Great Eastern Takaful Logo
Pilih negara dan bahasa anda
Malaysia (Takaful)
Malaysia
Singapore
Indonesia
Brunei
Great Eastern Takaful Logo

4 Cara mengelakkan pembaziran di hari raya

cara mengelakkan pembaziran di hari raya

Surah Al'Araf ayat ke 31: "…makan dan minumlah, tetapi jangan berlebihan. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang yang berlebih-lebihan".

Hari Raya Aidilfitri merupakan hari sambutan bulan Syawal setelah berakhirnya ibadah puasa di bulan Ramadan. Dengan keseronokan menyambut hari raya, kita masih perlu mengingatkan diri kita agar dapat mengelakkan sebarang pembaziran. bBerikut merupakan empat cara yang anda boleh lakukan untuk mengelakkan pembaziran di hari raya.

Pastikan hidangan makanan tidak berlebihan

 

Makanan tidak berlebihan

Sama ada jamuan kecil-kecilan bersama sanak-saudara atau majlis rumah terbuka, kita masih perlu berpada-pada dalam pengambilan makanan dan juga meletakkan had penyediaan makanan sewaktu hari raya. Makanan yang berlebihan boleh menjurus kepada pembaziran makanan dan makanan yang tidak dimakan dibuang begitu sahaja. Makanan yang terbazir, bukan sahaja memberi impak kepada penganjur jamuan sahaja – alam sekitar dan ekosistem terjejas, mengakibatkan pencemaran air, udara dan sebagainya.

Kita boleh mengelakkan perkara ini daripada berlaku dengan membuat perancangan yang awal dan rapi seperti merancang kuantiti makanan yang mencukupi, berpada-pada dan bersederhana dalam pengambilan juadah makanan dan mengambil tahu tentang impak pembaziran makanan.

Elakkan membeli mercun dan bunga api

 

Elakkan membeli caruman dan bunga api

Suasana Aidilfitri seringkali dihiasi dengan dentuman mercun dan warna-warni bunga api pada waktu malam, lebih-lebih lagi malam sebelum Hari Raya Aidilfitri dan hari-hari berikutnya sehingga bulan Syawal berakhir. Walaupun meriah dan menyeronokkan, pembelian dan penggunaan mercun dan bunga api adalah antara penyumbang terbesar kepada pembaziran di Hari Raya.

Harga mercun dan bunga api mampu mencecah ratusan sehingga ribuan ringgit; seolah-olah membakar wang untuk pertunjukkan mercun dan bunga api yang berlangsung selama beberapa jam atau malam sahaja. Tambahan pula, mercun dan bunga api juga mampu menjurus kepada kecederaan fizikal jika tidak dikendalikan dengan baik dan selamat.

Janganlah kita bersikap seperti membesarkan kerak nasi dan merisikokan keselamatan diri di bulan perayaan ini.

Hias rumah secara bersederhana 

 

Hias rumah secara bersederhana

Benar, ianya sunat untuk kita menghiasi diri dengan pakaian baharu atau seakan-akan baharu di hari raya, tetapi ianya tidak wajib atau sunat untuk kita menghiasi rumah secara berlebihan. Tidak salah untuk menghias rumah dan tidak dinafikan yang kita mahu rumah kita tampak lebih rapi dan cantik, terutamanya pada hari yang istimewa seperti Hari Raya.

Walau bagaimanapun, tidak perlu untuk membeli dan menukar langsir dan sofa atau mana-mana dekorasi raya kepada yang baharu, perhiasan yang sedia ada adalah lebih dari mencukupi untuk memperindah kawasan kediaman anda. 

Menderma kepada yang memerlukan

 

Menderma kepada yang memerlukan

Dalam keseronokan hari perayaan ini, kita perlu ingat bahawa terdapat orang-orang yang lebih memerlukan. Berbeza dengan zakat fitrah, kita boleh bersedekah atau menderma kepada orang Islam dan bukan Islam. Walaupun anda perlu mengeluarkan wang semasa bersedekah, ingatlah bahawa Allah menjanjikan rezeki yang lebih berharga dan berlipat ganda kepada orang yang bersedekah.

Allah telah berfirman dalam Surah al-Hadid ayat ke-18:

            “Sesungguhnya orang-orang lelaki yang bersedekah dan orang-orang perempuan yang bersedekah, serta mereka memberikan pinjaman kepada Allah, sebagai pinjaman yang baik (ikhlas), akan digandakan balasannya (dengan berganda-ganda banyaknya), dan mereka pula akan beroleh pahala yang mulia.”

Di bulan yang istimewa ini, elakkanlah diri anda dari melakukan sebarang pembaziran. Pembaziran berlaku disebabkan tiada perancangan yang rapi. Oleh yang demikian, dengan mengikuti tips jimat perbelanjaan hari raya ini, anda disarankan untuk membuat perancangan khas untuk hari raya, supaya tiada pembelian berlebihan mahupun pembuangan sisa berlaku kelak. Anda digalakkan untuk membuat perancangan kewangan awal supaya tiada pembaziran yang tidak sepatutnya dibuat di hari kelak.

Kandungan yang berkaitan
Kembali ke atas
Perlu bantuan?
Great Eastern Takaful Contact Us
Untuk Khidmat Pelanggan
E-mel kepada kami
Kunjungi
kami
Buat tuntutan
Great Eastern Takaful Logo