Great Eastern Takaful Logo
Pilih negara dan bahasa anda
Malaysia (Takaful)
Malaysia
Singapore
Indonesia
Brunei
Great Eastern Takaful Logo

Kepentingan kesihatan serviks: Menyingkap mitos dan meningkatkan kesedaran

Apakah itu kanser serviks? Kanser serviks, atau kanser pangkal rahim, merupakan penyakit di mana sel-sel di pangkal rahim membiak secara berlebihan dengan kadar yang tidak normal. Kanser ini adalah kanser ketiga terbanyak yang dihadapi oleh para wanita selepas kanser kolorektal dan payudara. Dalam dunia kesihatan wanita, organ serviks memainkan peranan yang kritikal dalam memastikan kesejahteraan secara keseluruhan. Walau bagaimanapun, terdapat mitos-mitos dan kekeliruan yang telah memberi impak yang besar terhadap kesihatan serviks secara menyeluruh. Oleh yang demikian, artikel ini akan menyangkal mitos-mitos tersebut dan meningkatkan kesedaran terhadap kesihatan serviks kepada anda.

Mitos kesihatan serviks

Mitos-mitos kesihatan serviks

 

1. Kanser serviks boleh diwarisi

Ramai yang masih beranggapan bahawa kanser serviks boleh diwarisi dan bersifat berketurunan. Stigma mitos ini mungkin berdasarkan ura-ura ataupun cerita-cerita yang giat berlegar dalam kalangan wanita-wanita, seterusnya memberi kerisauan jika keturunan mereka mempunyai sejarah kanser serviks.

Kanser serviks terjadi disebabkan jangkitan virus Human papillomavirus (HPV), maka ianya bukan suatu penyakit yang boleh diwarisi seperti kanser payudara mahupun kanser ovari.

Human papillomavirus (HPV)

2. Pemeriksaan kanser serviks diperlukan setiap tahun

Jika keputusan pemeriksaan HPV dan pap smear anda normal, anda tidak perlu menjalankan pemeriksaan setiap tahun. Pemeriksaan HPV adalah suatu pemeriksaan serviks yang mengesan virus HPV manakala pap smear adalah pemeriksaan mengesan gejala pra-kanser dan kanser di bahagian serviks. Pakar telah mengesyorkan garis panduan umur yang digalakkan untuk menjalankan pemeriksaan serviks seperti berikut:

 

●       21 tahun sehingga 29 tahun: Ujian pap smear setiap 3 tahun.

●       30 tahun sehingga 64 tahun: Ujian HPV dan pap smear setiap 5 tahun.

●       65 tahun ke atas: Rujuk doktor untuk mengetahui jika anda memerlukan ujian HPV atau pap smear.

Rawatan kanser serviks

3. Tidak perlu pemeriksaan ketara

Tiada gejala tidak bermaksud anda bebas dari apa-apa gejala yang berlaku di dalam badan anda. Tujuan membuat saringan atau pemeriksaan adalah untuk mengesan apa-apa perkara yang tidak normal di dalam diri, dan diagnosis hanya diberikan jika terdapat simptom-simptom tertentu yang berkaitan dengan kanser serviks. Hal ini kerana wanita-wanita yang mengidap kanser serviks seringkali tidak mempunyai apa-apa gejala, jadi penting untuk anda membuat pemeriksaan kanser serviks.

Seperti yang telah diungkapkan dalam peribahasa Melayu, sediakan payung sebelum hujan dan dengan pemeriksaan kanser serviks, anda dapat mengetahui punca kanser serviks dan jika tiada risiko kanser serviks, doktor anda akan memberi nasihat tentang cara mencegah kanser serviks kepada anda. 

4. Tidak boleh mengandung selepas didiagnos kanser serviks

Kanser serviks seringkali menimbulkan keraguan tentang kemampuan seseorang itu untuk mengandung. Rawatan kanser serviks merangkumi histerektomi, kemoterapi atau radiasi dan rawatan-rawatan ini bukanlah punca kemandulan seseorang wanita.

Terdapat alternatif untuk membenarkan seseorang mengandung walaupun kanser serviks telah dikesan di pangkal rahim yang masih awal dan berisiko rendah, iaitu conservative surgery yang bertujuan untuk memelihara kesuburan. Selain itu, pembekuan telur juga merupakan salah satu cara untuk memeliharanya dari terkesan dengan sinar radiasi.

 

Kesihatan serviks bukan hanya isu peribadi, tetapi juga suatu aspek penting dalam pembangunan kesejahteraan masyarakat secara menyeluruh. Pastikan anda dan anak-anak perempuan anda mengambil vaksin kanser serviks yang boleh didapatkan secara percuma dan sentiasa mengambil tahu tentang cara-cara untuk mencegah kanser tersebut. Melalui pemahaman yang lebih mendalam dan penyingkapan mitos, kita dapat membuka pintu kepada langkah-langkah pencegahan, penyaringan yang lebih berkesan dan mengambil perlindungan takaful yang sewajarnya agar anda tidak akan dibelenggu dengan kos rawatan dan pemulihan.  

Kandungan yang berkaitan
Kembali ke atas
Perlu bantuan?
Great Eastern Takaful Contact Us
Untuk Khidmat Pelanggan
E-mel kepada kami
Kunjungi
kami
Buat tuntutan
Great Eastern Takaful Logo