kumpulan ekstrem ini. Hidup ini bukanlah hitam atau putih, kosong atau satu. Terdapat banyak garisan kelabu di dalam kehidupan ini. Begitu jugalah dalam pengurusan kewangan, kita mahu menyimpan untuk hari esok tetapi pada masa yang sama masih mahu menikmati hidup hari ini.

Apalah guna harta menggunung jika badan tidak lagi mampu menikmatinya.

Dalam pengurusan kewangan, itab oleh pecahkan matlamat kewangan kepada 3 bahagian, iaitumatlamat jangka panjang seperti persaraan dan pelan pendidikan anak. matlamat jangka sederhana seperti membeli rumah dan yang terakhir matlamat jangka pendek seperti melancong.

Anda perlu membuat perancangan dan menyediakan bajet untuk setiap matlamat anda.

Anda juga boleh jadikan percutian sebagai salah satu matlamat tahunan anda. Jika anda mempunyai bajet yang lebih tinggi, anda boleh meletakkan percutian dua kali setahun sebagai matlamat tahunan anda. Apa yang penting adalah anda merancangnya. Jadikannya sebagaisebahagian daripada pelan simpanan keluarga anda.

Bagaimana cara merancang percutian?

 

Bagaimana cara merancang percutian

1. Buat anggaran bajet perbelanjaan percutian.

Senaraikan semua anggaran perbelanjaan untuk anda bercuti ke satu-satu destinasi. Antara perbelanjaan penting adalah:

  1. Perjalanan: Minyak, tol atau tiket penerbangan
  2. Penginapan
  3. Makan dan minum
  4. Aktiviti: Tiket dan bayaran aktiviti
  5. Rencam: Tabung khas untuk perbelanjaan luar jangka

Mengapa penting untuk anda membuat bajet percutian? Supaya anda tidak berbelanja lebih daripada kemampuan dan mengelakkan anda daripada mengorbankan matlamat kewangan anda yang lain. 

2. Tetapkan amaun simpanan bulanan.

Katakan setelah anda membuat kira-kira anggaran perbelanjaan, anda perlukan RM5,000 untuk melancong di Thailand bagi 2 orang dewasa dan seorang kanak-kanak. Jika anda bercadang untuk bercuti dalam tempoh setahun lagi, anda perlu menyimpan sebanyak RM417 setiap bulan.

3. Sediakan tabung khas untuk percutian.

Anda boleh menyediakan akaun bank berlainan daripada akaun bank harian sebagai tabung percutian anda. Namun, jika anda mahu mendapatkan pulangan bagi tabung percutian, anda boleh menyimpan di Amanah Saham Bumiputera (ASB) atau Tabung Haji (TH), yangmana anda boleh mendapatkan pulangan tanpa risiko kehilangan modal.

Sediakan tabung khas

Apabila anda mempunyai matlamat jangka pendek seperti melancong ini, anda akan lebih teruja dan bersemangat untuk menyimpan. Tidaklah perlu menunggu terlalu lama sehingga berusia untuk menikmati hasil titik peluh anda.

Malah melancong itu sendiri banyak manfaatnya.

Pertama, berehat sebentar daripada hiruk-piruk di bandar boleh meningkatkan kreativiti dan prestasi di tempat kerja. Menurut satu kajian daripada Ernst & Young, bagi setiap 10 jam percutian yang diambil pekerja, prestasi kerja meningkat sebanyak 8%.

Kedua, percutian boleh meningkatkan tahap kesihatan. Dalam satu kajian terhadap 749 wanita di Amerika Syarikat, pengkaji mendapati mereka yang melancong kurang daripada sekali setiap enam tahun, berisiko lapan kali lebih tinggi untuk mendapat masalah jantung berbanding mereka yang melancong dua kali setahun. Ingatlah, badan anda juga perlukan rehat.

Ketiga, anda boleh luangkan masa berkualiti bersama keluarga semasa percutian. Tinggalkan kerja, tinggalkan telefon bimbit, tinggalkan komputer anda. Fokus pada isteri dan anak-anak. Inilah masanya untuk mengeratkan lagi hubungan anda bersama keluarga.

Jelas, percutian itu banyak manfaatnya. Jadi tidak salahlah jika anda mahu membelanjakan wang untuk berhibur sedikit. Menyimpan bukan untuk kecemasan dan persaraan sahaja, kita juga boleh menyimpan untuk keseronokan menikmati hidup jika cukup simpanan dan strateginya

Kandungan yang berkaitan
Kembali ke atas
Perlu bantuan?
Great Eastern Takaful Contact Us
Untuk Khidmat Pelanggan
E-mel kepada kami
Kunjungi
kami
Buat tuntutan
Great Eastern Takaful Logo